Category Archives: Aku dan Isu Semasa

Sharbinee Akui Kesilapan Semasa Final Piala Malaysia

sarbini akui kesilapan

Penjaga gol Terengganu, Sharbinee Alawee Ramli secara terbuka mengakui kesilapan pada perlawanan akhir Piala Malaysia Terengganu menentang Negeri Sembilan kelmarin.Sambil menjelaskan kesilapan tersebut tidak disengajakan, penjaga gol kebangsaan itu turut meminta maaf kepada semua rakan serta penyokong di atas apa yang telah berlaku.

Kesilapan beliau memberi kemenangan kepada Negeri Sembilan.

Pada aksi di Stadium Shah Alam itu, Sharbinee yang memiliki pengalaman luas beraksi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah melakukan kesilapan apabila gagal menangkap kemas hantaran silang pemain Negeri Sembilan, S. Kunanlan pada minit ke-81.

Gol penyamaan itu telah mencetuskan kebangkitan para pemain Negeri Sembilan yang akhirnya berjaya mendapatkan gol kemenangan menerusi Hairuddin Omar pada minit ke-86 untuk muncul juara Piala Malaysia edisi 2011.

Menurutnya , perlawanan akhir memang sengit dan apa sahaja boleh berlaku.Beliau juga tahu ramai orang di luar sana yang membenci beliau kerana kesilapan itu. Justeru, beliau ingin meminta maaf kepada semua rakyat Terengganu yang mengharapkan trofi Piala Malaysia.

Mengulas lanjut mengenai kesilapan itu, Sharbinee yang dianggap penjaga gol No. 2 negara selepas Khairul Fahmi Che Mat menjelaskan, faktor padang bukanlah punca utama.Sebaliknya dia mendedahkan, tempoh perlawanan yang cukup genting memberi sedikit tekanan kepadanya sehingga gagal beraksi dengan baik.

“Saya mungkin telah membuat keputusan yang silap sehingga menyebabkan jaringan itu dan ia sesuatu yang sukar untuk saya terima.

“Namun, saya akan jadikan kesilapan ini sebagai satu lagi pengalaman untuk menjadi lebih matang dan lebih berhati-hati pada perlawanan akan datang.

“Saya cuma berharap agar para penyokong Terengganu terus berada di belakang pasukan ini dalam misi memburu kejuaraan pada musim depan,” katanya lagi.

Untuk rekod, kekalahan 1-2 Terengganu kepada Negeri Sembilan kelmarin meneruskan kemarau kejuaraan buat skuad Penyu itu selepas kali terakhir muncul juara Piala Malaysia sepuluh tahun lalu.

Satu-satunya kejuaraan yang dimenangi skuad kendalian Irfan Bakti itu adalah dengan muncul juara Piala FA selain menduduki tangga kedua dalam persaingan Liga Super.

 

Kutip Najis Musang Dapat RM704.83 Sehari

kopi luwak paling mahal di dunia

 

Seorang petani, Rustico Montenegro di sini mencari najis musang yang mengandungi biji kopi untuk dikumpulkan dan dibersihkan sebelum dijual kerana harganya yang tinggi.

Montenegro yang berusia 44 tahun dan isterinya memperoleh pendapatan sehingga AS$230 (RM704.83) sehari semasa bulan Mac hingga Mei hasil daripada usaha mereka itu.

Najis musang yang mengandungi biji kopi itu dibeli oleh dua pedagang biji kopi, Vie Reyes dan Basil Reyes untuk dieksport ke luar negara untuk dijadikan minuman.

Kopi najis musang itu dijual AS$7 (RM21.45) satu cawan di kafe di Manila.

Namun, di Amerika Syarikat (AS), laman web Kopi Herloom di Massachusetts menyatakan dua cawan kopi daripada kopi najis musang dari Filipina, Indonesia dan Vietnam dijual pada harga AS$49 (RM150.16).

Di New York, sebuah kedai kopi menjual biji kopi tersebut pada harga AS$340 (RM1,041) satu kilogram.

Musang yang tinggal di atas pokok itu memakan biji kopi sebelum mengeluarkannya menerusi najis.

Enzim dan asid dalam sistem penghadaman musang menghilangkan rasa pahit biji kopi dan memberikan ia aroma buah dan rasa yang tersendiri

Bakar Bendera Terengganu Punca Pergaduhan Di Stadium Shah Alam

 
Ini adalah update terbaru  berita mengenai pergaduhan diantara penyokong Negeri Sembilan dan Terengganu beberapa jam yang lepas.
 
Puncanya adalah BAKAR BENDERA !
 
Seorang lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan dibelasah teruk di Stadium Shah Alam malam tadi selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan.
 
Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu serta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1 – 2 kepada Negeri Sembilan.
 
Lelaki tersebut dikatakan mencetuskan provokasi dengan membakar bendera Negeri Terengganu di kawasan tempat letak kereta penyokong Terengganu. Rakan-rakan yang cuba menyelamatkannya juga turut terkena pukulan sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan itu.

 

Tindakannya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu memburukkan lagi keadaan. Meskipun ada segelintir penumpang yang simpati, lelaki tersebut terus dipukul.

SUMBER : MILOSUAM.BLOGSPOT.COM

Pergaduhan Besar Selepas Perlawanan Piala Malaysia 2011?

Ini ada berita yang tidak sedap di dengar !

Selepas tamat  perlawanan final Piala Malaysia 2011 diantara Negeri Sembilan menentang Terengganu , berlaku satu pergaduhan diantara kedua-dua penyokong. Rumors mengatakan pergaduhan berlaku di kawasan parking Stadium Shah Alam.

Dalam pergaduhan  tersebut , tiga orang penyokong terengganu telah  ditikam dan seorang penyokong negeri sembilan juga terlibat.Ada juga penyokong dari pasukan lawan dipaksa untuk menanggalkan jersi pasukan masing-masing.

Mungkin pergaduhan timbul akibat daripada provokasi diantara kedua-dua pihak .Pasukan yang kalah mungkin tidak dapat menerima kekalahan pasukan mereka atau mungkin juga pasukan yang menang melakukan provokasi.

Buat masa sekarang berita ini tidak dapat dipastikan tetapi sama-sama kita tunggu selanjutnya di surat khabar atau TV esok.

Kalau ada yang berada di tempat kejadian juga , boleh share !

sumber : carigold

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2011

Negeri Sembilan kembali ditabalkan selaku juara Piala Malaysia. Kemenangan 2-1 ke atas Terengganu pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi membolehkan skuad Hoben Jang Hoben kembali menjulang piala berprestij itu.

Ia merupakan kejayaan ketiga Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia selepas edisi 1948 dan 2009.

Bagi Terengganu pula, skuad Peteh itu gagal mengulangi pencapaian sedekad yang lalu dengan kejayaan menjulang Piala Malaysia.

Kekalahan itu juga sekali gus menyebabkan Terengganu gagal dalam misi merangkul gelaran berganda musim ini selepas mereka muncul juara Piala FA pada Jun lalu.

Pada aksi malam tadi, kedua-dua pasukan dilihat menampilkan corak permainan seimbang sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.

Selepas gagal memecahkan kebuntuan gol pada babak pertama, Terengganu terlebih dahulu menceriakan kira-kira 35,000 penyokong skuad Penyu yang hadir menyaksikan aksi final di stadium.

Pemain sayap, Mohd. Ashaari Samsudin berjaya menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal Marlias untuk gol pertama Terengganu pada minit ke-59.

Tersentak dengan jaringan itu, Negeri Sembilan bingkas bangkit menguasai perlawanan bagi memburu gol penyamaan.

Hasilnya, pemain sayap lincah, S. Kunanlan berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-81 selepas rembatannya dari sebelah kanan pintu gol Terengganu gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol, Mohd. Sharbinee Alllawee.

Hairuddin mengesahkan kemenangan Negeri Sembilan apabila meledak gol berselang lima minit kemudian selepas menyudahkan hantaran lintang kapten, Shukor Adan.

Ia dianggap detik cukup istimewa bagi Hairuddin, 32, kerana dia turut menjaringkan gol dalam dua edisi final sebelum ini.

Pada edisi 2009, Hairuddin yang dipinjamkan ke Negeri Sembilan dari kelab T-Team, berjaya menjaringkan gol menerusi tandukan menarik, sekali gus mengecewakan Kelantan 3-1 di pentas final.

Ketika menyarung jersi Kelantan musim lalu pula, Hairuddin menjadi watak pemusnah bagi Negeri Sembilan apabila tandukannya berjaya menyamakan kedudukan buat The Red Warriors sebelum jaguh Pantai Timur itu menang 2-1.