Monthly Archives: January 2010

lelaki menangis bukan bermakna dia pondan

Lelaki boleh menangis tetapi bukan bermakna dia pondan atau lemah.Mungkin faktor-faktor seperti berjiwa sensitif yang ada padanya yang buat dia selalu menangis. Lelaki yang sejati dan gagah perkasa dengan bicepnya yang berketul-ketul selalunya kalau ada yang menangis pasti akan di zalimi dengan dialog , ‘ apa la nangis … macam pondan ar ko ! .Harus diingat , lelaki juga berhak mengalirkan air mata di kala syahdu atau sudah tak tertanggung lagi menahan beban yang amat sangat.Ingat air mata itu milik wanita atau pondan sajakah ? Lelaki sejati juga berhak tau..

 

Lelaki menangis tidak macho ? Jika mahu cop sebegitu pun mungkin benar juga.Fitrah telah mengajar bahawa lelaki harus mengekalkan sifat kejantanan walau dimana berada.Cuba bayangkan kamu terserempak dengan seorang lelaki yang berada di satu sudut dalam keadaan meraung-raung ! Konon-kononnya ditinggalkan awek atau dimarahi oleh bos.Euw ..Menang tidak macho mamat itu kan.Jika tidak mahu di cop sebagai tidak macho , biarlah menangis kena tempat.Contohnya, di dalam bilik tidur ke , dalam jamban ke , dalam gua ke.Confirm lah kejantananmu akan terpelihara sentiasa.

Ada orang kata memang susah nak tengok lelaki menangis.Memanglah! Tidak seperti orang perempuan yang mudah mengalirkan air mata.Sambil bawak kereta pun boleh menangis! Tak caya , cuba tengok drama yusuf haslam kat TV2.Sambil masak pun boleh menangis..Tak boleh nak salahkan kaum hawa ni bro ! Tuhan dah ciptakan mereka sebegitu.Jiwa mereka memang cepat sensitif.Cuba lu tengking sikit bini lu. Makan hati lah lu tido kat luar !

Ramai wartawan kutuk Fahrin Ahmad kerana dia menangis kecewa dengan bekas aweknya , Linda Onn.Tidak adil untuk meluat dengan Fahrin Ahmad kerana  seperti yang aku nyatakan tadi .. Lelaki berhak menangis !

Bukti Lelaki Lebih Simple Daripada Perempuan.

Orang perempuan kalau masuk jamban memang punya lah lama.Aku paling lama tunggu bini aku adelah dekat 20 minit.Bila ditanya , lepas membuang sisa toksid tu .. Dia nak betulkan mekap , tudung.Kasi cantik-cantik.

Awek atau bini orang pun camtu jugak.

Kalau pegi tandas awam , yang banyak tersadai kat luar adalah orang lelaki.Tersadai sebab nak tunggu pasangan yang masih belum keluar dari jamban.Hok Oloh!!

Orang lelaki kalau masuk jamban simple aje.!

Kalau nak kencing , pergi aje dekat mangkuk urinal yang tergantung kat dinding  , terus bukak zip kemudian kencing.

Kalau nak berak plak , biasanya amik masa tak sampai lima minit.

So simple kan!