Category Archives: Aku dan Isu Semasa

Aku dan Isu Semasa

Tujuh Keanehan Utama Mengenai Muammar Gadaffi

Muammar Gaddafi yang memerintah Libya selama 42 tahun kini menjadi sejarah dan bakal dikenang sebagai diktator yang didakwa menaja keganasan di negara luar.Namun, di sebalik legasi itu, Gaddafi juga akan diingat sebagai tokoh yang suka melakukan perkara pelik.

Tujuh Keanehan Utama Mengenai Muammar Gadaffi

Laman web ABCNews.com menyenaraikan tujuh keanehan utama yang dilakukan oleh arwah Gaddafi.

Khemah kalis peluru

Ketika berada di Tripoli, Gaddafi tinggal dalam kubu dilengkapi dengan rangkaian sistem terowong untuk menyelamatkan diri.Apabila berkunjung ke luar negara, tokoh berdarah Badwi itu membawa bersamanya khemah untuk dipasang di tempat difikirkan sesuai.Disebabkan set khemah kalis peluru itu terlalu berat, ia terpaksa diangkut menggunakan pesawat berasingan yang mengiringi ke mana saja Gaddafi pergi.Untuk menghidupkan suasana padang pasir, dia juga menambat seekor dua unta di luar khemahnya.

Pengawal anak dara

Nampaknya pengawal ini tiada ketika mereka sangat diperlukan apabila Gaddafi ditangkap kelmarin, tetapi biasanya tokoh itu dikelilingi 40 anggota terlatih sepanjang masa.Digelar sebagai Amazon, pengawal wanita itu dilaporkan semuanya masih dara dan mereka berikrar mempertahankannya sebelum menyertai pasukan berkenaan.Dilatih di sebuah pusat latihan wanita, pengawal terbabit dipilih sendiri oleh Gaddafi dan mengenakan mekap, kasut but bertumit tinggi.

Jururawat seksi

Selama sedekad, seorang jururawat Ukraine, Galyna Kolotnytska, sering dilihat berada di sisi Gaddafi.Digambarkan sebagai mempunyai bentuk badan mengghairahkan, Galyna didakwa seorang daripada pembantu paling dipercayai Gaddafi dan dipercayai menjalin hubungan romantik dengan diktator terbabit.Sejumlah jururawat Ukraine turut berkhidmat untuk Gaddafi dan mereka memanggilnya dengan gelaran “papa” atau “daddy”.

Jatuh hati kepada Condoleezza Rice

Pada 2007, Gaddafi menggelar bekas Setiausaha Negara AS itu sebagai “wanita kulit hitam Afrika yang dikasihi.”Ketika Condoleezza melawat Tripoli pada 2008, Gaddafi memberikan pelbagai hadiah bernilai AS$200,000 (RM629,880), termasuk cincin.Bagaimanapun, minatnya kepada wanita itu hanya terbongkar selepas pemberontak menawan Tripoli. Antara barangan yang ditemui di situ, satu album mengandungi puluhan gambar Condoleezza.

read more »

Aku dan Isu Semasa

Seorang Ibu Menolak Rawatan Kanser Demi Bayi Yang Di Kandungnya

Stacie menolak rawatan kanser untuk menyelamat anaknya

Ini adalah kisah mengenai keberanian dan ketabahan seorang ibu yang bernama Stacie Crimm.Beliau membuat pengorbanan yang besar dalam hidupnya demi menyelamatkan anak dalam kandungannya.

Stacie Crimm yang berusia 41 tahun mula mengalami sakit kepala yang teruk sejak beberapa bulan selepas dia mendapat tahu dia mengandung. Imbasan CT mendedahkan Stacie mempunyai kanser kepala dan leher. Stacie berhadapan dengan pilihan yang paling sukar dalam hidupnya iaitu menjalani kemoterapi dan kemungkinan kandungannya akan terjejas melalui rawatan invasif tersebut atau menolak rawatan kemoterapi untuk membolehkan beliau melahirkan kandunganya biarpun dia tahu pilihan tersebut akan meragut nyawanya.

Menurut abang stacie iaitu Ray, “Ia tidak mengambil masa yang lama untuk (Stacie) membuat keputusan itu.” Dia membuat keputusan untuk menolak rawatan melalui kimoterapi. Dua bulan selepas itu , Stacie jatuh pengsan di rumahnya dan beliau dikejarkan ke hospital. Tumor telah merebak di bahagian otak Stacie. Stacie tidak mempunyai masa yang lama dan kadar denyutan jantung bayi jatuh mendadak.

Doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan caesarean untuk menyambut kelahiran anak Stacie.Selepas keluar dari wad pembedahan, Stacie tidak sedarkan diri dan tidak mampu untuk menandatangani sijil kelahiran anak perempuannya.Bayi itu diberi nama Dottie dan hak jagaan telah diberikan kepada abang Stacie iaitu Ray. Doktor mengjangkakan Stacie akan koma tetapi pada 8 September , Stacie  bangun cukup lama sambil memegang anak perempuannya untuk kali yang terakhir.

Tiga hari kemudian, wanita yang tabah dan berani ini telah meninggal dunia dan bayi yang diberi nama Dottie dibawa pulang kerumah pakciknya, Ray untuk tinggal bersama-sama ahli keluarga yang lain.

read more »

Aku dan Isu Semasa

Libya Meraikan Kematian dan Kejatuhan 42 Tahun Pemerintahan Muammar Gadaffi

Gambar Seorang Yang Memegang Pistol " Golden Gun " Gaddafi

Buruan pemberontak libya , bekas Kolonel Muammar Gaddafi telah terbunuh dalam serangan udara NATO kerana dia cuba untuk melarikan diri daripada serangan pemberontak di kubu kuat terakhir Sirte.

Kematiannya telah disambut dengan gembira dan puak pemberontak libya telah meraikan kematian Kolonel Muammar Gaddafi.

Gambar yang dipercayai mayat Kolonel Muammar Gaddafi yang berlumuran darah telah dipaparkan di televisyen secara langsung dan dipancarkan di seluruh dunia hari ini dan video mayatnya diheret melalui jalan-jalan utama di Libya.

Perdana Menteri Libya , Mahmoud Jibril telah mengesahkan berita itu, tetapi berita kematian Muammar Gadaffi telah diraikan terlebih awal di Tripoli dan di seluruh negara selepas berita itu tersebar pagi ini.

Kegembiraan jelas terpancar apabila rejim pemerintahan diktator selama 42 tahun telah digulingkan.

LIHAT GAMBAR-GAMBAR LIBYA MERAIKAN KEMATIAN MUAMMAR GADAFFI

read more »

Aku dan Isu Semasa

Muammar Gaddafi Telah Meninggal Dunia

gambar kematian muammar gadaffi

Bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya sewaktu ditangkap berhampiran bandar kelahirannya di Sirte.

Banyak tembakan dilepaskan ke atas kumpulannya dan dia mati terkena tembakan di kepalanya.

Serangan terakhir bermula jam 8 pagi hari ini bertujuan mengambil alih baki lokasi yang masih dipertahankan penyokong kuat Gaddafi sebelum ia berakhir dalam tempoh 90 minit kemudian.Sebelum serangan itu, lima kenderaan yang dipenuhi dengan penyokong Gaddafi kelihatan cuba melarikan diri menerusi laluan lebuh raya.

Gambar dan Video kematian Muammar Gadaffi telah tersebar di Internet.

Bagaimanapun, mereka terbunuh dalam serangan yang dilakukan pejuang revolusi negara itu, sebelum operasi mencari baki pejuang Gaddafi yang masih bersembunyi diteruskan.

Pegawai kanan tentera NTC juga berkata menteri pertahanan Gaddafi, Abu Bakar Younus Jabr terbunuh sewaktu penangkapan bekas pemimpin Libya itu.

Sebelum ini, AP melaporkan pejuang Libya dilaporkan mengambil alih kubu terakhir yang dipertahankan pengikut setia Gaddafi di ibu kota Sirte.

Ini menjadikan semua kampung halaman pemimpin negara yang digulingkan itu berada di bawah kawalan mereka.

Lagi Gambar Kematian Muammar Gadaffi telah tersebar di Internet.

Aku dan Isu Semasa

Syurga Gay Dan Lesbian Di Israel

Israel kini menjadi pilihan destinasi perlancongan bagi komuniti gay dan lesbian dari Iran , Arab Saudi , Kuwait , Iraq dan negara sekitarnya.Adalah tidak pasti samada komuniti gay dan lesbian dari Malaysia atau Asia juga pasti akan melancong ke Israel.
 
Hak-hak Lesbian dan gay di Israel dianggap yang  termaju dan  berkembang di Timur Tengah. Berbeza dengan negara timur tengah lainnya,  Israel mengiktiraf kaum minoriti ini.

Komuniti gay dan lesbian dari Iran, Arab Saudi, Kuwait, Iraq, dan negara  sekitar datang untuk bercuti di Israel. Jika di negara asal mereka,  mereka harus berpasangan dengan sembunyi-sembunyi, di Israel, para gay  dan lesbian dapat memegang tangan pasangan mereka tanpa rasa was.  Mereka bebas berpelukan dan mencium pasangan mereka tanpa rasa khuatir.

Israel memang Oasis bagi gay dan lesbian di timur tengah. Walaupun  akhir-akhir ini Lebanon dan Turki mula bersaing untuk menarik  pelancong gay dan lesbian dari timur tengah.

read more »