Mentaliti orang kita adalah suka melakukan sesuatu ikut ‘shortcut’ atau jalan pintas.Bila ditanya , senangnya dia jawab .. CEPAT!! atau IKUT SUKA AKU .

Apa kaitan tajuk entri dengan short cut ? Haa..Sape dok rumah flat , korang mesti tahu ni.

Sedutan berita kat Kosmo!

Gile  !Selamba badak buang batu giling!

KUALA LUMPUR – Impian mempunyai kediaman sendiri walaupun sekadar rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) sudah pasti menggembirakan.

Bagaimanapun, bagi penduduk di PPR Batu Muda khususnya di Blok F di sini, impian tersebut bertukar menjadi mimpi ngeri ekoran sikap segelintir penghuninya yang kurang kesedaran sivik.

Walaupun disediakan rumah sampah namun ada pihak yang mengambil jalan mudah membuang sampah dari tingkat atas kediaman masing-masing.

Sebut apa sahaja daripada objek plastik hingga kepada kasut, sinki, topi keledar malah batu giling turut dibuang oleh penghuninya.

Ni plak ade orang bangang buang sinki pecah

Baru je tadi aku belek-belek suratkhabar KOSMO! . Tertarik dengan perangai penduduk kat rumah flat Projek Perumahan Rakyat (PPR).Diorang siap main baling-baling je barang yang diorang taknak dari rumah diorang.Batu lesung , sinki yang pecah pastu banyak lagi.

Hello abang-abang , kakak-kakak , makcik-pakcik , Tak pernah duduk rumah flat ke ? Cuba-cubalah eksesais turun tangga pi buang sampah kat tempat buang sampah.

Haiyya! Takde kesedaran sivik langsung.

Masalah buang sampah dari atas rumah flat ni sentiasa berlaku kat mana-mana.Nak plak , kawasan yang memang kotor nak mampos.Sebelum kes kematian berlaku akibat terhempap batu lesung atau peti ais rosak , bertaubatlah !

Related Posts with Thumbnails

Post to Twitter Post to Plurk Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to Reddit Post to StumbleUpon

This post has 3 comments.

  1. Tie
    23 Dec 09 5:12 pm

    Adoi laa……

    Menakutkan sungguh. Kalau gitu, pakai topi keledar pun tak berkesan. Silap-silap terus padam kat bawah tu…

    Napa laa orang-orang yang buang benda-benda gitu tak boleh fikir ? Akal mereka dok mana, ekk?

  2. salmanfarees
    11 Mar 10 1:35 pm

    Alamak mambang. Kalau kena kepala, bocor mambang.

  3. aduhai pelik2 betul la diorang ni

LEAVE A RESPONSE





:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: