Browse > Home / Archive: May 2009

| Subcribe via RSS


Apa Yang Boleh Di Lakukan Pada Hari Ahad ?

May 17th, 2009 | 4 Comments | Posted in Aku dan Personal, Umum

fotoflexer_photo

Fuh ! Panjang tol tajuk entri hari ini.Peduli apa aku. Eh ! hari ni hari ahad kan , so aku nak bercerita sikit lah apa yang kita boleh buat pada hari ahad.

Yang kaki aktif tu aku rasa kalau korang nak baca entri ni pun boleh pastu kalau taknak baca pun takpe .. Aku tak marah pun.Maklum lah korang kan aktif .. so , banyak planning yang korang nak buat kan.

Tapi macam yang kera sumbang dan pemalas tu meh sini aku kasi beberapa idea.Bila korang dah baca ni , dapat gak menghilangkan ke’boring’an korang. Hahaha ! zalim tol ayat aku .. :P

More »

Google Maps Malaysia

May 16th, 2009 | 6 Comments | Posted in Aku dan Internet

ne_101

Kira-kira 15 juta pengguna Internet di negara ini berpeluang mendapat pelbagai manfaat apabila syarikat enjin carian Internet terkemuka, Google Inc. melancarkan platform carian tempatan, Google Maps Malaysia mulai semalam.

Eh  ! kau .. baru nak launch .. Aku dah lama pakai Google Maps dengan Sony Ericsson C902.Nah ! aku siap kasi nama model enpon aku lagi.hoho~~ Tapi takpelah. Lagipun ini berita baik untuk pengguna telefon bimbit 3G yang lain kan !

Melalui platform tersebut, pengguna boleh mendapatkan maklumat geografik tempatan seperti peta, imej satelit, laluan pemanduan, alamat kediaman dan pusat perniagaan yang tersenarai di seluruh negara dengan hanya menaip kata kunci dalam ruang carian yang disediakan.

Memang pun ! Peta memang real. Sure korang tak sesat punya !

Apa yang menariknya, selain memaparkan maklumat dalam bahasa Melayu, Google Maps Malaysia juga boleh diakses dalam pelbagai bahasa termasuk Inggeris, Cina dan Tamil.

Download The Software

Tags:

Aku dan Perempuan Itu

May 12th, 2009 | 11 Comments | Posted in Aku dan Isu Semasa

sedekah

Sedang enak menjamu semangkuk tomyam di Kampung Baru Kuala Lumpur , aku dan kawanku didatangi seorang perempuan dan anak kecilnya.

Perempuan Itu : Assalamualaikum dik..

Aku Lah Itu : Waalaikummussalam.

Perempuan Itu : Dik , akak nak minta tolong adik sangat-sangat .Akak nak minta sumbangan sedikit duit daripada adik.Susu anak akak dah habis , akak tak tahu nak buat apa.

Aku Lah Itu  : Errrr ( sambil memandang kawan aku , tapi kawan aku buat derk )

Perempuan Itu : Tolonglah dik , akak nak minta duit nak beli susu untuk anak akak je.Akak tak makan pun takpe dik.

Aku Lah Itu  : Saya bukan taknak bagi kak , tapi camne pulak dengan suami akak, dia tak keje ke ? Akak pulak camne ? Tak keje ? … bla..bla..bla.. ( time ni aku dah start ceramah )

Belum sempat aku nak habiskan ayat terakhir  , perempuan itu blah ! Kawan aku yang dari tadi diam membisu kini buka mulut.

Kawan aku : Hah ! kompomlah tipu tu ! gelabah la tu ngko tanye die

Aku Lah Itu : Urrmmm..ntahlah ..

Aku didatangi perasaan bersalah.

Rasa bersalah teramat sangat.

Aku nampak perempuan tadi dan anaknya masuk ke kedai makan sebelah.Pada fikiranku , semoga ada lah hamba Allah yang menghulurkan bantuan kepadanya.Tetapi terdengar suara orang marah-marah.Kemudian , aku melihat perempuan itu dan anaknya keluar dari kedai makan berkenaan.Dia berjalan keluar sambil menundukkan kepalanya.

Selepas habis menjamu selera , aku pun memandu dikawasan sekitar untuk mencari mereka.Tetapi hampa , dia dan anaknya tidak kelihatan.

So , camne kawan-kawan ..Senario peminta sedekah memang sesuatu yang kelihatan agak normal kan.Tapi bagaimana pula penerimaan orang kita ? Ada yang terus menghulurkan sedekah dan ada pula yang banyak songeh , tanya macam-macam.Bukanlah kedekut tapi mungkin mahukan kepastian.Mungkin juga tidak mahu diganggu ketika sedang menjamu selera bersama keluarga dan insan tersayang.

Perlu atau tidak kita memberi sedekah kepada setiap peminta sedekah yang datang kepada kita ? Tepuk dada tanya selera.Aku tidak dapat menjawabnya kerana kadang-kadang , aku pun failed.owh !

Tags: ,

 Powered by Max Banner Ads