Category Archives: Aku dan Panduan

Panduan Membuat Lemang Hari Raya

Hari Raya bakal menjelang beberapa hari saja lagi.Pastinya sudah ramai yang sudah bersiap-sedia menyiapkan beberapa menu wajib seperti lemang , ketupat dan dodol.Untuk pengetahuan blogger semua , lemang merupakan menu wajib bagi kami sekeluarga pabila tibanya Hari Raya.Ini bermakna , kami adik beradik akan bergotong-royong menyiapkan menu istimewa ini.Untuk mencari buluh tidak susah kerana abah kami sudah menanam pokok buluh dibelakang rumah kami di kampung.

Hari ini , saya akan berkongsi dengan anda semua cara-cara membuat lemang.Manalah tahu , tahun depan anda semua boleh mencubanya.Membuat lemang tidak susah mana pun.Sambil buat lemang pun boleh bertwitter ataupun ber’facebook.

Di kampung, buluh lemang boleh dicari di hutan belukar,ladang getah atau di tepi sungai.Bukan semua buluh boleh dijadikan buluh lemang. Hanya buluh yang tidak terlalu tebal ataupun nipis dengan saiz diameter yang sederhana sahaja. Buluh yang nipis akan pecah apabila dihentak (sewaktu proses membakar) dan yang terlalu tebal akan menyebabkan lemang lambat masak.Jadi,buluh yg terbaik untuk membuat lemang adalah buluh yg tidak terlampau tua.

Buluh lemang yang terpilih akan dibersihkan dari debu miangnya dengan menggunakan sabut kelapa.

Kemudian , daun pisang muda digunakan untuk mengalas buluh lemang.Ia bertujuan untuk menaikkan aroma beras pulut yang dugunakan.

Gulung daun pisang mengikut saiz buluh yang telah potong mengikut ruasnya. Kemudian masukkan daun tersebut menggunakan batang pelepah pisang yang telah dibelah dua (buatkan seperti penyepit). Sepit daun pisang yang sudah digulung dan masukkan ke dalam buluh. Sebelum masukkan daun yang bergulung itu, sumbat dahulu pangkal buluh tersebut (pada bahagian ruasnya) dengan daun pisang yang dikeronyok. Tujuannya supaya lemang di bahagian hujung tidak kotor terkena buluh. Oleh itu, semua bahagian boleh dimakan kelak.

Beras pulut dan santan yang sudah direndam (dan digaram) bolehlah dimasukkan ke dalam batang buluh. Beras pulutnya dimasukkan sekitar 3/4 daripada buluh. Kemudian, masukkan baki santan sehingga ke paras yang sama. Sambil masukkan beras pulutnya, hentak sedikit-sedikit (perlahan-lahan) supaya ruang kosong di dalam buluh dalam diisi dengan baik. Usah hentak terlalu kuat bimbang nanti pulut tiada ruang untuk mengembang sewaktu proses membakar.

Sementara beras pulut dan santan diisi, tempat membakar lemang perlu disiapkan terlebih dahulu.Dua pancang besi ditegakkan di kiri dan kanan (bergantung kepada berapa banyak lemang yang akan dibakar). Pastikan ada satu besi yang melintang di bahagian tengah sebagai tempat lemang bersandar.

Apabila tempat membakar lemang telah siap, hidupkan api dan lemang sedia untuk dibakar.Apa yang penting semasa proses membakar lemang adalah proses mengawal api suapaya supaya lemang tidak hangus. Jika mahu cepat masak, api boleh besar tetapi harus rajin pusing-pusingkan lemang supaya masaknya rata.Anda harus pandai bagaimana hendak mengawal api tersebut.

Setelah lemang mendidih dan berbuih-buih ( santan menggelegak), boleh dihentakkan lemang supaya menjadi padat. Lemang yang tidak padat tidak akan nampak menyelerakan.

Apabila buluh lemang mula layu dan setelah dibakar sekian lama (lama proses pembakaran bergantung kepada besar/kecil ataupun jauh/dekat api), lemang pun masak.

Sesudah itu, bolehlah lemang dibelah dan dinikmati bersama-sama rendang.Lemang telah sedia untuk dihidang di pagi Aidilfitri.

Panduan Balik Kampung Di Musim Perayaan

Amalan balik kampung pada Hari Raya adalah satu amalan yang baik. Ia menghidup dan mengekalkan nilai-nilai kekeluargaan yang dituntut oleh agama Islam.Bagi anak perantau , lambaian desa kian meruntun perasaan untuk pulang bertemu ayah, ibu dan sanak saudara menjelang Aidilfitri.Hubungan yang jauh dapat dieratkan dan sama-sama memohon kemaafan.

Sekarang adalah masa yang terbaik dan sesuai untuk menghantar kenderaan ke bengkel servis.Pastikan enjin kereta , tayar dan sebagainya berada dalam keadaan yang baik supaya pemanduan tidak terganggu.Selain itu eloklah dirancang perjalanan bagi mengelakkan keadaan tergesa-gesa dan mengelakkan kesesakan di jalan raya.Hari khamis ini dijangka orang ramai akan berpusu-pusu balik ke kampung dan jumaat pula pasti kesesakan jalan raya akan bertambah teruk.

Berikut adalah lapan petua keselamatan jalan raya yang anda harus tahu.

  1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu.
  2. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
  3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
  4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
  5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
  6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
  7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
  8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

Pandu dengan berhati-hati , ingatlah orang yang tersayang di kampung.

Saya Tidak Pandai Photoshop Tapi Ada Alternatifnya

 

Walaupun pernah belajar dari beberapa orang yang pakar edit gambar melalui photoshop tetapi sampai sekarang aku masih terkial-kial hendak menggunakan software  tersebut.

Dapat photoshop crack pun kalau tak pandai guna buat apa kan.

Kembali ke beberapa tahun yang lalu, Adobe Photoshop merupakan raja segala photo editor. Tetapi terdapat banyak photo editor secara online secara percuma yang boleh didapati di internet di mana kita dapat melakukan proses editing foto tanpa perlu membayar satu sen pun!

Jadi , nasib baik ada alternatif photo editor yang amat senang untuk dikendalikan.Jadi , tak payah pikir camne nak letak watermark , picture effect dan macam-macam lagilah.

So , aku share ngan korang alternatif photo editor yang serupa macam dengan photoshop tetapi amat senang untuk dikendalikan.

Picnik

Aku selalu guna picnik untuk edit gambar.Amat senang untuk menggunakannya.Terdapat banyak option yang best.
Rugi kalau tak cuba.

 

Splashup

Ada banyak multiple photo editing.

Aviary

Dalam website ini, tidak hanya gambar sahaja yang boleh diedit tetapi juga audio dan warna.

Flauntr

Ada banyak features yang menarik

 

Pixlr

Boleh edit gambar direct dari URL.

Pixenate

 

 

Fotoflexer

 

Picmagick

 

 

Photovisi

 

Lunapic

Hairmixer

 

Tips Berjimat-Cermat Di Bulan Puasa

Ramai yang kata , bulan Ramadan adalah masa yang paling sesuai untuk berjimat cermat.Tapi sebenarnya , ramai yang tewas dengan godaan nafsu.Boros juga akhirnya.Ambil contoh aku lah , baru tiga hari lepas dah bising mengenai boros.Tu lah kalau makan ikut nafsu boleh kopak jadinya.

Jadi , apa yang perlu kita buat untuk mengelakkan membazir.Lagipun membazir ni adalah amalan syaitan.Walaupun syaitan dan iblis tu dah kena ikat tapi amalan-amalan makhluk berpuaka tu masih lagi dipraktikkan.

Aku ada beberapa tips yang mungkin sesuai atau mungkin tidak sesuai.Sama-samalah kita menilainya.

 

Tips Pertama
Pergi survey harga makanan feberet anda di bazar ramadan terpilih.Time ni , korang jangan bawak duit.Kalau tidak , tips untuk korang berjimat di bulan ramadan sure tak menjadi.Kalau korang rajin , try korang survey di setiap bazar tu.Kemudian , kalau tak puas hati korang boleh temuramah penjual tu.Ye lah  , korang mesti nak tau kan harga makanan tu kekal atau tidak sepanjang ramadan.Mental korang kene block ni, jangan fikir mende lain.Sematkan dalam hati yang korang nak survey aje.Ala , baru hari pertama korang berpuasa.Takkan dah mengidam nak makan macam-macam kan.
 
Tips Kedua
Bila korang dah survey harga makanan tu , korang buat list yang cukup lengkap macam menu kat hotel tu.Siap ada senarai harga sekali.Untuk keesokan harinya pulak , korang bawak duit ngam-ngam je.Bila dah ada jadual senang lah sikit , amik contoh hari ni korang nak makan ayam golek ngan air tebu , korang calculate lah.Ayam golek tu harganya dalam RM12 , so korang bawak je RM12.Pastu kalau nak tambah air tebu ke , pandailah2 korang bajet.Jangan lupa , bawak duit ngam-ngam je tau.
 
Tips Ketiga
Tips ni sesuai untuk budak bujang macam aku.Kalau satu rumah tu seramai 6 orang , sebagai seorang yang prihatin korang collectlah duit belanja.Setiap sorang boleh bagi dalam RM10 , so dah ada RM60.Dengan RM60 tu , mcm2 boleh beli.Tapi aku percaya , tak habis pun RM60 tu.Siap ada balance korang boleh beli beras lagi tau.Pastu , jangan lah kedekut ngan kenkawan.Biasalah , ekonomi budak bujang ni tak menentu. Ye dok…takpun balance masuk dalam tabung umah bujang.
 
Tips Keempat
Bufet kat hotel tu boleh blah.Buang duit aje.Satu kepala dalam RM40++ , kira mampu lah kan.Tapi kene ingat , kita taknak membazir duit dan masa.Jadi , kalau boleh elakkan terus pegi bufet kat hotel.Kalau dah melepak kat sana dan melantak sampai tank penuh , larat ke korang nak solat ? Cuba fikir.
 
Tips Kelima
Bagi yang dah bekeluarga , ape kata rajin-rajinkan bertukar juadah dengan jiran tertangga.Dapat lah juga mengeratkan silaturrahim dan bertukar-tukar resipi.

Tips Keenam
Skang ni banyak masjid menganjurkan majlis berbuka puasa.Apa lagi , korang pergi ajelah berbuka puasa di masjid yang berdekatan dengan anda ataupun masjid yang jauh dengan anda.Jangan lupa plak solat berjemaah sekali.Takde lah orang kata , asyik nak makan free aje kan.

Tips Ketujuh
Aku rasa tips yang last nih paling brutal.Ape susah , masak je sendiri.Lagi save bajet.Betul tak ?

Tips ni aku dapat hasil survey beberapa orang rakan opisku.Amacam , okay tak.

Eh , hari ni 25hb .. Gaji pun dan masuk..Agak-agak aku fail tak dalam soal berjimat cermat ni ?