Mangga Ad – Rangkaian Pengiklanan Blog Terbaru
Entri terbaru kali ini ingin mendedahkan serba sedikit mengenai rangkaian iklan blog terbaru ( Blog ad network ) iaitu Mangga Ad.Aku yakin ramai blogger sudah menyertai rangkaian terbaru ini tetapi untuk blogger yang masih belum menyertainya , inilah masanya!
Apa itu Mangga Ad ?
Mangga ad merupakan syarikat rangkaian pengiklanan blog yang berada dibawah pengurusan portal hiburan Mangga Online serta seangkatan dengan Nuffnang,Advertlets dan Innity.Mangga ad menawarkan keuntungan yang lebih tinggi,bayaran yang lebih cepat dan mudah kepada publisher.
Untuk pengetahuan semua, publisher perlu menunggu selama dua minggu sebelum mendapat iklan diaktifkan ke blog anda.Ini adalah berbeza dengan syarikat iklan yang lain.Tapi tidak mengapa , anda boleh mencuba dan lihat hasilnya.
Bagaimana Mangga Ad mengira earning anda ?
Mangga ad mempunyai “Social Performance Earning Model” yang membantu mengoptimumkan pendapatan untuk publisher.Bayaran/TAC rate adalah bermula dari 50% hingga 90% apabila dioptimumkan sepenuhnya.Pada dasarnya , anda akan memperolehi pendapatan daripada widget yang anda pasang di blog anda sama seperti syarikat pengiklanan yang lain.Jumlah pendapatan rangkaian publisher anda akan diukur dengan prestasi pendapatan laman web anda – cthnya , jika laman web anda mempunyai prestasi yang bagus ( traffik , jumlah click dan sebagainya ) , maka anda akan mendapatkan margin yang lebih besar.Jika kurang , earning pun kurang.
Oh Malaysia juga mendedahkan terdapat bonus tambahan untuk blogger yang setia dengan Mangga Ad.
Ini sudah bagus , saya sudah menyertainya.Anda bila lagi ?




