Category Archives: Aku dan Ramadhan

Kesalahan Berhari Raya Yang Patut Kita Tahu

Hari raya merupakan hari kemenangan bagi umat islam selepas sebulan berpuasa.Allah tidak melarang hamba-nya untuk bergembira di hari raya tetapi tidak melampaui batas.

Berikut merupakan beberapa kesalahan berhari raya yang patut kita tahu.

Bermegah-megah dengan persiapan hari raya yang melampau dari segi pakaian , dekorasi rumah , menuh dan sebagainya.Ini merupakan pembaziran berleluasa yang tidak patut diamalkan oleh kita semua.

Tabarruj ( melampau dalam berhiasa ) bagi wanita.

Tidak mengutamakan menziarahi jiran , saudara-mara, rakan taulan , tetapi sibuk menonton TV dirumah terutamanya bagi generasi muda.

Beria-ria solat sunat hari raya tetapi tidak solat subuh dan zuhur.

Bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim

Makan berlebihan

Meminta maaf bermusim hanya pada hari raya sahaja

Raya sebulan sehinggakan terlupa untuk berpuasa enam dalam bulan syawal.Padahal dalam islam , raya aidilfitri hanya sehari. Sebab itulah hanya 1 syawal sahaja yang diharamkan berpuasa sedangkan hari raya kedia dan seterusnya sudah boleh mula berpuasa sunat

Dengar Lagu Raya Teringat Kenangan Silam

Tahun 2002,

Masa tu saya masih lagi bujang.

Masih ensem angkat bakul syok sendiri.

Duduk membujang bersama-sama teman-teman.

Dan baru pertama kali melangkah di alam pekerjaan.

Tapi saya silap timing.

Saya masuk kerja di pertengahan tahun sebelum Ramadhan.

Ini bermakna saya masih lagi bergelar budak baru masa tu.

Tiba time nak raya  cuti saya tidak diluluskan.

Saya sedih dan bengang walaupun saya tahu tiket bas dan keretapi sudah habis.

Hati tetap meronta nak balik.

Malam raya ke dua saya dan lima lagi orang kawan bekerja.

Buka radio dengar lagu dendang perantau.

Perlahan-lahan saya merangkak ke bucu pejabat saya

Sambil menahan sebak dan air mata tiba-tiba mengalir tanpa sedar.

Masa tu saya dah tak peduli yang saya ini anak jantan.

Sedih tetap sedih beb bila tak dapat balik kampong beraya.

Kini ?

Saya tidak sedih lagi.

Saya sudah pakai kereta dan sambil memandu saya suka dengar lagu raya.

Raya sakan di kampung walaupun cuti tak lama.

Anda pula bagaimana pula ?

Ramadhan Bakal Menjelang

Alhamdulillah , sekali lagi umat islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan pada awal bulan Ogos 2011.Semoga kedatangan Ramadhan ini akan membawa 1001 perkara positif dan kita buang lah yang negatif.Jangan berdemo di bulan ramadhan ya , nanti batal puasa kena meriam air!

Sebelum itu , kita google beberapa orang blogger yang telah meng’update’ blog mereka dengan info-info dan panduan mengenai Ramadhan.

Tarikh dan Tempat Melihat Anak Bulan

Kadar Zakat Fitrah di Seluruh Negeri Malaysia 2011

Doa Harian dan Fadhilat di Bulan Ramadhan 2011

Senarai ini akan di updata sebagai panduan kepada kita semua.Semoga usaha mereka di redhai oleh Allah.

Makan Ikut Nafsu Boleh Kopak

Petang tadi aku start kereta terus menghala ke Stadium Shah Alam nak beli juadah berbuka puasa.Lagipun bazar ramadan kat situ memang besar dan macam-macam ada.Sampai aje kat sana , aku tengok orang ramai dan berpusu-pusu kat situ.Diorang lagi awal rupanya.Dalam hati aku kata peluang nak dapat H1N1 ni senang aje.Tapi disebabkan taknak mulut cabul , buat derk aje lah.

Mula-mula target aku nak beli simple je tapi bila dah rambang mata , macam-macam aku beli.Tapi yang paling penting ialah nasi kerabu special.Nasib kerabu nih makanan kegemaran aku.Kalau x makan nasi kerabu , rasa mcm x best.Kelate key.

Aku berbelanja dalam RM16.

Gile kan !! Biasanya aku agak berkira pasal duit ! Tapi pengaruh yang ada di bazar ramadan memang kuat.Syaitan dah kene ikat pun still nafsu bebal dok dorong suruh beli macam-macam.Alahai , nafsu ..nafsu.

Cuba bayangkan , kalau setiap hari aku berbelanja di bazar ramadan sebanyak RM16 maka dalam sebulan aku akan habiskan kira-kira RM480 . Nak jimat mende camni kan. Rosak ! Rosak !

Korang pernah mengalami situasi macam aku ?

Panduan Mengejutkan Orang Untuk Bangun Bersahur

Hari ini menyaksikan semakin ramai khususnya anak muda yang tidak gemar atau tidak suka bangun awal pagi untuk bersahur. Bagi anak-anak muda di rumah, apabila ibu atau bapa mengejutkan mereka untuk bersahur, pasti liat untuk mereka bangun.Nasib baik dah niat bersahur awal-awal.

Tidak cukup dengan itu, ada yang berpesan kepada ibu bapa supaya tidak bersusah payah mengejutkan mereka dan pelbagai alasan diberikan. Contohnya, tidak lapar, mengantuk, sudah makan dan sebagainya. Akhirnya, mereka akan tidur sampai ke pagi.

Berdasarkan pengalaman sendiri semasa tinggal bersama rakan-rakan bujang yang lain, memang tidak dinafikan amat jarang sekali untuk bangun bersahur.Seperti yang dinyatakan sebelum ini , masing-masing memang liat.Walaupun bunyi jam loceng boleh didengar hingga ke rumah sebelah , mata masih berat dan entah kemana diulit mimpi.

Jam menunjukkan pukul 4:40 pagi , jadi saya ingin berkongsi beberapa panduan untuk mengejutkan rakan-rakan atau sesiapa sahaja untuk bangun bersahur.Ada tips yang boleh pakai dan tips yang sangat kurang ajar kalau nak try.

TIPS 1
Panggil namanya perlahan-lahan sambil menepuk bahu.Janganlah main sergah, nanti anda kena pelempang atau penendang.Bak kata orang tua , biarlah beradab.

TIPS 2
Goyang bahunya perlahan-lahan.Jaga-jaga ,bukan goyang gerudi tau.Time pagi ini ada ‘anggota’ badan yang sensitif , silap goyang …haru biru derr!!!

TIPS 3
Ini adalah teknik yang paling berkesan , ambil air sejuk kemudian renjis di mukanya.Confirm , cepatlah dia tersedar dari tidur.Kalau dia masih takde reaksi , kalau nak jirus satu gayung pun boleh tapi cepat-cepatlah korang melarikan diri.

TIPS 4
Pukul gendang di kawasan perumahan anda.Adalah sangat elok sekiranya majoriti jiran anda kesemuanya beragama islam.Itupun jika korang sanggup!
Fakta :D i beirut , seorang lelaki Lebanon, Mohammed Fanas, 61, sentiasa mendapat perhatian setiap kali Ramadan kerana kegigihannya sebagai Al-Musaharati yang mengejutkan orang ramai bangun untuk bersahur sambil membawa sebuah lantera dan memukul gendang kecil dengan kuat bertalu-talu.

TIPS 5
Bunyikan jam loceng di telinganya. Kalau boleh , biar jam loceng digital yang berbunyi dengan kuat tu.Saya tak akan bertanggungjawab sekiranya rakan anda mengalami sindrom pekak telinga!

TIPS 6
Sambil nak kejutkan kawan sambil pedajal diorang , apa kata kalau korang pegang kedua-dua kaki diorang kemudian tarik sekeliling bilik hingga ke ruang tamu.Lagi best , tarik sehingga ke dapur.

TIPS 7
Ambil stokin busuk dan letak di hidung diorang.

TIPS 8
Picit hidung dia kemudian lepaskan. Repeat sehingga 10 kali , kalau nak lebih pun tak apa.

TIPS 9
Ambil kain dan bungkuskan kepala seperti hantu bungkus kemudian jerit nama kawan korang.Kalau diorang bangun , cuba tengok reaksi diorang, Ah! Mesti best ni.

TIPS 10
Halakan kipas meja ke arah kawan korang.Biar dia sejuk menggigil.

TIPS 11
Kalau pintu biliknya berkunci , ketuk kuat-kuat macam nak cari gaduh.

TIPS 12
Anda boleh menyamar sebagai bapok dan buat aksi membelai mukanya dengan spender busuk.Ada dua kesan daripada tips ini , yang pertama member anda akan pulaukan anda dan satu lagi dia perambat anda sekeliling perumahan.

TIPS 13
Ambil paku picit , geselkan di simen sampai panas kemudian tekapkan paku picit tu di lengan atau di mana-mana bahagian yang anda suka.

TIPS 14
Sambil tergopoh-gapah mengejutkan kawan anda , anda jeritnya girlfrend nya dalam kecemasan.Confirm lah dia bangun.Sape tak sayang awek kan.

TIPS 15
Dengan penuh lantang , sebutlah kalimah ” MAA RABBUKA” sambil menyeru namanya.Pasti , dia akan bangun dan segar-bugar terus.

Kalau ada yang hendak tambah dipersilakan.