Oh ! Ramainya Pemandu Yang Bongok

Aku tak faham dengan sesetengah attitude pemandu kita di jalan raya.Kalau tengok kereta masing-masing , bukan main gempak lagi tapi perangai … perghh! mengalahkan jalan raya tu dia yang punya.
Ok .. aku dah listkan beberapa sikap yang boleh aku dan kamu naik angin.Kalau nak tambah , silakanlah ya.
Tukar lorong atau memotong dengan tidak memberi lampu signal.
Dia bajet kereta belakang slow dan akan bagi laluan kat dia tapi dia kena ingat , dalam keadaan yang sesak macam-macam boleh berlaku.Sikap mcm ni memang selalu berlaku.
Memasang Hazard Light semasa hujan lebat.
Untuk apa ? Bukan ke Hazard Light digunakan untuk kecemasan.Diorang pasang dalam keadaan hujan mungkin nak suruh pemandu lain nampak kereta diorang.Aku rasa lagi confuse ada lah.
Terlalu hampir dengan kenderaan di hadapan pada kelajuan yang tinggi.
Aku geram sangat kalau ada kereta yang terlalu hampir dengan kereta aku ! Selain takut bontot kereta kemek , aku juga risau dengan sikap pemandu yang suka provoke.Ye lah , nak test sape lagi hebat kononnya.
Pemandu motosikal yang suka memandu sambil lewa.
Perghh! power kau .. bawak kapcai tapi bawak motor kejap ke tepi , kejap ke tengah .. Tolonglah bawak moto dengan berhati-hati.Jangan harapkan pemandu kereta untuk jaga keselamatan korang sebaliknya korang lah yang nak kena jaga betul-betul.
Berkasih-sayang dalam kereta.
Ini lagi satu sikap yang paling bingai ! kalau nak berkasih-sayang atau dah tak tahan , kau parkinglah kereta kau tepi jalan , pastu senanglah kereta yang berderet-deret dibelakang ko nak overtake.Senang aje , aku terus hon kuat2.Kemudian , mesti tengok baru gelabah.
Menggunakan telefon semasa memandu.
Bila encik polis saman kau , kau pulak marah.Tapi tahukah kamu bahawa perbuatan kamu itu mengundang bahaya kepada pemandu lain dan diri kamu sendiri.
Parking sesuka-hati.
Si tolol yang parking sesuka-hati memang ramai.Kadang-kadang naik menyampah pun ada.Yang parking di kawasan pili bomba , kawasan parking OKU memang ramai.Tapi salah parking di kotak parking yang disediakan pun ada.Hadoiii!
Jika semua orang di jalan raya bertoleransi dan mengamalkan corak pemanduan yang selamat, akhirnya jalan raya akan menjadi tempat yang lebih selamat.
berbaloi kan ?

June 9th, 2009 at 12:28 pm
banyak lagi bro!
Bawak macam siput kat jalan beso!
gi naik train nuh!
Mat2 rempit dok tunjuk skill
bawak2 la ingat mati..
myfr3ak’s last blog post..Selangkah Ke Alam Misteri
June 9th, 2009 at 12:48 pm
betul ! betul ! betul ! , mmg setuju sangat… selalu gak la jumpe org yg bawak mcm siput kat lorong dua highway…selalu je lah aku kasi jari tengah kat diorang… hahahah!! kijam ! kijam !
fazamania’s last blog post..Oh ! Ramainya Pemandu Yang Bongok
June 9th, 2009 at 3:00 pm
aduhai… nk komen pun.. sodeh
… semut di seberang sungai nampak… gajah bosar depan mata wat dek jer… ye la. faz.. kadang2 kita pun wat cm tu gak… hehehe adakah encikbeliau pemandu berhemah??? cewahh… saya mengaku tidak berhemat pun… tapi tak selalu..
June 9th, 2009 at 3:57 pm
June 9th, 2009 at 6:45 pm
pemandu kat MALAYSIA memang banyak ragam dan tabiat yang boleh bahayakan pemandu yang lain….
kisahsensasi’s last blog post..Kendra Wilkinson tinggalkan PLAYBOY
June 10th, 2009 at 3:56 am
satu lagi kereta besar2…
mercds ke bmw ke…
bawak mcm jln tu diorang punye…
mentang2 duit bnyak n kabel besar…
kereta besar ape aku kesah…
klau eksiden ngn aku ternyata korang salah…
jgn arap aku akn kluarkn satu sen pon…
huh~
June 12th, 2009 at 10:10 am
bagus..encik beliau.. anda memang pemandu berhemat…
cmner la.. laju pun salah slow pun salah…
tau tak u all kat sabah n serawak… saman banyak dikeluarkan disebabkan memandu terlalu perlahan.. di ulangi memandu terlalu perlahan sehingga boleh membahayakan orang lain…
betul tu kisah sensasi…
kalau eksiden pemandu belakang gak yang salah…
ramai orang banyak ragam
makan pengat sendiri mau ingat la…
tapi pemandu yang penting kan diri sendiri tu yang bikin panas… bawa slow kat line memotong.. hon2 pun buat dek jer..
June 12th, 2009 at 3:55 pm
yang penting , kalau bawak kete tu .. kene peka dengan keadaan sekeliling…
fazamania’s last blog post..Jerebu Melanda di Klang
June 15th, 2009 at 3:15 am
pasang lampu hazard time hujan lebat gila… aku rasa boleh diampunkan lagi
aku paling sakit hati bila memandu waktu malam…orang tak faham2 lak nak tukar lampu rendah… buat sakit mata je….
pasal memandu perlahan… hehe no komen… sbb aku sendiri pun suka bawa slow kat jalan raya kalau tak bbaloi nak bawa laju. lagi2 kalau tak ada apa2 yg nak dikejarkan.
kalau rasa nak laju… silakan memotong. tapi kalau kat jalan kecil biasanya aku kan bagi laluan or bawak laju sikit supaya kereta belakang tak hangin sangat
Active Blogger’s last blog post..El Nino Kau Datang Lagi…
July 19th, 2009 at 10:24 am
ada orang cakap orang kelantan bawak kereta slow sangat sebab diorang ni bersopan santun,tapi kalo dah perjalanan bule sampai 15 minint jadi sampai 1 jam,itu bukan bersopan santun tapi menyusahkan orang lain,tak peka,lembab,kalo dan kereta belakang beratur panjang pasal orang kelantan bwk kereta slow ni alamat bule buat jalan jem.kena la pikir masalah orang lain jugak,mungkin ada hal kecemasan ke,anak sakit ke,bini nak bersalin ke…ini tidak buat jalan macam bapak diorang punya je…tolong komen ckt orang kelantan…
July 21st, 2009 at 8:48 am
Aah aku sendiri rasa sbb aku dok area k.krai nak sampai k.bharu patut tak sampai 1 jam boleh jadi berjam-jam kalau aku ikut bontot diaorang dgn tertibnye.pasal jalan sempit satu hal jugak tak boleh memotong tu memang tak boleh buat ape tapi sikap pemandu lagi burukkan keadaan belum lg lori balaknye meeemanggg bawak bala.!dah jem panjang tu yang depan sekali kadang bukan lori balak bukan keta buruk bukan wargaemas tp pemandu yang rancak berborak dengan kawan kt sebelah dengan muka selamba tak bersalah tu ala2 makan angin tak peduli masaalah orang yang berderet panjang kt belakang…nak je aku jentik2 telinga diaorang ni!!!!
July 21st, 2009 at 9:03 am
Aah aku rasa dah smua tu.aku dok area k.krai nak sampai k.bharu patut 1 jam tp kalau ikut bontot diaorang dengan tertibnye memang jd berjam-jam dengan faktor jalan sempitnye memang susah nak memotong ditambah kehadiran lori2 balak tu tak boleh buat ape tp sikap pemandu lebih burukkan keadaan.dah berjela jem tengok2 depan sekali bukan lori balak bukan wargaemas bukan keta buruk tapi pemandu yang rancak berborak dengan kawan sebelah ala2 makan angin tepi pantai tanpa peduli keta berderet kat belakang…memang aku rasa nak jentik2 teling diaorang ni!!
July 21st, 2009 at 6:57 pm
betul tu nur!!!rasa nak langgar je keta diorang ni,menyusahkan orang lain.mcmana nak maju kalo semua dalam keadaan lembab..kadang-kadang orang bwak moto x pakai helmet pun x de polis nak tahan.Jalan kuala krai ke kota bahru tu kan jalan utama tapi dah jadi macm jln orang kampung buat pesta,suka hati diorang nak parking tengah2 jalan.kita ni bukan nak kutuk sangat tapi nak bagi peringatan jangan bawak keta syok sendiri
September 16th, 2009 at 8:31 am
bvnn
October 9th, 2009 at 8:16 am
AKu nak komen pasal memandu terlalu perlahan…betul ni boleh jadi punca kemalangan. Kena peka sket situasi sekeliling. Dah nampak kenderaan berderet2 kat belakang…bawa 50-60kmj. Kalau dlm kampung tu logik gak. Kalo ye pun kereta tu semput sangat beri laluan…ke tepi sket. Aku mmg ngeri camni…dulu dah kena kereta depan aku bawa mcm siput..orang belakang tak sabar lagi..bila potong dtg kereta dari depan terus di himpitnya aku ke tepi. Tapi kalo eksiden tu mmg ngeri sebab langgar berdepan.
July 29th, 2010 at 2:53 am
sepatutnye kena belajar lebih berdisplin