Baru-baru ini , kerajaan Amerika telah mengambil langkah drastik dengan menyita dan membekukan 70,000 blog yang disediakan oleh Blogetery.com makanala syarikat hosting yang digunakan oleh blogetery pula iaitu BurstNet tidak memberi sebarang kenyataan rasmi sampai sekarang mengenai tindakan oleh kerajaan Amerika itu.
Rumors mengatakan bahawa FBI menemui aktiviti terorrist yang mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda dikalangan pemilik laman web yang disediakan oleh blogetery.com iaitu cara-cara membuat bom , mesej dari Osama bin Laden serta senarai orang untuk dibunuh di Amerika Syarikat.
Apa yang menariknya , FBI tidak pernah menyuruh BurstNet untuk menutup blogetery.com tetapi pihak BurstNet yang memutuskan untuk menutupnya sendiri. Selain isu ‘terorrist, kerajaan USA juga mengambil tindakan terhadap beberapa laman web yg menyediakan tontonan secara streaming filem dilaman web mereka, download link pirate, menyalahi undang2 lanun cetak rompak.
Sekarang banyak platform blogging percuma telah ditutup oleh pembekal hosting kerana akur dengan perintah dari kerajaan USA atas dasar “sejarah penyalahgunaan”. Oleh itu lebih dari 73,000 blog telah diambil tindakan disita dan jumlah ini akan meningkat dari masa ke semasa.
sumber : BBC News



27 Jul 10 11:50 pm
Wuu, nampaknya kerajaan USA telah beraksi. harap-harap ada bukti kukuh, kalau tak, tak tau la nak cakap apa lagi.
28 Jul 10 12:15 am
user dari malaysia pun ramai dah kene sebab register ngan blogery.com tuh …
29 Jul 10 12:22 am
harap2 blogger dan wordpress tidak dikunci oleh Amerika
29 Jul 10 4:19 pm
kena kunci lak..kesian lak mana yang dah aktif kat ctu..