Category Archives: Aku dan Blog

Kehidupan Sebelum dan Selepas Social Networking

Social Networking seperti Facebook dan Twitter  telah menjadi satu fenomena hari ini dan kebanyakan daripada kita tidak boleh berfikir tentang hidup tanpanya. Walau bagaimanapun, perasaan itu tidak dirasai berbanding 4 tahun yang lalu sebelum laman rangkaian sosial seperti Facebook, MySpace, Orkut, dan lain-lain mengambil alih kehidupan kita.

Cuba tengok 10 perbandingan utama antara kehidupan sebelum dan selepas rangkaian sosial seperti facebook , twitter dan sebagainya untuk memahami bagaimana kita telah menjadi hamba trend yang semakin berkembang ini.

Tak salah hidup dengan social networking. Yang penting kena tahu adab dan batasannya.

read more »

Baru Tahu Cara Mudah Tingkatkan Alexa Ranking

Alexa ranking untuk blog www.encikbeliau.com ini masih lagi ketinggalan ! Segala punca permasalahan kenapa ianya masih ditangga ke-1,000,000 akhirnya terbongkar selepas encikbeliau melakukan tinjaun di beberapa blog rakan blogger yang lain.Nampaknya , banyak lagi yang perlu diberi keutamaan dan berikut adalah beberapa tips yang boleh encikbeliau amalkan untuk meningkatkan alexa ranking.

Menurut Melvister  , kita perlu meningkatkan pelawat ke blog kerana pelawat yang tinggi dan konsisten akan menyebabkan ranking alexa anda naik. Selain itu , pageview juga harus ditingkatkan kerana ranking alexa dipengaruhi oleh jumlah pelawat dan pageview.Pastikan anda menggunakan widget related post supaya pelawat akan terus berada dilaman blog anda.

Memasang add-on tool bar atau menggunakan toolbar Alexa di browser ineternet amat digalakkan oleh nurizspace . Dengan menggunakan alexa toolbar, kita dapat mengetahui rangking alexa laman blog yang kita lawati. Untuk memasang alexa toolbar, sila klik disini .

Pemasangan Alexa widget pada blog sudah menjadi rutin dikalangan rakan blogger.Malah terdapat ranking dari Malaysia dan persaingan  untuk meningkatkan ranking alexa semakin tinggi.Tujuan memasang alexa widget adalah untuk membantu alexa mengindex jumlah pelawat dengan depat.

Nak pasang alexa widget , sila klik disini .

Apa yang pasti , ranking alexa akan jatuh sekiranya kita tidak update blog kita dengan kerap.Oleh itu , kita hendaklah update blog kita dengan artikel yang menarik , berkualiti dan dapat menjamin trafik dengan baik.

Ada satu benda baru yang menarik minat encikbeliau iaitu memberikan review dan rating positif alexa blog. Saya tidak pasti apa tujuannya tapi mungkin untuk meningkatkan kepercayaan melalui feedback positif dikalangan pelawat.

Oleh itu , apa kata kita saling meng’review diantara satu sama lain. Sila klik disini.

25 Gambar Menarik Yang Menggunakan Teknik Tilt-Shift

Tilt Shift merupakan satu teknik fotografi di mana sesuatu gambar sebenar diolah supaya nampak seakan-akan seperti model miniatur yang menggunakan software editing seperti Adobe Photoshop atau GIMP.Selain itu juga , teknik Tilt Shift juga boleh dilakukan dengan menggunakan online photo editing seperti Tiltshiftmaker.com dan Artandmobile.com.

Berikut adalah 25 gambar menarik yang menggunakan teknik tilt-shift.

Tagline Blog Yang Kreatif Dan Gempak

Kebiasaannya , aktiviti lain yang aku lakukan semasa aku lepak di blog orang ramai adalah dengan melihat tagline blog mereka.Kenapa ? Entah .. Aku pun tak tahu.Mungkin kerana tagline mereka nampak unik dan mencuit hati di mata aku.Lagipun tagline ni merupakan lambang kepada identiti mereka.Kawan aku cakap , ayat simple tapi power.Itulah yang boleh aku maksudkan dengan tagline.

 

Contoh blog aku sendiri , tagline yang aku gunakan adalah aku , blog & kamu.Aku dapat idea pun selepas melihat cover album faizal tahir yang berjudul aku . muzik . kamu.Kenapa aku pilih tagline camtu ? Jawapannya adalah aku bikin blog untuk kamu baca.Jadi , ada hubungan friendship kat situ. ( faham ke korang ni ? :P )

Aku ingatkan tagline aku , blog dan kamu ni special. Sekali sudah lima orang agaknya ( mungkin lebih lagi ) yang menggunakan tagline yang sama . Ah lantak lah ! keep it cool ok.Yang penting , identiti berbeza.Kalau sama jugak ? Anggap aje lah semua tu ketentuan ilahi. ( Pergh! ayat )

Alang-alang aku dah bercerita mengenai tagline ni , aku nak share sikit beberapa tagline blog yang telah memikat hati dan menusuk kalbu.Kalau korang nak masuk jugak dalam list.Tunggu apa lagi , tinggalkan di ruangan komen.Mekacih!

Tagline Mereka Punya Pun Gempak Jugak Beb!


  1. menanti sebuah harapan
  2. Cherita Seantero Duniaku
  3. Impak Kreativiti Maksimum
  4. edisi pemulihan dari kekacauan jiwa yang kronik
  5. Edisi Sambung Study
  6. Miss Durian Runtuh
  7. encik sejuk kembali
  8. Tikus Hujung Jari
  9. Aku Cakap Apa Aku Pikir
  10. Rempitan…Lebih Dari Sekadar Asap!
  11. Say Orait In Your Life
  12. Aku dan Kamu
  13. Eksperimentasi  Minda Celaru
  14. Dari Petikan Keyboardku
  15. ….

Nak baca peranan tagline  ? korang boleh baca dengan lebih lanjut di blog evolusi internet.

Tanda-Tanda Anda Peminat Fanatik Durian.

Korang peminat durian tak ? Masuk hari ni dah berapa biji korang melantak ? Banyak ? Pergh , korang memang gempak !

Bila tengok orang jual durian tepi jalan , nafsu aku nak menikmati buah durian ni semakin membuak-buak.Maklum lah , aku  ni peminat satu durian atau king of pop  fruit ni.Tak kisah lah mahal mana pun orang jual , kalau gerenti buah tu mantap , sure aku sanggup beli.Sape-sape yang ada kampung lagilah best , asal musim durian je dah boleh balik kampung.Siap bermalam kat pondok tunggu buah durian gugur.

Aku nak kongsi sikit tanda-tanda korang peminat fanatik durian.

 

Yang pertama adalah , korang tahu segala jenis gred dan kaum kerabat buah durian.Dah tu plak siap tahu plak durian ni datang negeri mana.Memang tak boleh dipertikaikan langsung kepoweran korang mengenai segala jenis fakta durian.

Yang kedua , anda tahu di mana port orang jual durian dan siap rekemen kepada rakan-rakan opis dan jiran-jiran.Anda juga tahu tempat mana jual mahal , tempat mana jual murah , tempat mana jual timbang dan tempat mana jual longgok.Anda juga tahu peniaga mana cekik darah dan peniaga mana yang pemurah.Huhu ! respek ah.

Biasanya kalau makan nasi siap bermacam-macam jenis lauk.Tapi , sejak musim durian dah tiba ni korang makan nasi dengan tempoyak pulak.Takde lauk pun takpe , janji ada tempoyak dengan ulam timun.Pergh! Aku sambil tulis ni pun air liur dan menitik-nitik.Mana lah aku nak cari tempoyak jap lagi.

Sifat kepemurahan korang semakin terserlah.Sambil korang balik kampung , korang pasti tak akan lupakan jiran-jiran dan kawan-kawan.Sorang dapat sebiji pun jadilah.Amal jariah kan.

Last sekali , sedawa pun bau durian. h-a-h-a-h-a