Bakar Bendera Terengganu Punca Pergaduhan Di Stadium Shah Alam

 
Ini adalah update terbaru  berita mengenai pergaduhan diantara penyokong Negeri Sembilan dan Terengganu beberapa jam yang lepas.
 
Puncanya adalah BAKAR BENDERA !
 
Seorang lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan dibelasah teruk di Stadium Shah Alam malam tadi selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan.
 
Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu serta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1 – 2 kepada Negeri Sembilan.
 
Lelaki tersebut dikatakan mencetuskan provokasi dengan membakar bendera Negeri Terengganu di kawasan tempat letak kereta penyokong Terengganu. Rakan-rakan yang cuba menyelamatkannya juga turut terkena pukulan sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan itu.

 

Tindakannya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu memburukkan lagi keadaan. Meskipun ada segelintir penumpang yang simpati, lelaki tersebut terus dipukul.

SUMBER : MILOSUAM.BLOGSPOT.COM

Related posts:

  1. Pergaduhan Besar Selepas Perlawanan Piala Malaysia 2011?
  2. Harga Tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia Kekal RM50
  3. Rumah Sewa Murah Hanya RM50 Yang Berhantu di Shah Alam
  4. Keputusan Penuh Final Piala Malaysia 2011
  5. Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2011

About Dedi Amirul

Blogging about isu semasa , dunia hiburan dan buat duit secara online.