Category Archives: Uncategorized

Uncategorized

Kelantan muncul juara dengan menewaskan Sime Darby 1-0

 

KELANTAN muncul juara Piala FA selepas menewaskan Sime Darby 1-0 pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.Penyerang import, Muhamad Ghaddar muncul watak utama di sebalik kejayaan manis Kelantan itu apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-59 menerusi sepakan penalti.

Sepakan penalti itu berpunca selepas tonggak pertahanan Sime Darby, menolak pemain Kelantan, Obinna Nwaneri dalam kotak penalti.Ghaddar yang diberi tanggungjawab mengambil sepakan penalti itu mudah menolak masuk bola ke gawang Sime Darby yang dikemudi penjaga gol, Mohd. Redzuan Harun.

Jaringan tunggal penyerang kelahiran Lebanon itu sudah cukup buat Kelantan memadam kekecewaan sebelum ini apabila tewas dalam aksi final Piala FA edisi 2009 dan 2011.

Pada 2009, Kelantan tewas 1-4 kepada Selangor pada penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.

Musim lalu, Kelantan terus kempunan mendakap Piala FA apabila tewas 1-2 kepada jiran tetangga, Terengganu pada aksi final penuh dramatik di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Kejayaan Kelantan menjulang Piala FA yang baharu itu malam tadi diraikan bersama kira-kira 67,000 penyokong setia The Red Warriors yang hadir ke stadium.

Pada aksi itu, rentak permainan seimbang ditunjukkan kedua-dua pasukan sepanjang babak pertama berlangsung.

Bagaimanapun, Sime Darby terlebih dahulu menguji benteng Kelantan apabila percubaan Azmirul Azmi seawal minit kesembilan berjaya dinafikan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Kelantan menerima tamparan apabila tonggak pertahanan, S. Subramaniam terpaksa dikeluarkan apabila mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas bertembung dengan penyerang Sime Darby, Patrick Ronaldinho Wleh pada minit ke-28.

Peluang terbaik Kelantan untuk mencipta jaringan hadir menerusi kapten, Mohd. Badhri Radzi, namun bola tandukannya pada minit ke-36 gagal menerjah gawang Sime Darby.

Bersambung babak kedua perlawanan, Kelantan terus melancarkan serangan bertali arus ke kubu Sime Darby bagi memburu gol.

Akhirnya gol yang dicari-cari menjelma pada minit ke-59 hasil sepakan penalti Ghaddar.

Tersentak dengan gol tersebut, Sime Darby mula mengatur rentak lebih kemas bagi mencari gol penyamaan.

Bagaimanapun, beberapa peluang yang terhidang gagal diterjemahkan dengan baik.

Kelantan hampir menggandakan jaringan menerusi Indra Putra Mahayuddin, namun percubaannya pada minit ke-85 dinafikan Mohd. Redzuan.

Uncategorized

Status Memalukan Dari Fanpage Jabatan Kebajikan Masyarakat

Admin fanpage Jabatan Kebajikan Masyarakat telah melakukan kesilapan yang memalukan dan telah menimbulkan kontroversi sempena sambutan Thaipusam.

Status “Selamat Menyambut Thaipusam kpd mereka beragama Buddha” telah mendatangkan kritikan dan kemarahan dikalangan pengunjung fanpage tersebut.

Ekoran daripada itu , fanpage tersebut menjadi medan melepaskan kritikan.

 

Sehingga ke saat ini , admin fanpage tersebut tidak diketahui sama-ada telah memohon maaf atau tidak diatas kesilapan itu.

 

Uncategorized

Kini Sudah Boleh Interbank Transfer Dengan Al-Rajhi Bank.

Berita baik kepada semua pemegang akaun Al-Rajhi bank  , kini anda semua boleh melakukan fund transfer interbank dari local bank ke al-rajhi bank dan sebaliknya.

Ini adalah berita yang aku tunggu-tunggu sebab sebelum ini terpaksa meredah jalan sesak dan mencari parking semata-mata untuk membayar loan Al-Rajhi bank.

Cawangan Al-Rajhi bank juga bukanlah sebanyak cawangan bank lain. Kini , semuanya dihujung  jari.

Uncategorized

Masterchef Malaysia Sungguh Membosankan

 

Jika anda pernah mengikuti rancangan Masterchef US ,Junior MasterChef Australia & Masterchef Australia yang happening , ceria dan interaktif itu , pasti anda akan berasa sedikit kecewa apabila menonton Masterchef Malaysia.Ini kerana,elemen yang entertaining , happening dan interaktif yang diterapkan melaui program Masterchef US & Australia itu tiada dalam program tersebut.

Malah , penggunaan bahasa baku – mungkin niat untuk mengangkat martabat bahasa baku malaysia ke peringkat international untuk memperlihatkan rancangan ini lebih ada kelas tetapi tidak kesampaian.Kesemua peserta dan juri seperti mengikut skrip dan nampak melucukan apabila melihat mereka bercakap.

Para juri juga sangat serius semasa memberi feedback. Adakah mereka ingin menjadi seperti Chef Gordon  ?

Jika dilihat hasil masakan peserta , terdapat beberapa orang yang memang superb memasak terutama Mohamad Saiful Alip dari Sabah , Felix dari Kuala Lumpur dan Wahidan dari Sabah.

Mungkin program ini baru diterbitkan di Malaysia dan diharaplah akan ada post moterm untuk menjadikan Masterchef Malaysia lebih menarik pada musim akan datang.

Proses pemilihan untuk senarai 24 peserta terbaik Masterchef Malaysia masih lagi dijalankan.

Sebut mengenai Masterchef ,rancangan ini bermula pada tahun 2009 di Australia dan mengukir sejarah tersendiri apabila mencatatkan jumlah penonton tertinggi di sana untuk rancangan bukan sukan iaitu seramai 4 juta penonton pada peringkat akhir tahun 2010.

Fenomena hebat ini diteruskan oleh MasterChef UK yang turut menayangkan rancangan ini di 145 negara. Turut menjadi perhatian adalah MasterChef US dan MasterChef France yang semakin popular dikalangan jutaan penonton diseluruh dunia.

 

Uncategorized

Tambah Trafik Dengan Laman Web Aggregator

Salah satu cara untuk meningkatkan trafik blog adalah dengan melakukan PING setiap kali selepas update blog.Tujuan PING adalah untuk memberitahu bot atau spider search engine seperti Google dan Yahoo bahawa blog kita telah di update.Sama juga dengan submit blog di laman web aggregator.Tujuannya sudah pasti untuk meningkatkan trafik ke blog kita.Sesetengah laman web aggregator menyediakan proses submit secara auto dan ada yang secara manual.

Encikbeliau akan review sedikit beberapa laman web aggregator yang biasa digunakan untuk blog ini.

1. Busuk.org

Walaupun nama web ini busuk tetapi trafik yang masuk ke blog anda memang cantik dan trafiknya mencanak-canak! Dua hari berturut-turut , trafik blog ini meningkat. Kebiasannya berada di paras 100 visitor per day tetapi setelah submit di busuk.org , total visitor untuk semalam adalah 350 per day.Kalau encikbeliau tambah lagi dengan teknik SEO , insya allah dapatlah trafik lebih kan.Tapi still tak boleh lawan ceritamamat.Untuk menggunakan busuk.org , anda hanya perlu login dengan menggunakan facebook dan hanya submit dengan memasukkan entri blog terbaru anda..

2. Blogged.MY

Menggunakan blogged.my memang senang ! Anda boleh Ping blog anda secara automatik dan secara manual. Trafik yang datang dari blogged.my ke blog ini juga memang cantik.

3. Innit Nuffnang

Untuk menggunakan Innit , anda perlu mempunyai akaun Nuffnang dan status Giltterati.Tak boleh nak jamin sangat trafik datang dari Innit tapi boleh lah try.

4. Myebuzz.net

 

Myebuzz.net ni adalah blog aggregator yang berplatformkan pligg. Korang boleh submit secara manual dan seberapa banyak yang mahu.

encikbeliau suka dengan saranan ikhwanshah iaitu PING blog secara berhemat dan elakkan PING blog ke blog ping aggregator secara serentak. Menurut beliau , selepas kita menulis entri baru, ping hendaklah dibuat ke satu atau dua blog ping aggregator sahaja.Kemudian , bolehlah ping selepas dua atau tiga jam kemudian di blog aggregator yang lain. Tujuannya hanyalah untuk mendapatkan trafik secara berterusan.