Browse > Home / Aku dan Isu Semasa / Jangan Nasi Menjadi Bubur !

| Subcribe via RSS

Jangan Nasi Menjadi Bubur !

April 21st, 2009 Posted in Aku dan Isu Semasa

untitled 

Cara dan gaya berpakaian orang kita semakin tidak sopan.Kenapa saya kata begitu ? Iyalah , semua pun tahu orang kita suka terikut-ikut dengan trend berfesyen orang barat.Sebab itu  gadis dan wanita kita sudah keterlaluan membuka tubuh.

Dulu , tayang tubuh satu benda yang sensitif siap-siap boleh kene pelangkung dengan mak bapak , tetapi sekarang apa yang hendak disembunyikan , kini hendak ditayangkan.Sebab itu ada yang ke pejabat dengan berpakaian terlalu singkat dan ketat hingga terserlah benda-benda yang tersembunyi.Dulu rasa malu-malu kini rasa mahu-mahu.Kalau ditegur , mereka akan kata berfesyen adalah hak individu.

Perhatikan juga gadis dan wanita kita yang memperagakan tubuh di pusat membeli belah , pawagam , tempat makan dan tempat-tempat awam lain.Pusat dan ketiak mereka sudah tidak kisah , ditayangkan seperti orang menjual limau madu atau tembikai susu.

Baju jarang menampakkan coli , seluar terlondeh hingga nampak benda-benda tersembunyi.Malah , kalau boleh seluar dalam beserta isi-isinya pun dia hendak suruh orang tengok.

Kalau ada yang berani menegur , dia akan kata  ” ikut suka kitalah , ini body kita , nak tutup atau tidak kita punya pasal ! Emak kita pun tak komplen tau “. Emak dia tak melarang adalah satu hal.Tetapi , benda – benda yang masak ranum yang didedahkan tu boleh menganggu ketenteraman jiwa.Dipejabat , rakan sekerja lelaki termasuk saya sendiri pun merasa terganggu dengan panorama peha putih melepak dan pangkal dada yang ala-ala eksotik gituuu !

Memang tak dapat dinafikan berpakaian adalah hak asasi individu tetapi mestilah ada peraturan yang harus diikuti.Bukan main pakai dan dedah sahaja.Itulah sebab kes-kes rogol semakin menjadi-jadi.Baru minggu lepas , seorang gadis dirogol bergilir-gilir oleh 15 orang mat rempit. Fuh! Jadi , bila dah berlaku kes rogol apa yang hendak dikesalkan lagi.Nasi pun sudah menjadi bubur !

Jadi , sebelum nasi menjadi bubur , jagalah maruah dan ingat islam is the best !

Related Posts with Thumbnails

7 Responses to “Jangan Nasi Menjadi Bubur !”

  1. Active Blogger Says:

    Betul la tu…sekarang ni…zaman dah jadi pelik. Bila kes “jangan jaga tepi kain orang” digunapakai. :-)


  2. fazarudin Says:

    setuju bro..

    fazarudin’s last blog post..Jangan Nasi Menjadi Bubur !


  3. hady Says:

    Nak salahkan siapa sebenarnya… pada pendapat aku perkara sebegini haruslah dikawal dari rumah lagi..

    hady’s last blog post..Blog update


  4. Kujie Says:

    bapa jagalah anak gadisnya
    abang jagalah kakak atau adik perempuannya
    bapa saudara jagalah anak2 saudaranya
    datuk jagalah cucunya

    bila semua org yg dipertanggungjawap menjalankan tugas mereka dgn betul….betullah keadaan.

    Kujie’s last blog post..Rosak bawang ditimpa jambak


  5. pisang Says:

    isu ini ibarat pisang… dulu sebelum kena goreng.. berbalut ada kulit (sopan) dah terdedah alamatnyer kena goreng ar (maksiat) dah seluruh kampung tau… mula la guna… jangan pisang buah dua kali… hehehe sendiri makan pengat sendiri mau ingat la… yok makan pisang


  6. fazarudin Says:

    betul tu encik pisang…aku setuju


  7. pisang Says:

    hehehe encik??? aduhai.. aku rasa ko lebih tua kot.. aku baru nak masuk 26… cewaah.. encikbeliau


Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:

 Powered by Max Banner Ads