Category Archives: Aku dan Isu Semasa

Keputusan Penuh Final Piala Malaysia 2011

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA ANTARA NEGERI SEMBILAN VS TERENGGANU 29 OKTOBER 2011

Tahniah kepada Juara Piala Malaysia iaitu Negeri Sembilan !

Piala Malaysia 2011 baru saja melabuhkan tirainya!  Walaupun timbul kontroversi mengenai harga tiket baru-baru ini , sokongan padu peminat di kedua-dua belah pihak amat padu.

Berikut adalah Keputusan Penuh Perlawanan Akhir Terengganu vs Negeri Sembilan 29 Oktober 2011.

Tahniah kepada Negeri Sembilan kerana berjaya menggungguli perlawanan.

NEGERI SEMBILAN     2      VS     1      TERENGGANU

 

Suami Belasah Isteri Kerana Tidak Masak

Hanya kerana tidak disediakan sebarang makanan pada sambutan Hari Deepavali Rabu lalu, seorang suami naik berang lalu membelasah isterinya dengan sebatang kayu selain disepak dan dipijak sehingga wanita itu pengsan di rumah mereka di Taman Netas Maju dekat Mentakab.

Akibat kekejaman si suami, mangsa yang merupakan seorang suri rumah terpaksa menerima tiga jahitan di kepala selain turut mengalami lebam di beberapa bahagian badan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Siasatan dan Perundangan Pahang, Supritendan Mohd. Haris Daud (gambar) berkata, sebelum kejadian pada pukul 3 petang, suspek seorang penganggur yang baru sampai ke rumah selepas keluar bersama rakan terus membelasah isterinya kerana melihat tiada sebarang hidangan untuk dimakan.

Suspek membelasah isterinya menggunakan kayu. Mangsa juga disepak sehingga terjatuh dan dipijak sehingga pengsan tanpa belas kasihan.Menurut beliau, kejadian kejam itu disaksikan oleh empat anak pasangan itu yang berusia di antara lima hingga 13 tahun.

Anak-anak pasangan itu tidak mampu berbuat apa-apa kerana ayah mereka didakwa terlalu marah kerana dipercayai lapar selepas pulang daripada berjumpa rakan.

Mesti mangkuk hayun ni mabuk minum todi!

Berikutan kejadian itu, menurut beliau, mangsa yang tidak sedarkan diri dan pengsan dikejarkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah (HoShas) Temerloh dengan ambulans yang dihubungi jiran.

Mangsa dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan.

Suspek kini direman empat hari sejak kelmarin dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan parah.

Polis masih menyiasat latar belakang pasangan itu dan punca kejadian sebenar sehingga suspek bertindak keterlaluan terhadap isterinya.

Harga Tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia Kekal RM50

 

Sekalipun berdepan dengan banyak bantahan ,  Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berganjak dari keputusannya menetapkan harga tiket RM50 bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

Setiausaha Kehormat FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata pihaknya tidak bercadang menurunkan harga tiket kerana selepas kajian, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mendapati harga tiket itu adalah wajar.Menurut FAM , harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium, keselamatan dan beberapa faktor lain.

Para penyokong kedua-dua pasukan turut membantah harga tiket itu bagi semua tempat duduk stadium.

Beliau berkata Malaysia adalah sebuah negara demokrasi di mana penyokong bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka itu.

Mengulas permintaan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya FAM mengkaji semula harga tiket tersebut, beliau berkata FAM menghormati permintaan itu namun FAM tidak akan berganjak dari keputusan asal.

read more »

Fenomena Nikah Tutup Aurat, Sanding Pula Buka Aurat

 

Tertarik dengan artikel dari www.iluvislam.com

Setiap kali majlis nikah, ia biasanya dilangsungkan di masjid mahupun di surau. Jadi, di situ biasanya ahli keluarga terdekat dan rakan taulan hadir untuk menyaksikan sendiri majlis bersejarah yang menyatukan dua hati.

Biasalah, jika dilakukan di masjid, semua yang hadir perlu mematuhi adab memasuki masjid. Sudah pasti, antara lain yang dipatuhi ialah adab menutup aurat dengan sempurna.

Jadi, di situ dapat kita lihat ramai yang hadir cantik menutup aurat khususnya yang perempuan, termasuklah perempuan yang akan dinikahkan.

Yang pastinya , menutup aurat sekadar mahu menghormati majlis dan masjid!

read more »

Wasiat Muammar Gadaffi Sebelum Menemui Ajal

Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi telah meminta supaya dia dikebumikan di bandar kelahirannya di Sirte.

Laman web pro-Gaddafi, Seven Days News melaporkan semalam bahawa wasiat itu dibuat tiga hari sebelum bekas pemimpin tersebut mati.

Berdasarkan satu nota yang dipercayai ditulis sendiri oleh Gaddafi, laman tersebut menyatakan, dia meminta dikebumikan dekat dengan saudara-maranya.

Bekas pemimpin itu juga meminta, keluarganya termasuk wanita dan anak-anaknya diberi layanan yang baik