
Bencana terburuk banjir di Thailand dalam tempoh 50 tahun!
Bencana banjir di Thailand dilaporkan telah mengakibatkan kerosakan ekonomi bernilai kira-kira 60 bilion Baht (kira-kira RM6 bilion).
Sebanyak 30 daripada 77 wilayah masih dilanda banjir terutama di sebekah utara dan tengah yang melibatkan kira-kira 40 peratus daripada negara tersebut, sementara jumlah kematian mencatat 269 orang pada Isnin berbanding 261 orang pada Ahad.
Sejumlah 2.3 juta penduduk dari lebih 10,000 buah kampung terjejas ekoran banjir yang melanda secara berperingkat sejak Julai lalu dan mencapai tahap kritikal baru-baru ini.
Bank Thailand menganggarkan jumlah kerosakan ekonomi pada 60 bilion Baht atau 0.6 peratus daripada keluaran dalam negara kasar, menurut Menteri Kewangan Thirachai Phuvanatnaranubala.
Diramalkan monsun barat daya akan menyebabkan 12 lagi wilayah termasuk Bangkok mengalami hujan lebat dalam tempoh tiga hingga empat hari lagi.
Related posts:










Home
One comment
Pingback: Ikan Duyung Muncul Pada Musim Banjir Di Thailand | { Aku , Blog & Kamu }