Browse > Home / Posts by fazarudin

| Subcribe via RSS


KISAH BENAR: Sedihnya Wartawan Indonesia Selalu Di Sapa Sebagai Orang Malaysia.

July 4th, 2010 | 5 Comments | Posted in Aku dan Isu Semasa

“Hi, Malaysia! Come on, buy something and spend your money!’

 Sapaan itu hampir selalu muncul setiap kali beberapa wartawan Indonesia membuat liputan mengenai Piala Dunia 2010 atau berkunjung memasuki kawasan perdagangan dan pasar. Bahkan , jika sedang berada di stadium untuk membuat liputan perlawanan , wartawan Indonesia sering kali dianggap sebagai rakyat Malaysia.Pihak berkuasa Afrika Selatan juga sering tidak dapat membezakan mereka dengan orang Malaysia.

Ramai diantara mereka menjadi sedih. Yang lebih menyedihkan lagi, ketika dijelaskan bahawa mereka berasal dari Indonesia, sering kali pihak luar tidak tahu dimana terletaknya negara Indonesia.

Ketika wartawan Indonesia berjalan di luar Stadion Free State, Bloemfontein, sekelompok polis menyapa. “Hai, anda Malaysia?” Mereka segera menjawab mereka adalah orang Indonesia dan bukan orang Malaysia. Salah seorang polis yang bertugas, Mashushu, kembali bertanya, “Anda dari Indonesia? ..Dekatkah dengan Kuala Lumpur ? Sebelah mananya dengan Bangkok?”

More »

Tags: ,

Betapa Cuaknya Orang Melayu Apabila Ada Gambar Zionis Dalam PC

June 3rd, 2010 | 4 Comments | Posted in Aku dan Isu Semasa

Betapa cuaknya orang melayu apabila mereka dapat tahu ada gambar zionis dalam komputer masing-masing.Kemudian , mereka akan hantar mesej beramaran kepada rakan-rakan melalui facebook , yahoo messenger dan email.Pergh! memang gempak lah dapat mesej ni.

Salam nak tahu tak sbnrnya dlm MO(Microsoft office) ada lambang yahudi yang kita xsedar… cube checkC: > ProgramFiles > Microsoft Office > MEDIA > CAGCAT10 > J0285926.WMF tolong delete file ni..foto kemenangan lambang zionis..harap hebahkan…… tq

Tengok punya tengok.. memang ada. Ia tersorok dalam file Microsoft Office. Gambar sepertimana tertera di atas. Siap ada lambang Yahudi lagi. Rupa-rupanya Zionis selama ini dok menyorok dalam komputer kita.

Untuk pengetahuan semua , bukan gambar zionis sahaja yang ada dalam komputer kita tetapi gambar Kaabah pun ada juga.Sila check di komputer masing-masing :-

C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10\J0301050.WMF

Sebagaimana lambang zionis ada dlm PC kita selama ni, selama itu jugalah Baitullah al-Haram juga berada di dalam komputer kita.

Pelik ?

Jangan lah cuak sangat bila dengar zionis ni, kita umat islam bukan lemah, jangan tunjukkan yang kita ini lemah, umat islam bukan bodoh ! maka tolong lah jangan nampakkan yang umat islam ini bodoh.
Tak ada maknanya zionis nak menyorok dlm komputer kita selama ini.

Untuk pengetahuan semua WMF itu biasa lah utk perisian pictures dlm Windows, semua agama dan fahaman ada dalam tu sebab untuk memudahkan pengguna komputer, bukan setakat lambang zionis je ada, ka’abah umat islam pun ada! bahkan patung buddha pun ada, nak tengok patung Buddha dalam PC sila check :-

C: —> ProgramFiles —> Microsoft Office —> MEDIA —> CAGCAT10 —> J0300912.WMF

Bayangkan umat islam duduk berkempen delete lambang zionis dlm PC , Adakah pihak zionis akan lakukan kempen yg sama supaya delete gambar Kaabah dalam komputer mereka juga ?

Kalau Zionis tahu lah kempen umat Islam delete lambang zionis dlm PC ni, sudah pasti mereka akan tergelak terbahak-bahak zionis pada umat islam, betapa nampak bodoh nya umat Islam di mata mereka! Mereka ada agenda besar lain lagi yang lebih bagus daripada isu ini untuk melemahkan umat islam.

Tags:

Payung Versi Samurai { Tersangatlah Cool }

June 2nd, 2010 | 3 Comments | Posted in Umum

Tersangatlah cool kalau dapat payung versi samurai camni.Boleh juga perasankan diri sebagai ninja.


 Powered by Max Banner Ads