
Don Daniyal dalam usia 27 tahun mengendalikan program televisyen corak Islam untuk mereka yang muda dan sebaya dengannya.
Program interaktif agama, 30 Minit Ustaz Don di saluran TV Al Hijrah semakin mendapat tempat di hati para penonton.
Program 30 Minit Ustaz Don yang ke udara di kaca televisyen setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10.30 malam sejak Oktober lalu adalah kesinambungan program yang mula-mula diterajui oleh Don Daniyal, iaitu Program Ihya Ramadan
Program ini disasarkan kepada golongan remaja dan anak-anak muda untuk mereka menimba pelbagai ilmu agama melalui rancangan bual bicara dan interaktif.
Menerusi episod pertama 30 Minit Ustaz Don, dia juga meraih sambutan ramai penonton. Saya berharap Ustaz Don menjadi fenomena baru pada penonton khususnya dalam menarik perhatian golongan muda mendekati program ini menerusi budaya baru dan mendapat khidmat nasihat.
Kalau ada yang belum tahu , nama penuh Ustaz Don adalah Don Daniyal bin Don Biyajid.Beliau berkelulusan dari Universiti Al-Azhar dan kini berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Bagi saya , ini adalah satu usaha dan respon yang baik kerana sejak akhir-akhir ini banyak rancangan hiburan yang tidak berfaedah ditayangkan di TV.
Penyampaian Ustad Don juga begitu santai dan kadang-kala beliau berjenaka untuk menghidupkan suasana dan ini menambah minat penonton muda untuk terus melekat di depan kaca TV.
Related posts:


