Semua faham bahawa untuk mengemaskini blog post anda secara manual di kedua-dua servis tersebut adalah satu proses yang memakan masa dan leceh ! Jadi adalah lebih baik untuk kita pelajari dan menggunakan servis yang membolehkan kita publish secara automatik.
Melalui entri pada hari ini , mari kita semak beberapa servis secara percuma yang dapat membantu kita untuk publish blog kita melalui facebook dan twitter.
1.Twitterfeed
Twitterfeed berfungsi secara automatik untuk publish posting blog anda melalui Twitter, Statusnet, Hellotxt dan Facebook dengan menggunakan RSS entri.
Anda perlu mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan ini. Selepas selesai membuat akaun , anda boleh memasukkan RSS feed dan twitterfeed akan update entri terkini blog anda kepada perkhidmatan yang anda gunakan.
Untuk menggunakan perkhidmatan ini, anda perlu mengesahkan twitterfeed untuk membolehkan ia berfungsi.


Home