Kebiasaannya , aktiviti lain yang aku lakukan semasa aku lepak di blog orang ramai adalah dengan melihat tagline blog mereka.Kenapa ? Entah .. Aku pun tak tahu.Mungkin kerana tagline mereka nampak unik dan mencuit hati di mata aku.Lagipun tagline ni merupakan lambang kepada identiti mereka.Kawan aku cakap , ayat simple tapi power.Itulah yang boleh aku maksudkan dengan tagline.
Contoh blog aku sendiri , tagline yang aku gunakan adalah aku , blog & kamu.Aku dapat idea pun selepas melihat cover album faizal tahir yang berjudul aku . muzik . kamu.Kenapa aku pilih tagline camtu ? Jawapannya adalah aku bikin blog untuk kamu baca.Jadi , ada hubungan friendship kat situ. ( faham ke korang ni ?
)
Aku ingatkan tagline aku , blog dan kamu ni special. Sekali sudah lima orang agaknya ( mungkin lebih lagi ) yang menggunakan tagline yang sama . Ah lantak lah ! keep it cool ok.Yang penting , identiti berbeza.Kalau sama jugak ? Anggap aje lah semua tu ketentuan ilahi. ( Pergh! ayat )
Alang-alang aku dah bercerita mengenai tagline ni , aku nak share sikit beberapa tagline blog yang telah memikat hati dan menusuk kalbu.Kalau korang nak masuk jugak dalam list.Tunggu apa lagi , tinggalkan di ruangan komen.Mekacih!
Tagline Mereka Punya Pun Gempak Jugak Beb!
- menanti sebuah harapan
- Cherita Seantero Duniaku
- Impak Kreativiti Maksimum
- edisi pemulihan dari kekacauan jiwa yang kronik
- Edisi Sambung Study
- Miss Durian Runtuh
- encik sejuk kembali
- Tikus Hujung Jari
- Aku Cakap Apa Aku Pikir
- Rempitan…Lebih Dari Sekadar Asap!
- Say Orait In Your Life
- Aku dan Kamu
- Eksperimentasi Minda Celaru
- Dari Petikan Keyboardku
- ….
Nak baca peranan tagline ? korang boleh baca dengan lebih lanjut di blog evolusi internet.


Home