Jan 31
Jan 31

bro! lu nangis pun still nampak macho
Lelaki boleh menangis tetapi bukan bermakna dia pondan atau lemah.Mungkin faktor-faktor seperti berjiwa sensitif yang ada padanya yang buat dia selalu menangis. Lelaki yang sejati dan gagah perkasa dengan bicepnya yang berketul-ketul selalunya kalau ada yang menangis pasti akan di zalimi dengan dialog , ‘ apa la nangis … macam pondan ar ko ! .Harus diingat , lelaki juga berhak mengalirkan air mata di kala syahdu atau sudah tak tertanggung lagi menahan beban yang amat sangat.Ingat air mata itu milik wanita atau pondan sajakah ? Lelaki sejati juga berhak tau..
Lelaki menangis tidak macho ? Jika mahu cop sebegitu pun mungkin benar juga.Fitrah telah mengajar bahawa lelaki harus mengekalkan sifat kejantanan walau dimana berada.Cuba bayangkan kamu terserempak dengan seorang lelaki yang berada di satu sudut dalam keadaan meraung-raung ! Konon-kononnya ditinggalkan awek atau dimarahi oleh bos.Euw ..Menang tidak macho mamat itu kan.Jika tidak mahu di cop sebagai tidak macho , biarlah menangis kena tempat.Contohnya, di dalam bilik tidur ke , dalam jamban ke , dalam gua ke.Confirm lah kejantananmu akan terpelihara sentiasa.
Ada orang kata memang susah nak tengok lelaki menangis.Memanglah! Tidak seperti orang perempuan yang mudah mengalirkan air mata.Sambil bawak kereta pun boleh menangis! Tak caya , cuba tengok drama yusuf haslam kat TV2.Sambil masak pun boleh menangis..Tak boleh nak salahkan kaum hawa ni bro ! Tuhan dah ciptakan mereka sebegitu.Jiwa mereka memang cepat sensitif.Cuba lu tengking sikit bini lu. Makan hati lah lu tido kat luar !
Ramai wartawan kutuk Fahrin Ahmad kerana dia menangis kecewa dengan bekas aweknya , Linda Onn.Tidak adil untuk meluat dengan Fahrin Ahmad kerana seperti yang aku nyatakan tadi .. Lelaki berhak menangis !
aku tahu.laki juge berhak utk menangis.. sebab ego dan maruah dia tercalar.. kalo ye pon betul.linda onn xberhak buat mcm tu kat media.. dia org penting.orang terkenal.. nape buat mcm tu.. dah berpisah.ade hidup masing2.. jalan hidup sndiri..mcm tu plak..
“Ayahku Selalu Berkata Padaku
Laki-laki Tak Boleh Nangis
Harus Slalu Kuat
Harus Slalu Tangguh
Harus Bisa Jadi Tahan Banting
Tapi Ternyata Sakitnya Cinta
Buat aku Menangis”
lirik lagu superman
tak salah untuk lelaki menangis, tapi biasanya lelaki tak kan menangis tentang perkara remeh-temeh.
jika lelaki menangis, pasti ada perkara yang benar2 telah membuat hatinya terluka
aku bukanlah superman
issshh takde jatuhnya saham kalau lelaki menangis. aku tengok cerita hindi ngn awek aku dlu menangis dekat depan tv rilek jeee…
dia siap cakap aku ni berjiwa lembut… perggghhh!!!! lepas ni aku nak menangis mcm orang giler kalau tengok citer hindi lagi..
setiap orang ada perasaan ye tak ? mesti la kena ada menangis . aku tatau napa ramai sangat kecoh lelaki menangis ..macam dah takleh nangis plak..
stended la kan ? ingat laki takde perasaan ke ?hehe
mnangis adelah slh satu cara utk mluahkn prasaan sbnrnye so sape2 pn blh nangis..if kite labelkn lelaki xblh nangis, mcm xde prasaan la plak lelaki ni rite..so, just fkr +ve n move on..
Laki bole nangis tapi kalo depan wartawan tu mcm nak simpati je.. Well ape2 je la..
pondan! aww!!!
Ok apa laki menangis. drpd langsung muka toya takda perasaan lagi haru.