Duit RM50 Yang Baru..Canteknya!

Duit lima puluh ringgit pesen baru ni memang lawa.Aku pun tak tahu bila BNM keluarkan duit lima puluh ringgit yang kacak dan ensem ni.Alih-alih terpacul keluar dari beg tangan tunang aku semalam.Terlopong la sekejap sebab aku memang tak pernah dapat note baru ni.
Apa lagi , aku terus lah tukar dengan tunang aku.Simpan nak buat koleksi ataupun time emergency. Ahaks ! Tunang aku cakap , buat ape nak tukar , pi je cucuk kat mesin ATM.Tapi aku tetap nak tukar jugak.nak jugak! nak jugak! abang nak jugak! ( nak tukar duit aje , bukan nak mende lain. bwhahaha ). Lepas tu , aku saje lah pi mengetest kat mesin ATM. Tapi hampeh , sebab yang aku dapat adalah note lima puluh yang lama.
nak tahu ciri-ciri keselamatan duit RM50 yang baru ni ?
Ciri keselamatan bagi reka bentuk baharu wang kertas RM50 yang dipertingkatkan
Benang Keselamatan Dengan Warna Berubah-ubah
Menggantikan benang keselamatan yang sedia ada. Benang ini kelihatan seperti garis putus-putus yang berwarna pada bahagian belakang wang kertas. Apabila diletakkan pada cahaya, benang ini akan kelihatan seperti garis lurus kehitam-hitaman dan teks BNM RM50 yang berulang-ulang jelas kelihatan. Apabila wang kertas ini disengetkan, warna benang keselamatan ini akan bertukar daripada merah kepada hijau, dan sebaliknya. Apabila dilihat di bawah cahaya ultraungu, teks BNM RM50 yang berulang-ulang ini akan berkilau kuning, manakala benang keselamatan akan kelihatan seperti garis lurus berkilau kuning apabila wang kertas ini dilihat dari hadapan.
Unsur Cahaya Pendarfluor Dua Warna
Merupakan ciri cetakan limunan tambahan pada bahagian belakang wang kertas. Apabila diletakkan di bawah cahaya ultraungu, reka bentuk kompleks dua warna angka 50 akan berkilau.
Ciri keselamatan sedia ada yang direka untuk orang ramai membuat semakan kekal
Potret Tera Air (Watermark Portrait)
Dapat dikenal pasti melalui pancaran imej warna yang lebih muda atau gelap berbanding dengan warna kertas sekitarnya. Potret tera air ini yang memberi kesan tiga dimensi kelihatan tanpa garis-garis yang jelas. Pada bahagian bawah potret tera air ini angka 50 dapat dilihat dengan jelas.
Tanda Pandang Telus
Memaparkan corak songket pada bahagian hadapan dan belakang wang kertas apabila wang kertas ini diletakkan pada cahaya.
Unsur Cahaya Pendarfluor Limunan
Bahagian hadapan dan belakang wang kertas akan berkilau dalam warna yang berbeza-beza apabila dilihat di bawah cahaya ultraungu.
Huruf Mikro “BNM RM50? yang dapat dilihat di bawah kanta pembesar.
Jalur Holografik memaparkan angka 50 dan juga bunga raya.
Imej Pendam Pelbagai Warna (Multicolor Latent Image) dengan angka 50 dapat dilihat apabila wang kertas disengetkan sedikit dan bertukar warna apabila kedudukan wang kertas tersebut dipusingkan.
Ciri Anti Pengimbas menyebabkan beberapa reka bentuk tertentu tidak boleh diimbas oleh mesin pengimbas.
Ciri Braille untuk orang yang cacat penglihatan.

August 11th, 2009 at 3:41 pm
wah, ada siap review duit RM50 yang baru ni…
keras betul duit tu yek..
p/s: keras sebab duit baru lah.. hee..
August 11th, 2009 at 6:03 pm
haah , bau duit tu pun sedap…wangi…
August 12th, 2009 at 4:44 pm
Salam,apa khabar,saya dah kembali ke blog,minta maaf menyepi lama,lama saya tak tulis di ruang komen ini.hu3o…terima kasih…
August 12th, 2009 at 7:02 pm
Herm, aku perhatikan duit Malaysia cam canggih dari duit kat luar negara yang sentiasa kaler macam hijau lumut itu dan tak de benang keselamatan tu. Betul ke ek? Setuju tak?
August 13th, 2009 at 4:29 pm
tapi mesin deposit tak terima lg duit baru ni tension tul la…
August 13th, 2009 at 6:37 pm
hehe….aku tak jumpa lg…nk kena tgu bank aku kuarkan dlu…hehe
August 13th, 2009 at 9:15 pm
bank alrajhi kat kotabharu dah boleh terima duit RM50 baru ni..
August 13th, 2009 at 11:26 pm
Setakat ni aku withdraw duit dari ATM, still dapat duit lama. Cis!
August 14th, 2009 at 6:41 pm
@ CypherHackz , sama lah .. aku pun still dpt duit lama lagi. hoho
@ baloot , rajin kasi info…sapo dok KB jange lupo gi cucuk kat mesin atm alrajhi deh
@ mohdisa , wah… tokei bank eh…
@ fuad , it’s OK fuad..no hal..
July 11th, 2010 at 10:06 pm
ntah gaji ni aku dapat dah ek duit baru ni belambak free nak ke