Panduan Balik Kampung Di Musim Perayaan

Amalan balik kampung pada Hari Raya adalah satu amalan yang baik. Ia menghidup dan mengekalkan nilai-nilai kekeluargaan yang dituntut oleh agama Islam.Bagi anak perantau , lambaian desa kian meruntun perasaan untuk pulang bertemu ayah, ibu dan sanak saudara menjelang Aidilfitri.Hubungan yang jauh dapat dieratkan dan sama-sama memohon kemaafan.
Sekarang adalah masa yang terbaik dan sesuai untuk menghantar kenderaan ke bengkel servis.Pastikan enjin kereta , tayar dan sebagainya berada dalam keadaan yang baik supaya pemanduan tidak terganggu.Selain itu eloklah dirancang perjalanan bagi mengelakkan keadaan tergesa-gesa dan mengelakkan kesesakan di jalan raya.Hari khamis ini dijangka orang ramai akan berpusu-pusu balik ke kampung dan jumaat pula pasti kesesakan jalan raya akan bertambah teruk.
Berikut adalah lapan petua keselamatan jalan raya yang anda harus tahu.
- Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
- Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
- Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
- Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
- Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
- Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
- Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
- Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
Pandu dengan berhati-hati , ingatlah orang yang tersayang di kampung.

September 12th, 2009 at 5:47 pm
semoga pulang dengan selamat..
1 lagi tips.. pastikan kenderaan di servis sblm nak mula berjalan jauh …
September 12th, 2009 at 11:41 pm
betul tu Mr.Sempoi , servis dulu kereta.. kasi check ape yg patut..nanti kang x pasal2 jalan raya jem disebabkan kete breakdown…