Browse > Home / Aku dan Isu Semasa / [ Update ] Dah Tak Berani Makan Ikan Keli …

| Subcribe via RSS

[ Update ] Dah Tak Berani Makan Ikan Keli …

May 18th, 2009 Posted in Aku dan Isu Semasa

ikan-keli

Sanggupkah anda menjamah hidangan ikan keli yang membesar dengan zat air kumbahan dari ladang babi?

Uwek ! Uwek ! Uwek !

Nak muntah aku baca artikel dalam akhbar Kosmo! hari ini.Pandai wartawan tu tulis ayat camtu ! Panas bro .. Pendedahan wartawam kosmo mengenai ikan keli yang dipelihara di kolam kumbahan babi.Pelihara dah satu hal tapi tokey-tokey ikan tu plak jual ikan keli diorang tu kat luar negeri Perak.

Adakah ini bermakna  ikan keli yang baru aku makan tadi juga berasal dari Perak ?

Oh ! Tidak.

Jom baca sedutan akhbar tersebut.

  • Penternakan ikan keli oleh pengusaha ladang tersebut tidak lebih sekadar untuk ‘membersihkan’ air sisa kumbahan babi sebelum ia dilepaskan ke saliran utama berhampiran beberapa kawasan perumahan di situ.
  • Ikan-ikan keli yang diternak di kawasan seluas empat hektar itu bukan untuk pasaran tempatan sebaliknya untuk dijual di luar Perak
  • Pemilik enggan menjelaskan di mana ikan keli terbabit dipasarkan.
  • Sisa dan air kumbahan yang disalurkan ke dalam kolam dipercayai mendap ke bawah dan menjadi ‘makanan’ ikan manakala mendapan itu pula menyebabkan permukaan kolam seolah-olah diselaputi lumut.
  • Dianggarkan lebih 100,000 ekor ikan keli diternak di 10 kolam yang dikawal rapi dan tidak boleh dimasuki pihak luar.

Berita penuh di www.kosmo.com.my.

Update

Mufti Selangor , Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid berkata, ikan keli itu akan menjadi haram jika makanan ikan peliharaan itu sejak dari kecil hingga dewasa terdiri daripada sisa kumbahan babi.

Jika itu keadaannya, ia sudah menjadi darah daging kepada ikan-ikan tersebut dan hal ini diputuskan haram kerana sukar untuk dipisahkan antara najis dan ikan-ikan tersebut.

Sumber : Kosmo pada hari ini.

Related Posts with Thumbnails

10 Responses to “[ Update ] Dah Tak Berani Makan Ikan Keli …”

  1. dinkumbang Says:

    la bro lu bru tau ke?sy dah lama x makan ikan keli yg siap masak dn sy xtau mana dtngnya ikan tu,sebabnya waktu sy keje ngan DBKL dulu pernah sy jumpa 3org menjala ikan keli kat loji kubahan kat kl ni,ada la 3bakul sy tengok diaorg dpt,sy tanya nak buat mkn ke?dgn selamba dia jawab”taklah nak jual kat tokey,nak makan geli’ lepas pd tu sy dah xmakan ikan keli kedai klu nak makan sangat balik kg tangkap sediri je…tp cerita mcm ni bule menyebabkn penternak ikan keli rugi ooo kesian gak kat dia org…


  2. fazamania Says:

    :oups: itulah din , disebbkan sesetengah tokey2 yang x sensitif dengan umat islam , maka demi wang ..diorang sanggup buat keje camnih…dah tu plak , kesian plak kat penternak ikan keli yang lain..

    fazamania’s last blog post..Dah Tak Berani Makan Ikan Keli …


  3. han Says:

    salam.
    aduh, gelinya. ada jugok kes lagu ni deh. nasib baik sy mmg xsuka mkn ikan keli nih.


  4. pisang Says:

    hehehe… :) ikan oh ikan… isu ayam tak selesai lg beb…

    encikbeliau: ada informer i said.. makanan kat malaysia ni kalau di bongkar kan mahu rakyat kebulor… hehehe

    i leh bagi satu contoh filter air yang selalu you all guna… dalam filter itu ada sejenis batang carbon… ada pendapat yang mengatakan carbon tu dibuat dari abu tulang binatang… ermmm mybe khinzir… hahaha panas tak? nk bukti.. check la kat internet beb


  5. Lan Side Income Says:

    :choler: sepak terajang jer dorang yang sungguh tak bertanggung jawab nih.. marah nih hehe..

    Lan Side Income’s last blog post..Mega Red Packet – The Real Deal Or Just Plain Hype?


  6. Tie Says:

    Err…. kerana tu ramai orang kita jadi benak dan buta hati…. makan benda haram….huhu…

    Kat ganu ni, ikan keli masih boleh dimakan… boleh cari di sungai dan sawah….. mujur masih ada kampung lagi, walaupun kampung hubby…


  7. Active Blogger Says:

    bahayanya…nasi baik aku bukan penggemar ikan keli :-)
    Active Blogger’s last blog post..Seven Tag Game – My First Tag Game


  8. fazarudin Says:

    aku pun dah stop makan ikan keli..huhuuh , asyik terbayang jee ..


  9. Wan Says:

    Salam, saya Wan (0136902269) ada membekalkan makanan ikan yang diimport dari Thailand dengan kualiti yang lebih baik. harga termurah. Contoh, pellet herbivorous saiz 3 mm dijual dengan harga RM 38.50/beg = 20kg. Sila datang ke kedai saya di Tanjung Malim (500 meter dari Tol Tanjung Malim) atau hubungi saya untuk maklumat lanjut. – 0136900269


  10. azie Says:

    kita sbg pengguna hrs la bjk. sblm kt mencuba ssuatu, hrs tya diri sndri dulu. baik @ tdk. kt kena tya dulu kpd penjual dr mana dtgnya hasil ikan2 t’sbt. mmg mknan ikn2 t’sbt kbykan drp pallet. TETAPI, x smua pallet itu bhn2nya dr sumber2 haram. m’sia adlah ngr islam. sdh smstinya m’pyai prodk islam. am i wright.


Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:

 Powered by Max Banner Ads