Dengan Rasminya, Esok Puasa

Emak bulan dah selamat melahirkan anak bulan yang entah ke berapa. Jadi , dengan rasminya esok puasa.
Tiba aje bulan puasa , pasti kita akan terimbau kenangan-kenangan silam terutama sekali sewaktu di alam kanak-kanak dan remaja.Ya , di zaman itulah kita belajar berpuasa dan segala macam karenah pahit manis semasa mengharungi bulan Ramadhan yang mulia.Ingat lagi semasa di zaman kanak-kanakĀ , tiba aje bulan Ramadhan , kepala otak terus ingat tak boleh makan .. kalau tak makan lapar .. Kalau makan nanti tak dapat pahala. Camne ye ? Tapi nasib baik aku ada mak ngan abah yang selalu nasihatkan kami adik-beradik erti puasa dan ganjaran yang Allah berikan terhadap hamba-hambanya yang taat.
Tahun 90-an di Felda , menyambut ramadhan memang best.Time ni memang kampung betul.Elektrik memang takde.Jadi , mak suruh aku pergi beli ais batu kat tapak pasar rabu.Effective betul lah pakcik yang jual air batu tu , dia campurkan bongkah ais dengan habuk kayu.Tujuannya nak elakkan ais tu cepat cair.Masyuk lah pakcik tu sebab dia sorang je yang jual air batu.Bazar ramadhan ? Jangan harap lah . Mana ada bazar ramadhan yang mewah mcm sekarang ni. Dulu , edisi bertukar-tukar juadah je.Mak aku ni terer buat kuih mulung ( nama saintifiknya buah melaka ).Di bulan ramadhan ni lah , abah aku buat part time dengan menjual pelbagai kuih-muih dan air untuk mat-mat indon yang bekerja di ladang aring.Abah aku redah pakai moto je.Mak aku lak tukang buat kuih.Aku ? tukang jaga adik-adik aku yang masih kecil sebelum aku pergi sekolah.
Malamnya pula , abah ajak aku ngan adik pergi terawikh.Memang meriah , ramai tol kanak-kanak sebaya aku pergi masjid.Memang riuh rendah lah.Gamat tol! Tapi tok imam dan AJK takde plak nak marah kami bising.Maybe sebab kami kanak-kanak lagi kot.Setiap malam kat masjid , setiap block akan menyumbangkan juadah more untuk jemaah.Time ni lah , ada diantara kami pi ushar makanan more tu.Kadang-kadang aku pun sempat lah jugak cilok.
Di alam remaja pula , balik dari sekolah menengah biasanya aku dan geng-geng kampung lepak singgah masjid sampai Asar.Sebab dalam perjalanan balik jalan kaki kitaorang singgah masjid dulu.Kemudian,balik rumah tolong mak ngan abah.Kadang-kadang , ikut abah pi ladang sawit.Dah akil baligh ni , dah tak mcm budak-budak , dah matang kan.Ahaks ! melayan karenah kanak-kanak ada lah.
Kenangan abah ajar kami adik beradik lafaz niat puasa , kejutkan kami bangun sahur – feberet aku time sahur ikan sardin dengan telur masin , berbuka beramai-ramai akan sentiasa segar dalam ingatan sampai bila-bila.Malah tradisi ini pasti akan sentiasa berputar dalam hidup aku. Sebenarnya , banyak lagi kenangan manis.
Tak sempat ni nak tulis.

August 21st, 2009 at 1:47 pm
Dengan Rasminya, Esok Puasa — Aku , Blog & Kamu…
Emak bulan dah selamat melahirkan anak bulan yang entah ke berapa. Jadi , dengan rasminya esok puasa….
August 21st, 2009 at 4:35 pm
menarik2,memang byk kenangan manis time ramadhan bro.mmg ssh nak cite smue skali =) btw.salam ramadhan =)
August 21st, 2009 at 6:10 pm
Mesti dah banyak anak2 bulan kat atas tu yer…huhuhu..selamat berpuasa!
August 22nd, 2009 at 4:27 am
Selamat Menjalankan Ibadah Puasa. Salah silap harap dimaafkan.
August 22nd, 2009 at 12:10 pm
Selamat berpuasa kepada encik beliau juger. Kenangan kanak-kanak memang indah. Rasa nak patah balik je.
August 22nd, 2009 at 2:32 pm
Selamat berpuasa kepada encik beliau dan keluarga
August 22nd, 2009 at 3:18 pm
@ Mantra , Faeiz & Fatin … sama2 la juge ye
August 27th, 2009 at 1:47 pm
meriahkan ramdahan dgn serunding kelantan di http://serunding.blogspot.com/