Apr 29
Apr 29
Korang ..
Nak tahu tak , sekarang ni korang boleh bayar cukai LHDN dengan maybank tau.Korang boleh pilih nak bayar dengan Maybank2u.com, Kawanku ATM, Phone Banking atau di kaunter mana-mana cawangan Maybank.
Apr 28
Tersembur air neskepe semasa sedang baca kisah budak-budak sekolah jantan betina sedang berendam dalam air kat Teluk Cempedak.Masalahnya diorang ni bukan pergi piknik tapi PONTENG !
Apr 27
Pagi tadi semasa bangun tidur aku sakit-sakit kepala.Hidung pula berair.Confirm , aku dah terkena selsema.Risau juga adakah aku dijangkiti penyakit selsema babi.Setahu aku , aku tak pernah makan babi.Lalu depan kandang babi pun aku tak pernah.
Aku dah jumpa doktor dan doktor kata cuma selsema biasa.
Fuh ! Selamat.
Apr 26
Lima tahun yang lalu , aku selalu mengimpikan untuk memiliki sebuah kereta.Berangan memang tak sudah ! Mana taknya dulu kalau balik kampung , aku hanya menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan keretapi.Nak tumpang kawan-kawan memang segan.Pernah terpaksa balik kampung dengan manaiki bas lompat kerana kehabisan tiket.
Kemudian,pada masa yang sama aku diperli jiran sebelah rumah.Katanya , [...]
Apr 21
Cara dan gaya berpakaian orang kita semakin tidak sopan.Kenapa saya kata begitu ? Iyalah , semua pun tahu orang kita suka terikut-ikut dengan trend berfesyen orang barat.Sebab itu gadis dan wanita kita sudah keterlaluan membuka tubuh.
Dulu , tayang tubuh satu benda yang sensitif siap-siap boleh kene pelangkung dengan mak bapak , tetapi sekarang apa yang [...]