Laman Web Perkongsian Megaupload Ditutup

Jabatan Kehakiman di Amerika Syarikat bersedia mendakwa tujuh individu dan dua syarikat di sebalik laman web perkongsian fail popular, www.megaupload.com.

Megaupload.com dan syarikat yang berkaitan, Vestor Limited dikatakan menyebabkan kerugian hak cipta kira-kira RM1.5 bilion dan memperoleh wang haram sebanyak RM573 juta hasil keuntungan pindah turun lagu.

Laman web terbabit ditubuhkan pada 2005 dan pernah disenaraikan sebagai laman web ke-13 paling dikunjungi di Internet.

Bagaimanapun, sejurus penahanan terbabit, penggodam popular, Anonymous menyerang laman web Jabatan Kehakiman, www.justice.gov.

Ia menyebabkan akses kepada laman web terbabit menjadi perlahan manakala sumber Jabatan Kehakiman memaklumkan sistem pelayan mereka mengalami peningkatan aktiviti yang ketara.

Kini Sudah Boleh Interbank Transfer Dengan Al-Rajhi Bank.

Berita baik kepada semua pemegang akaun Al-Rajhi bank  , kini anda semua boleh melakukan fund transfer interbank dari local bank ke al-rajhi bank dan sebaliknya.

Ini adalah berita yang aku tunggu-tunggu sebab sebelum ini terpaksa meredah jalan sesak dan mencari parking semata-mata untuk membayar loan Al-Rajhi bank.

Cawangan Al-Rajhi bank juga bukanlah sebanyak cawangan bank lain. Kini , semuanya dihujung  jari.

Payment Ke-Sepuluh Dari IntelliLinks

syoknya dapat usd5.00 ni

Sudah lama sebenarnya tidak update blog dan bayaran dari IntelliLinks masih lagi diterima pada bulan disember.

Ini merupakan petanda bahawa IntelliLinks memang bayar dan jangan ragu-ragu untuk menggunakan servis IntelliLinks. Yang penting adalah blog anda hendaklah 100 % dalam bahasa english.

Untuk menyertai program ini , sila klik di IntelliLinks.com

Selamat berjaya.

Untungnya Orang Bernama Jamaliah Binti Shafie

Siapa kata lelaki Malaysia tidak romantik ?

Tengok tu , untung orang yang bernama Jamilah Binti Shafie tu.. Mesti dia bangga gile dapat pakwe yang romantik macam tu.

p/s:- apsal aku tak terfikir masa bercinta dulu ?

Harimau Muda Berjaya Ke Final Sukan Sea 2011

harimau malaya ke final sukan sea 2011

Harimau Muda berjaya melangkah ke final dalam acara bola sepak pada Sukan SEA 2011 selepas membenam Myanmar 1-0 pada aksi separuh akhir di Stadium Gelora Bung Karno semalam.Ahmad Fakri Saarani muncul sebagai watak penting di sebalik kejayaan Harimau Muda itu apabila meledak gol tunggal perlawanan ketika perlawanan hanya berbaki lima minit.

Bagaimanapun, di sebalik keghairahan kem Harimau Muda meraikan kejayaan mara ke final, episod malang berterusan menimpa jurulatih, Ong Kim Swee.

Sudahlah terpaksa berada di bangku duduk penonton kerana menjalani penggantungan satu perlawanan, malah Kim Swee turut tidak dibenarkan berkongsi kejayaan bersama anak-anak buahnya di tengah padang sejurus selepas tamat perlawanan.Situasi itu jelas sekali mengundang rasa kecewa Kim Swee yang menganggap seperti ‘ada yang tidak kena’ terhadap hukuman yang dikenakan ke atas dirinya.

KLIK UNTUK BACA BERITA SETERUSNYA »