Amin seorang pekerja yang rajin dan selalu pulang lewat.Pada minggu itu , dia bekerja syift petang dan bekerja lebih masa sehingga pukul 3 pagi.Namun, pada hari itu dia terpaksa pulang awal pada jam 11 malam kerana keesokan paginya ada mesyuarat di Kuala Lumpur.
Dengan menaiki kereta proton waja , dia menyusuri lebuh raya seorang diri menuju ke Puncak Alam,Klang.Pagi itu , jalan raya sepi.
Disatu simpang di Meru,Klang, ada seseorang yang melambai kearahnya.Kelihatan seorang lelaki dan disisinya ada satu beg pakaian.Segera dia memberhentikan keretanya lalu menyapa lelaki tersebut.
“Assalamualaikum , nak tumpang ke ?” Tanya Amin.
“Alaikummusalam , saya nak tumpang ke puncak alam, boleh tak bang ?” Jawab lelaki tersebut perlahan dan penuh misteri.
“Kalau begitu , boleh saja.Saya tinggal disana , masuklah.” Balas Amin.
Selepas dijemput , lelaki itu pun masuk ke dalam kereta sambil memegang erat beg yang dibawanya.Amin menjeling ke arah beg tersebut tetapi disedari oleh lelaki misteri itu.
Begnya segera diletakkan dibawah.
“Apa dalam beg tu ?” Tanya Amin.
“Takde apa-apa LAH !! ” Pertanyaan Amin segera dibalas keras.
Perbualan senyap seketika.Hanya lagu diradio berkumandang.
Tiba-tiba lelaki misteri itu bersuara.
“Sebenarnya saya nak pergi kenduri.Setiap seorang daripada kami dikehendaki membawa daging segar.Tapi saya sempat bawa tulang saja”
“Kenduri apa lewat malam begini,setahu saya tiada kenduri di sana , salah tempat kot ?” Amin kehairanan seketika.
“Betul,memang ada kenduri kat sana.Ermm!!! Tahu tak , saya rasa malam ni saya yang paling bertuah sebab bukan setakat tulang,daging malah semuanya pun saya akan bawa sekali..Malam ini kami makan besar..” Sampuknya lagi.
Lelaki misteri itu terus membebel sehinggakan Amin hampir hilang sabar.Kemarahannya meluap-luap dan tidak dapat di tahan lagi.Disaat dia berpaling , perutnya dirobek dengan rakus.Disebelahnya entah dari mana makhluk berbulu hitam dengan mulut bertaring menyeringai kearahnya.
Allah!!! …Amin menjerit kesakitan namun pandangannya makin kabur.Keretanya terbabas ke dalam gaung.
Keesokannya harinya , polis menemui kereta Amin dalam keadaan remuk di dalam gaung dan Amin tidak dijumpai sehingga kehari ini.
Karya Asli Milik FAZAMANIA © 2007 All rights reserved.
Related posts:



Perjalanan dari Pekan Meru ke Puncak Alam mana ada gaung wehh..?? hehehe…
woo ko org meru ker?
puncak alam?
tak..aku dok kat klang je
apa benda ni..
amin dh x dijumpai kan..? cmne ko leh tau cte ni lak..xkan roh die cte kot..hahahaha
Orang tu mesti serigala jadian, ngam2 bulan mengambang dia menjelma.. pandai botol dia pilih waktu semasa nak tumpang.
buat sup tulang pun sedap what!!!~~~
la…nyampah la citer camni..x real..mane ader antu bley membunuh2 ni..antu cite kat tv tu jer..cite korea,thailand..cite omputeh…
cite melayu jer logik cket..
wakaka cam hampes jer citer nih..x real beb..aku lagi suke tamar jalis..
Macam mana pencerita tahu perut Amin kena robek sedangkan Amin tak pernah dijumpai
En. Amin tue pasang CCTV dalam kereta kot…
tiba2 je aku rasa ngantuk bace citer… nampak sangat ler citer nie tak best… hahahahahahhaa…
emm bolehlah…hiburan time2 boring cam nie
seram gak…tp kan..kat mesia nih mna ada werewolf….he he he
kompius n heran la aku. dh nama nya cite rekaan semata mata. citer ni kan just di buat buat. so baca je la. byk songeng la korang ni.
seramnya….!!!! isk-isk…. kesian si amin tu jdi lauk….!!!!
Kalau dia mati camner org buleh tau citer tu unless hantu tu citer sendiri la kan.
sini leh post karya mistik ker?
ok la tp terlalu cpt la ending dia…zie bg 3bintg la dr 5bintg…
ye ke……..
okey gak citer ni..ilang gak boring gi mcing..