
“HARI pertama setiap April adalah hari yang perlu diingati berbanding baki 364 hari lagi,’’ kata penulis terkenal Amerika, Mark Twain.
Kesimpulan paling mudah daripada kenyataan penulis tersebut adalah tarikh 1 April setiap tahun itu ialah hari untuk usik-mengusik, bergurau-senda atau tipu olok-olok. Tidak akan ada yang akan marah atau berkecil hati kerana hari tersebut telah dikhususkan untuk perkara tersebut.Tarikh itu digelar dengan pelbagai nama. Paling umum ialah April’s Look Day. Ada yang memanggilnya dengan April Mop dan di Scotland ia seringkali dikenali sebagai April Gowk.
Walau apapun panggilannya, motif tetap sama. Setiap kali menjelang 1 April, biasanya banyak di antara kita akan begitu sibuk dan terikut-ikut dengan budaya Barat serta bersiap-sedia untuk merayakannya.
Kenapa ?
Jawapannya, masyarakat kita begitu mudah menerima budaya luar yang belum tentu jelas asal-usulnya.
Tahukah anda , sebenarnya April’s Fool ini berasal dari satu episod sejarah pahit kerutuhan kerajaan islam Sepanyol pada tahun 1487, atau bertepatan dengan 892 H.Anda boleh baca banyak sumber mengenai April’s Fool di sini.
Jadi ,jika ada diantara kawan-kawan kita masih lagi terikut-ikut dengan budaya barat ini, cuba-cubalah bagi tazkirah sikit.
Fakta daripada penulis.
Malangnya , semasa entri ini ditulis , sudah berlakunya aktiviti sakat menyakat di seluruh dunia dan yang bagusnya sudah ada beberapa artikel mengenai kisah sebenar April’s Fool yang telah dipublish di blog masing-masing.
Wassalam.
Tags:
April's Fool