Adikku Di Pujuk Menerima Saka Melalui Mimpi

Assalamualaikum pengunjung yang dihormati,

Minta maaf di atas kelewatan artikel terbaru kerana sejak kebelakangan ini ,saya begitu sibu.Hari ini aya ada cerita yang menarik mengenai adik saya di pujuk menerima saka melalui mimpi.Sebelum itu mari kita baca apa yang kita perlu tahu mengenai saka.

APA ITU SAKA ?

Saka ialah ilmu sesat dengan bantuan syaitan yang diwarisi sama ada dari ayah, ibu, datok dan nenek.Saka ini diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain dan ia akan mencari waris yang layak.Ilmu ini tidak perlu di pelajari kerana ia diwarisi melalui mimpi.Di dalam mimpi , saka itu akan menjelmakan dirinya sebagai ayah , ibu , datok dan moyang dan meminta supaya calon waris tadi menerima ilmu saka tersebut.

Sekiranya calon tadi menerima barang pemberian di dalam mimpi contohnya seperti keris , bungkusan kain hitam , harimau putih atau sebagainya , secara automatik dia sudahpun memiliki ilmu saka tersebut.Manakala sekiranya dia menolak pemberian tersebut , saka tadi akan mencari waris yang lain pula sehinggalah dia betul-betul mendapat orang yang sanggup menerima saka tersebut.Ada juga waris yang tidak mahu menerima saka tersebut kerana ianya bertentangan dengan ajaran islam dan dikhuatiri boleh membawa syirik serta menduakan Allah.

TUJUAN SAKA

Tujuan orang yang bersubahat dengan syaitan melalui saka adalah untuk kepuasan diri sendiri , menjaga diri daripada musuh serta untuk melakukan kejahatan kepada orang lain.Terdapat beberapa jenis saka iaitu saka hantu , saka ilmu bidan , saka haiwan dan saka pelindung diri.

PENGALAMAN

Baru-baru ini adik saya yang baru datang dari kampung telah bermimpi , arwah pak long saya yang meninggal dunia pada hujung tahun lepas datang menemuinya.Sambil arwah pak long saya mengusap-ngusap rambut adik saya , dia memujuk supaya adik saya menerima dua ekor harimau putih belaannya.Pada masa itu ,dua ekor harimau putih sedang menggesel-geselkan kepalanya dikaki adik saya.Kelakuannya seperti seekor kucing yang manja dengan tuannya.Adik saya hanya mendiamkan diri tetapi arwah paklong tetap memujuk.

Kemudian , datang pula orang tua berjanggut putih sampai ke kaki datang lalu duduk disebelah adik saya.Orang tua itu juga memujuk supaya adik saya menerima harimau putih belaan tersebut kerana harimau itu mahu adik saya menjadi tuannya.Adik saya berkeras tidak mahu menerima harimau putih itu lalu beliau membaca azan.Dikala itu juga , beliau tersedar dari tidur dan keesokan harinya dia demam.

Saya terus telefon ayah kat kampung dan ceritakan semuanya.Lalu , ayah saya merujuk kepada seorang pengamal perubatan tradisional.Sah !! Arwah paklong saya ada membela saka haiwan – harimau putih dan mahu adik saya menjadi warisnya.Katanya , nasib baik adik saya tak terima belaan tersebut.

Mak saya pula cakap , orang tua yang berjanggut putih yang muncul dalam mimpi adik saya tu mungkin ada kaitan apa yang berlaku di rumah kami di Ayer Lanas semasa 25 tahun yang lalu.Pada masa itu , selepas mak saya menidurkan saya di dalam bilik , dia nak ke dapur.Alangkah terperanjatnya mak saya apabila terserempak dengan seorang lelaki tua berjanggut putih di atas kerusi malas di ruang tamu.Mak saya yang ketakutan hanya mendiamkan diri.Tiba-tiba saja orang tua itu hilang dari pandangan.

Semasa mak dan abah balik ke kampung di Lenggong , Perak, mereka pun jumpalah arwah paklong dan beritahu ada orang tua berjanggut putih muncul di dalam rumah kami.Arwah pak long saya hanya tersenyum dan mengatakan supaya jangan risau kerana dia memang ada ‘hantar’ seorang ‘kawan’ menjaga rumah kami.

Adik saya pula ini memang rapat dengan arwah paklong.Sebelum dia berhenti askar , dia selalu pulang ke kampung dan menjenguk arwah pak long.Adik saya juga pernah belajar ilmu tepuk bumi – kononnya boleh kebal semasa berada di dalam hutan.Iyalah , kerja sebagai askar dan selalu masuk hutan.Mesti mereka ini mahunkan ilmu yang ntah apa-apa ini.

Jadi , saya berfikir dengan connection daripada mimpi adik saya dan kelibat orang tua berjanggut putih di rumah kami pada 25 tahun yang lalu adakah ianya hanyalah kebetulan.Jika benarlah arwah paklong saya memelihara saka , mohon supaya dosanya diampunkan.Amin.

No related posts.

About Fazamania