• Rakan Blogger


 Powered by Max Banner Ads 

Lagu Madu Tiga Versi Indonesia

 fotoflexer_photo

Semua orang kenal siapa itu seniman Allahyarham P.Ramlee  .Karyanya yang kreatif sentiasa melekat dijiwa dan sesuai dengan peredaran zaman.Aku rasa sampai ke tahun 2020 pun orang masih kenal siapa itu P.Ramlee dan budak-budak kecil akan tertawa terbahak-bahak melihat aksinya di dalam filem cthnya Ali Baba Bujang Lapok ataupun meleleh air mata mendengar lagu Dendang Perantau.

Sebut mengenai karyanya yang kreatif tu , sudah tentu korang dah dengar lagu seniman Allayarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Madu Tiga   yang dinyanyikan semula oleh penyanyi kontroversi Indonesia iaitu Ahmad Dhani di corong-corong radio ataupun youtube.Versi terbaru ini tidak banyak berubah cuma ada sedikit penambahan dengan irama padang pasir.

Sebut mengenai kontroversi di Indonesia , lagu ini mendapat bantahan daripada beberapa pihak kerana Ahmad Dhani dituduh cuba menaikkan semangat lelaki Indonesia untuk berpoligami.Alamak ! negara islam yang mempunyai ramai umat islam di sana membantah poligami.Apa sudah jadi ? Ahmad Dhani mmg cool sebab dia kata lagu P. Ramlee ni mempunyai mutu yang amat tinggi dan sekadar hiburan.

Walau apa pun , janganlah jadikan isu lagu ni sebagai senjata untuk mengutuk kedua-dua negara.Cukuplah dengan macam-macam kebiadaban yang kita dengar.Yang penting , kita enjoy saja.

Donwload Madu Tiga – Ahmad Dhani

Categories: Aku dan MP3
Okay la…. sedap juga… terhibur rasanya..

Tie’s last blog post..Entry dalam kelambu: Bila suami terlebih romantik
24 June 09 at 20:20
yupp..so fresh kan..sedap halwa telinga
24 June 09 at 20:38
Kalau dengar lagu ni untuk hiburkan hati.. tak kan timbul isu poligami..
terserah kepada pendengar..

Adik Cute!’s last blog post..Apa Apa Dengan BLOG?
25 June 09 at 06:32

 Powered by Max Banner Ads