Bertudung tapi hakikatnya berbogel

Akhir ini , kesedaran agama mengenai kepentingan menutup aurat dengan memakai tudung amat cenderung dikalangan kaum wanita. Malah , terdapat pelbagai fesyen dan menjadikan beberapa orang selebriti bertudung sebagai idola. Namun , itu tidak memadai apabila hanya tudung yang diutamakan tetapi cara pemakaian tidak dititikberatkan.Jika kita berada di kawasan awam , sudah pasti terlihat pelbagai cara pemakaian dikalangan wanita yang tidak mengikut nas-nas agama yang sebenarnya.

 
Cuba perhatikan gambar model di atas, kesemuanya bertudung sehingga tidak nampak walau sehelai rambut, tetapi dalam waktu yang sama memakai pakaian yang mendedahkan bentuk tubuh badan.Malah ramai juga wanita diluar sana yang bertudung tetapi setiap kali melangkah akan menampakkan betis dan pangkal paha yang putih melepak.

Ada pula yang bertudung lengkap tetapi mendedahkan sebelah atas dada, dan memakai skirt. Kalau boleh disamakan, ada lelaki yang bertopi haji tetapi memakai seluar pendek. Ini sesuatu yang agak ganjil, atas ditutup, bawah didedah.

Bagi setengah wanita, memakai tudung bukan kerana tuntutan agama. Mungkin ada yang cuma ingin mengambil hati, mungkin ia kerana suatu peraturan dan mungkin ada yang ikut-ikutan. Waktu ke pejabat semua memakai tudung, ke sekolah pun begitu juga, tetapi bila berjalan-jalan membeli belah tudung entah kemana.

Pada hal Islam telah menggariskan pakaian yang wajib dipakai oleh setiap muslimah. sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi Sallallahu alaihi wasallam, iaitu:

i). Hendaklah menutup seluruh anggota badan, termasuk kepala, rambut, leher, lengan, melainkan muka dan dua tapak tangan sehingga dua pergelangan tangan.

ii). Pakaian itu tebal, tidak menampakkan warna kulit yang dapat dilihat dari celah-celah sulaman benang pakaian itu.

iii). Pakaian itu luas, tidak sempit, dan tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk susuk badan.

iv). Pakaian itu tidak menyerupai atau seakan-akan pakaian lelaki

v). Pakaian itu tidak berbau harum atau wangi kerana ia boleh menarik perhatian orang.

Kewajipan menutup aurat itu berdasarkan kepada dalil al-Qur’an dan Hadis.

Di antaranya firman Allah:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.” (Surah Al-Ahzab : 59)

Oleh yang demikian, sebagai menyahut titah perintah Allah, isu bertudung khususnya menutup aurat janganlah ia dipandang sebagai perkara remeh. Ia adalah perkara wajib. Mentaati perkara wajib adalah perkara besar, walaupun ia dipandang remah oleh sebahagian manusia.

Related posts:

  1. Gambar Fida Bertudung di Jom Heboh Kelantan
  2. Fenomena Nikah Tutup Aurat, Sanding Pula Buka Aurat
  3. Bersedialah Untuk Berbogel ! Sam Bunkface Bakal Pelakon Utama Filem Anak Ikan
  4. Saya Tidak Pandai Photoshop Tapi Ada Alternatifnya
  5. Wanita Gila Seks Rogol 10 Lelaki

About Dedi Amirul

Blogging about isu semasa , dunia hiburan dan buat duit secara online.