Monthly Archives: June 2009

Wanita Gila Seks Rogol 10 Lelaki

Kebiasaannya seperti yang kita tahu , lelaki je yang rogol perempuan atau merogol maknyah tapi berita dari Rusia ni pelik sikit.Seorang perempuan dari Rusia , Valeria K. telah ditahan polis dan akan didakwa kerana merogol sepuluh orang lelaki.

Menurut polis,  Valeria akan berkenalan dengan mangsa sebelum menjemput dan memberi mereka minuman yang mengandungi bahan clonidine sehingga menyebabkan mangsanya tertidur hampir 24 jam.

Dia kemudian membuka pakaian dan merogol mangsa dengan mengikat kemaluan mereka dengan seutas tali.

Yang lawaknya , kenapa sampai camtu sekali sampai bagi ubat tidur kemudian syok sorang-sorang.Aku rasa mesti perempuan tu tak cantik.Aku try jugak search gambar minah ni kat internet , tapi tak jumpa plak.Jangan sangka pula aku nak berkenalan dengan perempuan gila seks ni.Cuma nak buat perbandingan diantara beliau dengan megan fox. Itu aje , faham ?

Aku nak tanya satu soalan ,  camne dia rogol lelaki-lelaki tu ? Soalan aku simple je kan.Korang pandai-pandai ajelah jawab.

Urm..nafsu manusia memang pelik! Kesimpulannya , perempuan yang lemah-lembut , jangan disangka  tak ganas atas katil ! be cool.

Misteri UFO di Britain

Image Hosted by ImageShack.us

Kerajaan Britain mengumumkan dokumen rasmi 1,000 muka surat yang mencatatkan kejadian UFO bagi tempoh 1987 hingga 1993. Dokumen yang sebelum ini disenaraikan sebagai sulit, diumumkan kepada orang awam di Arkib Negara Britain, di Kew, bagi menolak dakwaan kononnya kerajaan mahu merahsiakan penemuan aktiviti UFO yang mencurigakan di negara itu.

Tindakan kerajaan Britain itu hanya membangkitkan semula teka teki mengenai kewujudan UFO ini, bukan saja oleh rakyatnya malah penduduk negara lain yang sememangnya berminat dengan misteri di sebalik kewujudan piring terbang serta makhluk yang mengemudi pesawat berkenaan.

Persoalannya apakah benar UFO ini wujud?

Soalan itu sukar dijawab tetapi sekurang-kurangnya beberapa catatan didedahkan kerajaan Britain itu, boleh dijadikan alasan yang mengaitkan kewujudan UFO itu.

Catatan kejadian UFO yang dikesan itu turut membabitkan beberapa penemuan yang mendapat publisiti meluas media, tetapi belum diselesaikan sehingga ke hari ini. Biarpun kebanyakannya disenaraikan sebagai ‘misteri akibat fenomena semula jadi’ tetapi ada beberapa insiden didakwa mencetuskan kebimbangan kepada Kementerian Pertahanan Britain yang bertindak melancarkan siasatannya sendiri.

ikuti cerita selanjutnya ..

read more »

Lidah paling mahal di dunia

Pemilik restoran Costa Coffee di London sanggup memperuntukkan sehingga £10 juta (RM50 juta) untuk melindungi lidah pekerja yang bertugas sebagai ‘pakar rasa kopi’. Individu yang dimaksudkan ialah Gennaro Pellicia. Tindakan majikannya bukanlah mencari populariti atau mencipta sejarah, sebaliknya menjadi cara penting bagi memastikan lidah pemuda itu sentiasa dalam keadaan baik untuk membolehkan ia mampu membezakan ratusan jenis kopi yang dijual.

Pelliccia bertanggungjawab di atas rasa 108 juta cawan kopi Costa Coffee yang dijual di Britain setiap tahun. Polisinya dengan firma insurans Lloyd’s of London menjadikan lidahnya dua kali lebih berharga dari senyuman bintang Ugly Betty, America Ferrera dan satu persepuluh satu peratus daripada keseluruhan tubuh pemain bola sepak terkenal, David Beckham.

Pelliccia, 34, yang perlu merasa beratus-ratus biji kopi kisar di rangkaian restoran itu di Lambeth, selatan London, juga perlu melakukan pengorbanan berikutan tuntutan kerja uniknya itu. Ini termasuk menjauhi makanan terlalu panas kerana berisiko melecurkan lidahnya. Beliau juga dilarang menikmati kari dalam masa dua hari sebelum musim merasa kerana dibimbangi rempah ratus itu boleh menjejaskan sensitivitinya.

Dengan 5,000 jenis kopi perlu dirasa dan dikelaskan oleh Pelliccia setiap tahun, pegawai atasan Costa memutuskan lidah pemuda itu berbaloi untuk setiap sen yang dikeluarkan. Pengalaman selama 18 tahun membolehkan beliau membezakan antara beribu perisa. Lidah juga membolehkan beliau membezakan sebarang kecacatan, yang membenarkan beliau melindungi dan menjamin campuran Mocha Italia unik Costa.

Walaupun mempunyai sepasukan ‘tukang rasa’ yang bekerja untuknya, Pel