Browse > Home / Aku dan Kampung / balik kampung , mandi sungai , deroyan

| Subcribe via RSS

balik kampung , mandi sungai , deroyan

July 26th, 2009 Posted in Aku dan Kampung

fotoflexer_photo1

 

hoho~~ ini entri pertama aku selepas aku bercuti seminggu..Amacam ? rindu tak kat aku ? okie..kan hari tu  , aku ade bengang sikit dengan keje aku , so aku balik lah ke kampung.

kat ne kampung aku ? nun jauh kat felda chiku  03 , gua musang tu.

Dah , jangan tanya lebih2 ..aku nak bercerita ni.

sampai kat kapong ( slang kelate sikit ) , bapak aku ajak aku balik kampung kat lenggong , perak pulak dah.Mentang-mentang aku baru beli kete tak sampai empat bulan , dia ajak lak balik kampung..Haha! Sebagai anak yang soleh , ku turutkan jua ( cewah ).Tapi , aku pun mmg nak balik pun ke Lenggong tu , rasanye dah 8 tahun aku tak balik ke sana ( sejak keempat2 atuk & nenekku meninggal dunia ).

Kami satu keluarga bertolak dari Gua Musang pukul 9 pagi so sampai kat umah mak cu aku kat Belum pukul 3 petang ( lama kan ). Seram gile jalan dari Jeli menuju ke Grik tu.Duduk lepak dalam dua tiga jam , kemudian baru pegi Lenggong umah Pak Teh.Pergh! anak-anak Pak Teh aku semua dah besar-besar. Dulu masa aku balik tahun 2001 , diorang tu semua kecik-kecik lagi.Siap ada yang kena timang-timang ngan aku lagi.Ho~Ho~!!

Pagi esoknya , aku ngan adik bongsu aku dauz pi mandi sungai kat belakang umah pak teh.Pergh!! sindrom kebudak-budakan mula kembali.Peduli apa , lagipun dah setahun lebih aku tak mandi sungai.Adik aku gelak-gelak ajelah tengok abang long dia yang poyo ni berenang-renang itik. Memang tak boleh blah katanya.Lepas mandi sungai , pi kutip durian kat tepi sungai.Memang berbiji-biji kami kutip.Isi plak perghh! marveles..Lagipun aku kan peminat durian.Walaupun durian yang kami kutip tu marveles , tapi sayang hanya aku sorang aje yang balun sebab kedua-dua orang adik aku bukan pemakan durian.Apa nak jadi ni ?

Mak ngan abah aku tetap standard dengan aktiviti tetap diorang berkunjung ke rumah sedara mara kat kawasan sekitar.Aku ikut gak lah , dengar diorang bersembang pasal cerita dulu-dulu.

Tengahari tu plak , kami berkunjung kat kampung abah , Kampung Talong Luat. Aku ingat lagi , masa kecik-kecik dulu , kalau nak ke kampung tu kene naik bot redah sungai perak.Best sangat naik bot tu tapi kini budak-budak dah tak merasa lagi naik bot tu sebab jambatan ke kampung luat dah siap.

Sampai kat umah pak lang pian takde orang plak.Tengok halaman rumah bersepah , rumah plak macam dah tiga bulan takde orang duduk.Kami tunggu dalam 15 minit sebab kot-kot diorang pergi menoreh getah.Dah lama sangat tunggu , bapak aku ajak pi umah pak ngah. Pak Ngah pun takde jugak sebab pi kolam udang , yang ada anak bongsu dia aje.

Urm , abah aku frust sikit so , ajak pi umah Pak Yong Abu kat Bukit Sapi , Sampai sana tersesat sikit sebab jalan masuk ke kampung tu dah lah kecik , umah lak rapat-rapat tapi jumpa gak.Sampai kat umah diorang , aku tengok Pak Yong & Mak Yong ada dalam umah tu.Lega gak lah , karang kempunan lagi bapak aku.

Pak Yong aku ni lumpuh sebelah badan , kena strok.Tapi dah boleh berjalan kat beranda.Mak Yong aku cakap , selalu gak lah bersenam.Bagus lah jugak kan.Aku ingat lagi , masa kecik-kecik dulu , pak yong aku ni selalu sakat aku.Dulu umah pak yong sebelah umah tok wan kat Kampung Luat.Sepupu2 kami pun mesra tambah lagi kak zura yang mulut becok tu ( aku harap lah sepupu aku tu x baca entri special ni ).

Dalam lima minit , sepupu aku yang bongsu Moha baru balik . Dapat gak jumpa ngan mamat ni.Last jumpa ngan dia tahun 2001 masa tu umur dia 16 tahun , skang dah keje askar kat ipoh.Abang dia pun sama gak , si pak itam.

Aku paling kempunan tak dapat jumpa Pok Cik aku.Menurut Mak Yong , Pok Cik dah 2 tahun tinggalkan kampung.Korek punya korek rahsia , ada masalah sikit dengan keluarga Pak Lang Pian . Masalah tu pun masalah yang berulang sebenarnya , sebab pok cik aku ni sakit mental.Kadang-kadang dia Ok , lepas tu sakit dia datang balik.Skang ni dah tak tau kat mana dia berada.Ada yang kata dia kat penang.Yang paling takut , dia xde pengenalan diri sebab semasa sakit dia datang , dia pi tanam ic dia kat tasik ipoh.

Kesimpulannya , entri yang aku tulis ni panjang tapi special. ( boleh ke kesimpulan camni ? ..arghh! belasah )

Related Posts with Thumbnails

4 Responses to “balik kampung , mandi sungai , deroyan”

  1. azizan4444 Says:

    bailk kampung,mandi sungai n deroyan tu semua bnda bez..hehe..rugi sape x mkn deroyan..


  2. fazarudin Says:

    @ encik tehsusu , mmg pun … semua tu mmg besh belake , rugi jelah idop kalau x penah merase deroyan… hahhahahaahaharun


  3. bisnesInternet Says:

    wah best buleh mandi sungai..

    paling best mkn deroyan sampai terbukam kekenyangan dan akhirnya memerlukan kipas berkuasa kuda utk hilangkan kepanasan :)


  4. mohdisa Says:

    wah bestnya, teringin aku nak balik ke zaman kecil2 aku dlu. sll lepak dusun durian. g mandi sungai. wa…sedih nya..


Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:

 Powered by Max Banner Ads