Monthly Archives: August 2010

Aku dan Panduan

Tips Berjimat-Cermat Di Bulan Puasa

Ramai yang kata , bulan Ramadan adalah masa yang paling sesuai untuk berjimat cermat.Tapi sebenarnya , ramai yang tewas dengan godaan nafsu.Boros juga akhirnya.Ambil contoh aku lah , baru tiga hari lepas dah bising mengenai boros.Tu lah kalau makan ikut nafsu boleh kopak jadinya.

Jadi , apa yang perlu kita buat untuk mengelakkan membazir.Lagipun membazir ni adalah amalan syaitan.Walaupun syaitan dan iblis tu dah kena ikat tapi amalan-amalan makhluk berpuaka tu masih lagi dipraktikkan.

Aku ada beberapa tips yang mungkin sesuai atau mungkin tidak sesuai.Sama-samalah kita menilainya.

 

Tips Pertama
Pergi survey harga makanan feberet anda di bazar ramadan terpilih.Time ni , korang jangan bawak duit.Kalau tidak , tips untuk korang berjimat di bulan ramadan sure tak menjadi.Kalau korang rajin , try korang survey di setiap bazar tu.Kemudian , kalau tak puas hati korang boleh temuramah penjual tu.Ye lah  , korang mesti nak tau kan harga makanan tu kekal atau tidak sepanjang ramadan.Mental korang kene block ni, jangan fikir mende lain.Sematkan dalam hati yang korang nak survey aje.Ala , baru hari pertama korang berpuasa.Takkan dah mengidam nak makan macam-macam kan.
 
Tips Kedua
Bila korang dah survey harga makanan tu , korang buat list yang cukup lengkap macam menu kat hotel tu.Siap ada senarai harga sekali.Untuk keesokan harinya pulak , korang bawak duit ngam-ngam je.Bila dah ada jadual senang lah sikit , amik contoh hari ni korang nak makan ayam golek ngan air tebu , korang calculate lah.Ayam golek tu harganya dalam RM12 , so korang bawak je RM12.Pastu kalau nak tambah air tebu ke , pandailah2 korang bajet.Jangan lupa , bawak duit ngam-ngam je tau.
 
Tips Ketiga
Tips ni sesuai untuk budak bujang macam aku.Kalau satu rumah tu seramai 6 orang , sebagai seorang yang prihatin korang collectlah duit belanja.Setiap sorang boleh bagi dalam RM10 , so dah ada RM60.Dengan RM60 tu , mcm2 boleh beli.Tapi aku percaya , tak habis pun RM60 tu.Siap ada balance korang boleh beli beras lagi tau.Pastu , jangan lah kedekut ngan kenkawan.Biasalah , ekonomi budak bujang ni tak menentu. Ye dok…takpun balance masuk dalam tabung umah bujang.
 
Tips Keempat
Bufet kat hotel tu boleh blah.Buang duit aje.Satu kepala dalam RM40++ , kira mampu lah kan.Tapi kene ingat , kita taknak membazir duit dan masa.Jadi , kalau boleh elakkan terus pegi bufet kat hotel.Kalau dah melepak kat sana dan melantak sampai tank penuh , larat ke korang nak solat ? Cuba fikir.
 
Tips Kelima
Bagi yang dah bekeluarga , ape kata rajin-rajinkan bertukar juadah dengan jiran tertangga.Dapat lah juga mengeratkan silaturrahim dan bertukar-tukar resipi.

Tips Keenam
Skang ni banyak masjid menganjurkan majlis berbuka puasa.Apa lagi , korang pergi ajelah berbuka puasa di masjid yang berdekatan dengan anda ataupun masjid yang jauh dengan anda.Jangan lupa plak solat berjemaah sekali.Takde lah orang kata , asyik nak makan free aje kan.

Tips Ketujuh
Aku rasa tips yang last nih paling brutal.Ape susah , masak je sendiri.Lagi save bajet.Betul tak ?

Tips ni aku dapat hasil survey beberapa orang rakan opisku.Amacam , okay tak.

Eh , hari ni 25hb .. Gaji pun dan masuk..Agak-agak aku fail tak dalam soal berjimat cermat ni ?

Aku dan Ramadhan

Makan Ikut Nafsu Boleh Kopak

Petang tadi aku start kereta terus menghala ke Stadium Shah Alam nak beli juadah berbuka puasa.Lagipun bazar ramadan kat situ memang besar dan macam-macam ada.Sampai aje kat sana , aku tengok orang ramai dan berpusu-pusu kat situ.Diorang lagi awal rupanya.Dalam hati aku kata peluang nak dapat H1N1 ni senang aje.Tapi disebabkan taknak mulut cabul , buat derk aje lah.

Mula-mula target aku nak beli simple je tapi bila dah rambang mata , macam-macam aku beli.Tapi yang paling penting ialah nasi kerabu special.Nasib kerabu nih makanan kegemaran aku.Kalau x makan nasi kerabu , rasa mcm x best.Kelate key.

Aku berbelanja dalam RM16.

Gile kan !! Biasanya aku agak berkira pasal duit ! Tapi pengaruh yang ada di bazar ramadan memang kuat.Syaitan dah kene ikat pun still nafsu bebal dok dorong suruh beli macam-macam.Alahai , nafsu ..nafsu.

Cuba bayangkan , kalau setiap hari aku berbelanja di bazar ramadan sebanyak RM16 maka dalam sebulan aku akan habiskan kira-kira RM480 . Nak jimat mende camni kan. Rosak ! Rosak !

Korang pernah mengalami situasi macam aku ?

Aku dan Ramadhan

Panduan Mengejutkan Orang Untuk Bangun Bersahur

Hari ini menyaksikan semakin ramai khususnya anak muda yang tidak gemar atau tidak suka bangun awal pagi untuk bersahur. Bagi anak-anak muda di rumah, apabila ibu atau bapa mengejutkan mereka untuk bersahur, pasti liat untuk mereka bangun.Nasib baik dah niat bersahur awal-awal.

Tidak cukup dengan itu, ada yang berpesan kepada ibu bapa supaya tidak bersusah payah mengejutkan mereka dan pelbagai alasan diberikan. Contohnya, tidak lapar, mengantuk, sudah makan dan sebagainya. Akhirnya, mereka akan tidur sampai ke pagi.

Berdasarkan pengalaman sendiri semasa tinggal bersama rakan-rakan bujang yang lain, memang tidak dinafikan amat jarang sekali untuk bangun bersahur.Seperti yang dinyatakan sebelum ini , masing-masing memang liat.Walaupun bunyi jam loceng boleh didengar hingga ke rumah sebelah , mata masih berat dan entah kemana diulit mimpi.

Jam menunjukkan pukul 4:40 pagi , jadi saya ingin berkongsi beberapa panduan untuk mengejutkan rakan-rakan atau sesiapa sahaja untuk bangun bersahur.Ada tips yang boleh pakai dan tips yang sangat kurang ajar kalau nak try.

TIPS 1
Panggil namanya perlahan-lahan sambil menepuk bahu.Janganlah main sergah, nanti anda kena pelempang atau penendang.Bak kata orang tua , biarlah beradab.

TIPS 2
Goyang bahunya perlahan-lahan.Jaga-jaga ,bukan goyang gerudi tau.Time pagi ini ada ‘anggota’ badan yang sensitif , silap goyang …haru biru derr!!!

TIPS 3
Ini adalah teknik yang paling berkesan , ambil air sejuk kemudian renjis di mukanya.Confirm , cepatlah dia tersedar dari tidur.Kalau dia masih takde reaksi , kalau nak jirus satu gayung pun boleh tapi cepat-cepatlah korang melarikan diri.

TIPS 4
Pukul gendang di kawasan perumahan anda.Adalah sangat elok sekiranya majoriti jiran anda kesemuanya beragama islam.Itupun jika korang sanggup!
Fakta :D i beirut , seorang lelaki Lebanon, Mohammed Fanas, 61, sentiasa mendapat perhatian setiap kali Ramadan kerana kegigihannya sebagai Al-Musaharati yang mengejutkan orang ramai bangun untuk bersahur sambil membawa sebuah lantera dan memukul gendang kecil dengan kuat bertalu-talu.

TIPS 5
Bunyikan jam loceng di telinganya. Kalau boleh , biar jam loceng digital yang berbunyi dengan kuat tu.Saya tak akan bertanggungjawab sekiranya rakan anda mengalami sindrom pekak telinga!

TIPS 6
Sambil nak kejutkan kawan sambil pedajal diorang , apa kata kalau korang pegang kedua-dua kaki diorang kemudian tarik sekeliling bilik hingga ke ruang tamu.Lagi best , tarik sehingga ke dapur.

TIPS 7
Ambil stokin busuk dan letak di hidung diorang.

TIPS 8
Picit hidung dia kemudian lepaskan. Repeat sehingga 10 kali , kalau nak lebih pun tak apa.

TIPS 9
Ambil kain dan bungkuskan kepala seperti hantu bungkus kemudian jerit nama kawan korang.Kalau diorang bangun , cuba tengok reaksi diorang, Ah! Mesti best ni.

TIPS 10
Halakan kipas meja ke arah kawan korang.Biar dia sejuk menggigil.

TIPS 11
Kalau pintu biliknya berkunci , ketuk kuat-kuat macam nak cari gaduh.

TIPS 12
Anda boleh menyamar sebagai bapok dan buat aksi membelai mukanya dengan spender busuk.Ada dua kesan daripada tips ini , yang pertama member anda akan pulaukan anda dan satu lagi dia perambat anda sekeliling perumahan.

TIPS 13
Ambil paku picit , geselkan di simen sampai panas kemudian tekapkan paku picit tu di lengan atau di mana-mana bahagian yang anda suka.

TIPS 14
Sambil tergopoh-gapah mengejutkan kawan anda , anda jeritnya girlfrend nya dalam kecemasan.Confirm lah dia bangun.Sape tak sayang awek kan.

TIPS 15
Dengan penuh lantang , sebutlah kalimah ” MAA RABBUKA” sambil menyeru namanya.Pasti , dia akan bangun dan segar-bugar terus.

Kalau ada yang hendak tambah dipersilakan.

Aku dan Ramadhan

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan & Doa Berbuka Puasa

Dibulan yang mulia ini , saya ingin berkongsi lafaz niat puasa dan doa berbuka puasa kepada anda semua.

LAFAZ NIAT PUASA ( HARIAN )

niatharianpuasa Lafaz Niat Puasa Ramadhan “Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala”

 

LAFAZ NIAT PUASA SEPANJANG BULAN RAMADHAN

niatsebulanpuasa Lafaz Niat Puasa Ramadhan “Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala”

 

DOA BERBUKA PUASA

doaberbuka Lafaz Niat Puasa Ramadhan

“Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.”

 

Setiap tahun menjelangnya Ramadhan , pasti akan teringat kenangan semasa zaman kanak-kanak.Abah saya iaitu encik Basir akan memanggil kesemua anak-anak beliau berkumpul di ruang tamu.

Saya ingatkan encik Basir , Ops! .. abah saya , nak bagi hadiah kepada kami tetapi rupa-rupanya abah saya panggil kami adik-beradik sebab nak ajar kami lafaz niat puasa.Abah saya ajar kami satu persatu kemudian suruh kami hafal.Kami pun hafallah dengan jayanya dan abah saya pun tersenyum dengan gembira.Mesti dalam hati dia berkata , ” pandai anak-anak abah”.

Selepas operasi menghafal lafaz niat puasa selesai , abah kami bercerita mengenai fadhilat pada bulan puasa.Kami semua kyusuk mendengarnya sampai beberapa orang adik saya ( macam ramai tapi adik saya cuma empat orang sahaja ) mengantuk.Lalu , abah pun suruh masuk tidur dan berpesan jangan lupa lafaz niat puasa.

Muslimin dan muslimat sekalian , itulah sedikit sebanyak kenangan yang sempat saya berkongsi dengan anda semua.

Malam ini merupakan malam pertama di bulan Ramadhan.Saya yakin , ramai diantara kita yang gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan dan mengharapkan yang terbaik.

Amin

Uncategorized

The Unseen Pictures – Pengeboman Bom Atom Hiroshima dan Nagasaki

Pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki merupakan serangan nuklear yang dikenakan terhadap Empayar Jepun oleh Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Harry S. Truman sewaktu Perang Dunia II. Pada 6 Ogos 1945, senjata nuklear “Little Boy” dijatuhkan di bandaraya Hiroshima, diikuti pada 9 Ogos 1945 oleh pengguguran bom nuklear “Fat Man” di Nagasaki. Cuma inilah penggunaan senjata nuklear dalam peperangan dalam sejarah.

Terdapat beberapa faktor yang menyukarkan anggaran bilangan nyawa yang terkorban dalam pengeboman ini. Populasi bandar-bandar terlibat sebelum pengeboman cuma diketahui secara kasar, kerana berlakunya pemindahan besar-besaran, serta juga bilangan buruh paksa yang juga kabur. Sebilangan mangsa terbakar mayatnya sehingga sukar dicam atau mayatnya dilupuskan dalam pembakaran besar-besaran.Rekod anggota tentera turut musnah, dan ramai keluarga dikorbankan keseluruhannya, maka kurang orang yang mampu melaporkan bilangan yang terkorban.
Nagasaki vrtualreligion.net

Menurut kebanyakan anggaran, pengeboman Hiroshima membunuh kira-kira 70,000 orang akibat kesan serta-merta peletupan itu. Anggaran bilangan yang terkorban menjelang akhir tahun 1945 diberi dari 90,000 hingga 140,000, akibat terbakar, penyinaran, dan penyakit yang menyusul, diburukkan oleh kesuntukan sumber perubatan.Sesetengah anggaran mencatat sebanyak 200,000 orang mati menjelang tahun 1950, akibat penyakit barah dan kesan jangka panjang yang lain.

Bilangan untuk Nagasaki lebih rendah kerana rupa bumi di sana mengurangkan impak pengeboman, dengan bilangan yang terkorban serta-merta dianggarkan dari 40,000 hingga 75,000 orang.Di kedua-dua bandaraya, kebanyakan besar kematian merupakan rakyat biasa.Peranan pengeboman dalam penyerahan kalah jepun, serta juga kesan dan justifikasinya, banyak dilibatkan dalam perdebatan.