Browse > Home / Archive: December 2009

| Subcribe via RSS


Berlakunya Satu Tragedi , Akan Ku Boikot Jamban Itu [ 18 SG ]

December 20th, 2009 | 2 Comments | Posted in Aku Bengang

Hari ini berlakunya tragedi di sebuah jamban yang sungguh menjijikkan.Tragedi yang berlaku telah menyebabkan aku mengambil tindakan drastik dengan memboikot jamban tersebut.

Padan muka jamban itu!! Kurang seorang pelanggan kau.

Tragedi yang aku maksudkan itu bukanlah bermaksud peristiwa aku  diintai oleh seekor bapok.Tetapi peristiwa kunci keretaku terjatuh di dalam lubang jamban tu.Jangan anggap yang bukan-bukan , OK !

Alkisahnya 

Semasa tengah sedap dok berangan sambil meneran , kunci kereta aku terjatuh dalam lubang jamban.Gabra sekejap sebab projek menabur baja asli belum selesai lagi.Ah ! Sudah , kalau tak ambil nanti balik keje aku nak naik apa.Lagipun kunci spare ada kat rumah.

Lantas , aku pun carilah kayu atau dawai tapi tak jumpa.Part yang aku risau adalah camne kalau aku keluar cari benda tu semua kemudian ada orang lain plak yang guna jamban tu ? Risiko aku untuk kehilangan kunci keretaku adalah 200 %.

Bermulanya Ekspedisi

Dalam keadaan mental yang separuh waras time tu , aku buka uniform kerja aku lalu aku pun seluk lah ke dalam lubang jamban.Part yang aku tak tahan adalah lembik-lembik dan geli-geli basah kat tangan.Dalam hati aku , cepat-cepatlah aku grab kunci tu secepat mungkin.Tapi malanglah proses mengagau kunci tu mengambil masa yang lama.

Dalam keadaan lembik-lembik & geli-geli basah ditambah pula dengan loya tekak , maka time tu jugak aku muntah! Keluar semua apa yang aku makan pagi tadi.

Memang cilaka time tu ! kunci tak dapat tapi tahi yang dapat ! So aku muntah lagi. Percubaan ke tiga membuahkan hasil apabila aku berjaya mendapatkan kunci keretaku.

Ya rabbi! Bila aku tarik tangan aku keluar dari lubang jamban tu , kuning sungguh tangan aku.Uwek!! Aku muntah lagi.Terus aku sabun & bilas tangan aku sebanyak 10 kali! 10 kali rasa tak cukup , aku tambah lagi 10 kali.

4134741853_4dc6955f6f

Apabila dah selesai & keluar dari jamban , rupa-rupanya tangan kanan yang aku seluk dalam lubang jamban tu tadi ! omg !

p/s :- ini adalah entri paling meloyakan tekak ! sebarang alahan ekoran daripada entri ini sila tanggung sendiri.. :bloody:

Tags:

Sayang Nyawa ? Jangan Guna Telefon Semasa Isi Minyak di Mana-Mana Stesen Minyak

December 16th, 2009 | 4 Comments | Posted in Aku dan Isu Semasa

Adakah anda sayang nyawa ? Takut terbakar, jangan pula bermain api. Takut mati , jangan pula guna telefon bimbit semasa isi minyak di petronas mana-mana stesen minyak.

Di akhbar hari ini , ada amaran daripada Petronas ekoran kemalangan yang berlaku di  Stesen Petronas Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

Petronas Dagangan Berhad menasihatkan pelanggan mematuhi peraturan keselamatan di semua stesennya yang melarang keras penggunaan telefon selular, merokok dan membiarkan enjin hidup semasa mengisi minyak.

Terima kasih Petronas!

Walaupun Petronas dah bagi amaran , kita kena ingat sebenarnya tanda amaran melarang kita menggunakan telefon bimbit di stesen minyak tu dah ada.Memang tabiat orang kita yang pandang sepi aje tanda-tanda amaran.

Adakah insiden ini yang pertama di Malaysia ? Tidak  , sebelum ini pun dah berlaku.

1 December 2007

Sikap degil seorang pemandu kereta yang tidak menghiraukan peraturan ditetapkan di stesen Gas Asli Kenderaan (NGV) untuk tidak menggunakan telefon bimbit dipercayai menjadi punca tangki NGV kenderaannya meletup sebaik dia selesai mengisi gas.

27 Mac 2009

Seorang pemilik syarikat kuari nyaris maut apabila pam minyak di sebuah stesen minyak di sini terbakar ketika beliau sedang mengisi petrol ke dalam gelen plastik di belakang kenderaan pacuan empat roda miliknya.Kebakaran yang memusnahkan tiga pam minyak di stesen itu menyebabkan Chung Kian Seng, 33, melecur di muka dan lengan kiri.

2 Oktober 2009

Stesen minyak Mobil di Jalan Kota Baharu-Pasir Mas berdekatan bulatan kampung Pasir Pekan di sini musnah sebahagiannya dalam kebakaran yangberpunca dari sebuah kereta sedang mengisi minyak di pam stesen itu.Tidak dapat dipastikan sama ada enjin kereta itu hidup atau dimatikan.

Banyak lagi insiden yang berlaku cuma ini adalah satu bukti bahawasanya apa-apa boleh berlaku semasa kita mengisi minyak di mana-mana stesen minyak.Apa yang perlu dilakukan adalah memastikan keadaan selamat sebelum melakukan langkah seterusnya.

Tags: ,

setiap malam adalah malam pertama

December 9th, 2009 | 5 Comments | Posted in Aku dan Perkahwinan

Bwahahaha , gempak tajuk entri blog kali ini.Maklum saja mood bulan madu tak habis lagi kan.Sapa-sapa yang belum nikah tu elok-eloklah nikah cepat-cepat.Jangan asyik nak buat maksiat je.. Cewah.Ekekekeke!!

Alhamdulillah , majlis perkahwinan kami selamat sudah.Kami baru saja balik dari honeymoon di Langkawi.Sebenarnya honeymoon kat langkawi nih tidak dirancang.Main redah je naik keretapi.Tapi bila sampai sana , memang best lah pulak dok melilau melawat tempat-tempat best.Cuaca pulak memang cerah sentiasa cuma hari terakhir sahaja hujan.Macam nak bagi stay lama agaknya.Bwhahaha!

Gambar kahwin belum siap lagi.Kalau ikut kata jurugambar , lagi sebulan siaplah gambar tu.Dari hari nikah sehinggalah malam berinai dan hari bersanding memang penat dok posing , dok senyum .. Sib baik jurugambar tu cool.

Sape-sape nak tengok gambar kawen aku boleh lah tengok kat facebook aku.Gambar kat facebook tu adik aku amik pakai henset kamera je.Oklah jugak lepas geram nak tengok gambar kawen kan.

Sedar tak sedar sudah dua minggu berlalu. Kini , bermulalah satu fasa baru dalam kehidupan kami suami isteri.Semoga diredhai Allah.Amin.

Tags:

 Powered by Max Banner Ads