Top Ten Lagu Raya Yang Paling Best

Saban tahun , kita akan disajikan dengan lagu Hari Raya.Sudah menjadi tradisi, lagu-lagu raya akan berkumandang di radio-radio dan terdapat pelbagai koleksi lagu Hari Raya di internet ( legal tak legal sedut jugak ).Boleh ke aku cakap kalau tak silap , negara kitalah yang mempunyai paling banyak lagu bertemakan Hari Raya di dunia. Masakan tidak , saban tahun pasti ada artis yang bikin lagu hari raya.Malangnya , dalam banyak-banyak lagu hanya seketul dua sahaja yang boleh dikenang sampai bila-bila.Kebanyakan lagu yang dalam kategori irama tradisional paling sedap didengar sebab boleh tangkap leleh dan syahdu.
Cuba bayangkan lagu Hari Raya di buat dalam versi rap takpun dangdut ? Ada yang dah buat tapi memang tak kena langsung dengan halwa telinga.
Berikut adalah 10 lagu Hari Raya yang paling best di dunia.
Top 1 | P. Ramlee – Dendang Perantau
Lagu ini yang paling menyentuh perasaan.Bagii yang berada di perantauan , sesekali mendengar lagu ini pasti akan menyentuh perasaan.Tahun 2002 adalah tahun pertama aku berhijrah di negeri selangor yang maju dan tahun itu juga buat pertama aku tidak dapat pulang beraya.Malam raya masih lagi bekerja dan lagu-lagu raya menjadi peneman malam aku dan rakan-rakan.Memang sedih! Nak bercakap dengan mak pun tak dapat sebab masa tu tidaklah secanggih sekarang.Handphone nokia 3315 pun belum mampu beli lagi.Tapi kesedihan terubat juga apabila hari raya ke – 8 baru dapat pulang ke kampung.Apalah nasib.
Top 2 | Sudirman – Dari Jauh Ku Pohon Maaf
Lagu nyanyian Sudirman ini juga mempunyai persamaan dengan Dendang Perantau tetapi lebih mengingatkan kita kepada ayah bonda dan sanak saudara.Yang ada perselisihan faham tu , sudah tentu bertambah-tambahlah syahdu di hati.Tu lah , cari pasal dengan mak bapak lepas tu merantau ke negeri orang.Sampai bulan posa dan dekat nak raya barulah teresak-esak teringatkan diorang.Balik lah kampung kawan-kawan oi.
Top 3 | Ahmad Jais – Selamat Hari Raya
Lagu yang berentak rancak ni tak lain tak bukan nak bagitau yang kita perlu bermaaf-maafan di hari yang mulia.Bak kata Datuk Ahamd Jais , Ampun maaf dipinta .. Mensuci hening dosa
Top 4 | Azlina Aziz – Indahnya Beraya Di Desa
Memang seronok beraya di desa halaman.Seminggu nak raya dah prepare apa yang patut.Pakcik dan makcik dah siap mengecat rumah , membersihkan halaman rumah .Manakala anak-anak muda menolong ibu bapa mencari kayu api untuk bakar lemang , masak dodol.Oh! Memang seronok.Memang best jadi budak kampung.Aku memang suka dengar lagu dendangan Azlina Aziz.
Top 5 | Siti Nurhaliza – Nazam Lebaran
Lagu cik Siti kita ni menceritakan suasana hari raya yang ceria.Memang sedap lagu ni ditambah pula dengan irama tradisional yang memikat hati.
Top 6 | Black Dog Bone – Cahaya Aidilfitri
Rockers pun nyanyi lagu raya tapi versi sedih.Khas untuk yang kehilangan insan tersayang.Sesiapa yang mendengar lagu ini pasti akan teringatkan kenangan silam bersama mereka yang telah tiada.
Top 7 | Anuar Zain & Elina – Suasana Di Hari Raya
Seronok je dengar lagu ni. ( Simple je kan review aku )
Top 8 | Ahmad Jais – Abang Pulang
Lagu ini pula menceritakan gelagat anak-anak muda yang pulang berhari raya di kampung.Kepulangan mereka di sambut oleh ayah bonda dengan penuh kegirangan.Mak bapak mana yang tak suka tengok anak-anak diorang balik kampung bawak kereta dua tiga bijik sampai penuh satu halaman bukan ?
Top 9 | M Nasir – Satu Hari Di Hari Raya
Lagu berentak rancak tapi penuh makna.
Top 10 | S. Jibeng – Musafir Di Aidil Fitri
Syahdu aje dengar lagu S.JIbeng ni.Khas untuk musafir-musafir yang berada diperantauan.
Inilah senarai 10 lagu hari raya terbaik yang tidak ditelan zaman.Ada beberapa lagu yang ada kaitan dengan sejarah hidup aku sebagai seorang perantau.Sememangnya lagu-lagu hari raya yang kategori evergreen tidak akan lapuk dek zaman.Sentiasa sedap untuk didengar.

September 16th, 2009 at 7:55 am
memang best lagu raya nie..
walaupun dh lama…
ia tetap memberi seribu kenangan…
selamat hari raya yek…….
September 17th, 2009 at 1:49 pm
kat mana2 dah pasang lagu raya neh kan
selamat hari raya aidilfitri 1430h
maaf zahir batin
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
September 27th, 2009 at 10:09 am
yupp..lagu lama ni mmg sedap didengar ..
September 30th, 2009 at 7:41 am
Assalamualaikum. belum trlmbt kn sy nk ucp SHR? Hee Slmt Hari Raya!
October 3rd, 2009 at 7:51 am
# Utkhtikhairani , Selamat Hari Raya Juge…Time kasih datang
October 4th, 2009 at 11:29 pm
Lagu yang paling disukai berada ni No 7. Memang happy betul dengar lagu tu