dsc01597

Kenali  Mat Rempit

Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai.

Merupakan satu gejala sosial yang tidak sihat dikalangan remaja di Malaysia .

Sering terlibat dengan kegiatan gengster , rompak berkumpulan , pergaduhan, rogol, kecurian dan buli.

Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak.

Ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi.

Taman perumahan turut telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit.

Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit.

Mat Rempit beraksi pada waktu senja , malam atau selepas ibu bapa pulang daripada bekerja.

Mat Rempit beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak di Kuala Lumpur untuk mendapat perhatian orang ramai. Di Kuala Lumpur jalan yang popular ialah Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang.

Kini Mat Rempit dikenali sebagai Samseng Jalanan.

Berkuat kuasa serta-merta istilah mat rempit ditukar kepada samseng jalanan, kata Ketua Trafik Polis Bukit Aman, Datuk Abd Aziz Yusof.

Aku setuju gelaran terbaru mat rempit yang kini ditukar kepada Samseng Jalanan.Tapi dalam masa yang sama , aku sedih kerana disebabkan mereka, maruah mat-mat motor yang baik macam aku dan engkau turut terpalit sama.

Related Posts with Thumbnails

Post to Twitter Post to Plurk Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to Reddit Post to StumbleUpon

This post has 10 comments.

  1. hehe…aku sendiri pun pernah bercadang untuk tulis entri dgn tajuk yg sama macam tajuk ini ni…tp tak jadi sb tak de idea nak menulis :-)
    Active Blogger’s last blog post..Seven Tag Game – My First Tag Game

  2. dinkumbang
    25 May 09 9:13 pm

    ni pengalaman hidup aku…ujung 1999 aku penah kena tngkp bwh sek 42(b) menunggang secara melulu,mmbahayakn org len dn dirisendiri…bukan brlumba pun mlm tu..aku anta rambutan p umah nenek kat kg pandan…at last aku kena cekup..merasa la hotel sangkar 3hari.jamin 3500.2taun turun naik mahkamah…5000bayar peguam…tp duit jamin dpt balikla..sejak pd tu aku x keluar mlm naik moto dah..pling aku sedih tengok mak aku la..pd yg ada moto xyah la merempit…buat letih je..baik tido…banyak siok ooo.

  3. fazarudin
    26 May 09 8:51 am

    oh..ade pengalaman gak ye din.

  4. mohdisa
    26 May 09 10:04 pm

    bagi aku tak setuju la, tak semestinya mat rempit jahat. hehe…

  5. dinkumbang
    27 May 09 10:09 pm

    itu belum aku cite apa yg jd mlm wktu kena tu…mlm waktu kat balai tun hh lee.memula kena ceramah pastu tengok video org mati eksiden..pastu kena lakon balik mcmmana time race,tp atas lantai siap kena buat bunyi lg..aku kena mlm sabtu,mhkmh xbuka ari sabtu,tido lokap la sampai ari isnin..tido kt lokap cheras,mkn ala hai kucing aku kat umah lg besar ikan aku bagi..baju xpakai,seluar?spender!!..mak ngan atuk aku p tengok aku pun rasa sedih…klu nak rasa pla mlm kang depan mahkamah jln raja tu..pastu dptla.

  6. pisang
    04 Jun 09 11:54 am

    nasib pakai spender.. kalau jenis tak suka pakai spender.. nampak la batang pisang :8 :8 esh2… kesimpulan nyer.. mat samseng jalanan pakai la spender sebelum berlumba.. :) naik bas lagi best… teringat bas mini yang merempit suatu ketika dahulu… fuhhh

  7. Adik Cute!
    25 Jun 09 6:40 am

    aku setuju sangat2!! dalam blog aku siap ada survei tentang isu ni. KBS yang anjurkan.. nasib baik dapat topup free RM5

    Adik Cute!’s last blog post..Apa Apa Dengan BLOG?

  8. fazarudin
    26 Jun 09 12:23 am

    @ adikcute , mat rempit tu menjahanamkan imej mat moto yang baik mcm aku…huhuhu!!!

  9. ALAM
    29 Jul 10 2:03 am

    mak ak cakap,bek nek keta dari nek moto..kalo xcident ngn moto,mati trus..kalo ngn kete sush nk mti..kuang3

  10. hahah betul cakap si ALAM tu buat pe nak merempit xde faedahnya sedarlah

LEAVE A RESPONSE





:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: