Browse > Home / Archive: August 2009

| Subcribe via RSS


Makan Ikut Nafsu Boleh Kopak

August 23rd, 2009 | 5 Comments | Posted in Aku dan Puasa

nasi-kerabu-special

Petang tadi aku start kereta terus menghala ke Stadium Shah Alam nak beli juadah berbuka puasa.Lagipun bazar ramadan kat situ memang besar dan macam-macam ada.Sampai aje kat sana , aku tengok orang ramai dan berpusu-pusu kat situ.Diorang lagi awal rupanya.Dalam hati aku kata peluang nak dapat H1N1 ni senang aje.Tapi disebabkan taknak mulut cabul , buat derk aje lah.

Mula-mula target aku nak beli simple je tapi bila dah rambang mata , macam-macam aku beli.Tapi yang paling penting ialah nasi kerabu special.Nasib kerabu nih makanan kegemaran aku.Kalau x makan nasi kerabu , rasa mcm x best.Kelate key.

Aku berbelanja dalam RM16.

Gile kan !! Biasanya aku agak berkira pasal duit ! Tapi pengaruh yang ada di bazar ramadan memang kuat.Syaitan dah kene ikat pun still nafsu bebal dok dorong suruh beli macam-macam.Alahai , nafsu ..nafsu.

Cuba bayangkan , kalau setiap hari aku berbelanja di bazar ramadan sebanyak RM16 maka dalam sebulan aku akan habiskan kira-kira RM480 . Nak jimat mende camni kan. Rosak ! Rosak !

Korang pernah mengalami situasi macam aku ?

Dengan Rasminya, Esok Puasa

August 21st, 2009 | 8 Comments | Posted in Aku dan Puasa, Umum

lafaz-niat-ramadhan

Emak bulan dah selamat melahirkan anak bulan yang entah ke berapa. Jadi , dengan rasminya esok puasa.

Tiba aje bulan puasa , pasti kita akan terimbau kenangan-kenangan silam terutama sekali sewaktu di alam kanak-kanak dan remaja.Ya , di zaman itulah kita belajar berpuasa dan segala macam karenah pahit manis semasa mengharungi bulan Ramadhan yang mulia.Ingat lagi semasa di zaman kanak-kanak  , tiba aje bulan Ramadhan , kepala otak terus ingat tak boleh makan .. kalau tak makan lapar .. Kalau makan nanti tak dapat pahala. Camne ye ? Tapi nasib baik aku ada mak ngan abah yang selalu nasihatkan kami adik-beradik erti puasa dan ganjaran yang Allah berikan terhadap hamba-hambanya yang taat.

Tahun 90-an di Felda , menyambut ramadhan memang best.Time ni memang kampung betul.Elektrik memang takde.Jadi , mak suruh aku pergi beli ais batu kat tapak pasar rabu.Effective betul lah pakcik yang jual air batu tu , dia campurkan bongkah ais dengan habuk kayu.Tujuannya nak elakkan ais tu cepat cair.Masyuk lah pakcik tu sebab dia sorang je yang jual air batu.Bazar ramadhan ? Jangan harap lah . Mana ada bazar ramadhan yang mewah mcm sekarang ni. Dulu , edisi bertukar-tukar juadah je.Mak aku ni terer buat kuih mulung ( nama saintifiknya buah melaka ).Di bulan ramadhan ni lah , abah aku buat part time dengan menjual pelbagai kuih-muih dan air untuk mat-mat indon yang bekerja di ladang aring.Abah aku redah pakai moto je.Mak aku lak tukang buat kuih.Aku ? tukang jaga adik-adik aku yang masih kecil sebelum aku pergi sekolah.

Malamnya pula , abah ajak aku ngan adik pergi terawikh.Memang meriah , ramai tol kanak-kanak sebaya aku pergi masjid.Memang riuh rendah lah.Gamat tol! Tapi tok imam dan AJK takde plak nak marah kami bising.Maybe sebab kami kanak-kanak lagi kot.Setiap malam kat masjid , setiap block akan menyumbangkan juadah more untuk jemaah.Time ni lah , ada diantara kami pi ushar makanan more tu.Kadang-kadang aku pun sempat lah jugak cilok.

Di alam remaja pula , balik dari sekolah menengah biasanya aku dan geng-geng kampung lepak singgah masjid sampai Asar.Sebab dalam perjalanan balik jalan kaki kitaorang singgah masjid dulu.Kemudian,balik rumah tolong mak ngan abah.Kadang-kadang , ikut abah pi ladang sawit.Dah akil baligh ni , dah tak mcm budak-budak , dah matang kan.Ahaks ! melayan karenah kanak-kanak ada lah.

Kenangan abah ajar kami adik beradik lafaz niat puasa , kejutkan kami bangun sahur – feberet aku time sahur ikan sardin dengan telur masin , berbuka beramai-ramai akan sentiasa segar dalam ingatan sampai bila-bila.Malah tradisi ini pasti akan sentiasa berputar dalam hidup aku. Sebenarnya , banyak lagi kenangan manis.

Tak sempat ni nak tulis.

Lat’s Malaysia Exhibition

August 18th, 2009 | 4 Comments | Posted in Aku dan Info Menarik, Aku dan Kamu

kampungboya1

Sempena kedatangan Hari Kemerdekaan ke – 52 , NST & Bandar Raya Development Berhad ( BRDB ) menganjurkan pameran Lat’s Malaysia Exhibition di Bangsar Shopping Centre sehingga 31 Ogos ini.

Sape sini peminat Datuk Lat ? Tak kenal ? Blah lah ko kalau tak kenal. Untuk pengetahuan korang semua Kartunis Lat ni dah terkenal di seluruh dunia.Beberapa karya dia seperti The Kampung Boy dah di translate ke banyak bahasa.Ingat buku Harry Potter je laku kat seluruh dunia ? Ala , aku bukan nak compare Harry Potter dengan The Kampung Boy , lagipun kedua-dua jurnal tu berbeza kan.

airasia

Hasil lukisannya yang mempunyai nilai komersial turut digunakan oleh Air Asia..Dahsyat! Sape cakap kartunis x boleh cari makan dengan melukis.

Orait , first time aku baca buku The Kampung Boy semasa aku tingkatan tiga.Waktu tu , buku kartunis Lat memang banyak kat library sehinggakan pernah satu ketika selepas 3 bulan baru aku return back buku tu kat library.

Karya kartunis Lat memang dekat di hati rakyat malaysia tanpa mengira kaum.Kiranya , memang kenalah konsep 1Malaysia yang diterapkan oleh PM kita tu.

Kalau ada masa , jom lah sama-sama kita berkunjung ke pameran Datuk Lat ye.


 Powered by Max Banner Ads