Sungguh memalukan apabila Malaysia merupakan negara ketiga di Asia mempunyai bilangan pengguna aktif laman web gay berpusat di Amsterdam selepas Filipina dan India.

Bilangan pengguna aktif laman web itu di Malaysia juga lebih ramai berbanding negara mengamalkan seks terbuka seperti United Kingdom yang menduduki tangga ke-11 dan Amerika Syarikat di tangga ke-12.
Laman web antarabangsa sememangnya tidak asing lagi di kalangan kaum gay itu turut menawarkan pelbagai kemudahan termasuk muat turun video lucah, majalah dan khidmat teman sosial.
Selain itu laman web golongan itu dilayari hampir 10,000 pengunjung sehari turut menyenaraikan kelab khusus golongan gay dari luar negara yang ingin berkunjung ke Malaysia.
Kalau owner tu letak iklan nuffnang , sudah tentu KAYO!
Ia turut menyediakan khidmat tukang urut tempatan, lengkap dengan alamat dan nombor telefon. Golongan terbabit boleh memuat turun aksi mengghairahkan dan berinteraksi dengan ahli secara langsung.
Hasil tinjauan dijalankan mendapati Malaysia menduduki tangga ke lapan daripada 28 negara dengan 29,330 pengguna aktif.
Angka itu membimbangkan kerana di Malaysia saja, Kuala Lumpur mencatatkan bilangan pengguna paling ramai iaitu 13,415 diikuti dengan Selangor 4,315.
Tinjauan mendapati pelbagai tajuk menjadi perbincangan pengunjung laman web berkenaan antaranya pesta seks malam, kumpulan gay KL, pelancongan gay, gay universiti dan pelbagai isu lain menjadi topik hangat gay seluruh penegara.
Tunggu artikel berikutnya mengenai pendedahan laman web gay di malaysia.