Monthly Archives: April 2010

Aku dan Isu Semasa

Jangan Nasi Menjadi Bubur

Cara dan gaya berpakaian orang kita semakin tidak sopan.Kenapa saya kata begitu ? Iyalah , semua pun tahu orang kita suka terikut-ikut dengan trend berfesyen orang barat.Sebab itu gadis dan wanita kita sudah keterlaluan membuka tubuh.

Dulu , tayang tubuh satu benda yang sensitif siap-siap boleh kene pelangkung dengan mak bapak , tetapi sekarang apa yang hendak disembunyikan , kini hendak ditayangkan.Sebab itu ada yang ke pejabat dengan berpakaian terlalu singkat dan ketat hingga terserlah benda-benda yang tersembunyi.

Dulu rasa malu-malu kini rasa mahu-mahu.Kalau ditegur , mereka akan kata berfesyen adalah hak individu.

Perhatikan juga gadis dan wanita kita yang memperagakan tubuh di pusat membeli belah , pawagam , tempat makan dan tempat-tempat awam lain.Pusat dan ketiak mereka sudah tidak kisah , ditayangkan seperti orang menjual limau madu atau tembikai susu. Baju jarang menampakkan coli , seluar terlondeh hingga nampak benda-benda tersembunyi.

Malah , kalau boleh seluar dalam beserta isi-isinya pun dia hendak suruh orang tengok. Kalau ada yang berani menegur , dia akan kata ” ikut suka kitalah , ini body kita , nak tutup atau tidak kita punya pasal ! Emak kita pun tak komplen tau “.

Emak dia tak melarang adalah satu hal.Tetapi , benda – benda yang masak ranum yang didedahkan tu boleh menganggu ketenteraman jiwa.Dipejabat , rakan sekerja lelaki termasuk saya sendiri pun merasa terganggu dengan panorama peha putih melepak dan pangkal dada yang ala-ala eksotik gituuu !

Memang tak dapat dinafikan berpakaian adalah hak asasi individu tetapi mestilah ada peraturan yang harus diikuti.Bukan main pakai dan dedah sahaja.Itulah sebab kes-kes rogol semakin menjadi-jadi.

Baru minggu lepas , seorang gadis dirogol bergilir-gilir oleh 15 orang mat rempit. Fuh! Jadi , bila dah berlaku kes rogol apa yang hendak dikesalkan lagi.Nasi pun sudah menjadi bubur !

Jadi , sebelum nasi menjadi bubur , jagalah maruah dan ingat islam is the best !