Category Archives: Uncategorized

Uncategorized

Gambar lembu berkaki dua di Vietnam

Seekor lembu lahir di bawah jagaan sepasang suami isteri iaitu Phung Van Son (55) and Pham Thi Lien (56) dari kampung Tan Phong, Que Loc, Nong Son, Vietnam dengan hanya mempunyai sepasang kaki. Walaupun ada beberapa orang yang ingin membeli lembu tersebut dan mempopularkannya, tetapi pasangan itu tidak mahu menjualnya.

 

Uncategorized

Imej misteri dalam jentera bomba

ne_02_1

Seorang pemandu peribadi, Rozaidi Ahmad, 42, terkejut dengan kemunculan imej misteri di dalam gambar yang dirakamnya semasa mengunjungi Hari Bomba Malaysia di Dataran Merdeka baru-baru ini.

Menurutnya, imej tersebut yang menyerupai seorang wanita berambut panjang dikesan pada gambar yang dirakam menggunakan kamera digital pada 7 Mei lalu.

Beliau sekeluarga menyedari imej pelik berkenaan dua hari selepas itu semasa anak sulung saya memasukkan gambar-gambar daripada kamera ke komputer riba.Mereka terkejut apabila ada imej lain yang menyerupai seorang wanita berambut panjang di dalam jentera bomba.

Uncategorized

The Unseen Pictures – Pengeboman Bom Atom Hiroshima dan Nagasaki

Pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki merupakan serangan nuklear yang dikenakan terhadap Empayar Jepun oleh Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Harry S. Truman sewaktu Perang Dunia II. Pada 6 Ogos 1945, senjata nuklear “Little Boy” dijatuhkan di bandaraya Hiroshima, diikuti pada 9 Ogos 1945 oleh pengguguran bom nuklear “Fat Man” di Nagasaki. Cuma inilah penggunaan senjata nuklear dalam peperangan dalam sejarah.

Terdapat beberapa faktor yang menyukarkan anggaran bilangan nyawa yang terkorban dalam pengeboman ini. Populasi bandar-bandar terlibat sebelum pengeboman cuma diketahui secara kasar, kerana berlakunya pemindahan besar-besaran, serta juga bilangan buruh paksa yang juga kabur. Sebilangan mangsa terbakar mayatnya sehingga sukar dicam atau mayatnya dilupuskan dalam pembakaran besar-besaran.Rekod anggota tentera turut musnah, dan ramai keluarga dikorbankan keseluruhannya, maka kurang orang yang mampu melaporkan bilangan yang terkorban.
Nagasaki vrtualreligion.net

Menurut kebanyakan anggaran, pengeboman Hiroshima membunuh kira-kira 70,000 orang akibat kesan serta-merta peletupan itu. Anggaran bilangan yang terkorban menjelang akhir tahun 1945 diberi dari 90,000 hingga 140,000, akibat terbakar, penyinaran, dan penyakit yang menyusul, diburukkan oleh kesuntukan sumber perubatan.Sesetengah anggaran mencatat sebanyak 200,000 orang mati menjelang tahun 1950, akibat penyakit barah dan kesan jangka panjang yang lain.

Bilangan untuk Nagasaki lebih rendah kerana rupa bumi di sana mengurangkan impak pengeboman, dengan bilangan yang terkorban serta-merta dianggarkan dari 40,000 hingga 75,000 orang.Di kedua-dua bandaraya, kebanyakan besar kematian merupakan rakyat biasa.Peranan pengeboman dalam penyerahan kalah jepun, serta juga kesan dan justifikasinya, banyak dilibatkan dalam perdebatan.

Uncategorized

Hantu Berkebaya Merah

Image Hosted by ImageShack.us

WANITA berkebaya merah (dalam bulatan) yang dirakam pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Gurun, Kedah.

Kawasan Gurun di Kedah mendapat perhatian ramai ekoran pendedahan beberapa pihak yang mendakwa melihat hantu hingga mereka terlibat dalam kemalangan.Anehnya, lembaga eksentrik itu dikenali berdasarkan jenis pakaiannya – baju kebaya merah.

Kisahnya bertambah menarik apabila ‘wanita kebaya merah’ itu dipercayai roh jelmaan mangsa kemalangan maut yang tidak tenteram. Kawasan lebuh raya makhluk itu berlegar kebetulan pernah mencatatkan banyak nahas ngeri suatu ketika dulu.

Siapakah makhluk yang berkebaya merah itu ?

 

Uncategorized

Misteri Budak Berambut Panjang

Kemeriahan satu keluarga menyambut Aidiladha di Jalan Seroja , Bukit Beruntung semalam bertukar menjadi pengalaman menyeramkan dengan kemunculan ‘budak misteri’ di rumah mereka.

Kemunculan lembaga menyerupai seorang kanak-kanak perempuan itu dirakam telefon bimbit Hermansa Affendi di rumah mertuanya petang semalam.

Beliau berkata , dia terkejut sebaik melihat ‘orang asing’ di dalam rumah keluarga mertuanya yang sedang menyambut Aidiladha.Pada jam 3.02 petang semalam , beliau merakam gambar anaknya menggunakan telefon bimbit ketia mereka berehat di ruang tamu sebagai kenangan hari raya tetapi langsung tidak menyedari ada ‘budak lain’ tumpang bergambar.

 

Namun , mereka terperanjat selepas adik iparnya menunjukkan gambar ‘budak asing’ dalam telefon bimbit miliknya itu.Kerana tidak percaya kemunculan ‘budak asing’ itu , dia memindahkan gambar bersaiz 1.3 megapixer ke komputer riba bapa mertuanya.

Mengejutkan apabila wajah kanak-kanak perempuan berambut panjang seperti anak patung mainan itu jelas kelihatan di komputer riba yang turut disaksikan oleh 16 ahli keluarga yang lain.

Menurut beliau lagi, rumah yang diduduki oleh keluarga mertuanya itu didakwa berpenunggu dan sering menampakkan wajah kepada beberapa ahli keluarga yang lain.

Sambutan hari raya menjadi hambar kerana ahli keluarga takut bergerak ke setiap ruang rumah teres dua tingkat berikutan bayangan budak misteri itu.