Imej Hantu Dalam Gambar

Image Hosted by ImageShack.us

Cuba korang perhatikan betul-betul apa yang ada di dalam gambar ini selain gambar cik adik manis ni ?

Ya , di belakang cik adik manis ini ada satu imej misteri yang boleh dianggap ‘ might be scary ‘.Makhluk apakah itu ? Saya tidak dapat memberi jawapan kerana sukar untuk menjelaskan apakah ia sebenarnya.

Saya telah menunjukkan gambar ini kepada kawan-kawan saya yang lain dan kebanyakan responnya adalah :-

  1. Imej itu sebenarnya adalah imej orang yang berlari laju lalu menyebabkan terhasilnya gambar seperti itu.
  2. Imej itu sememangnya hantu atau ‘makhluk lain’ jika diperhatikan bentuk badan dan tangannya serta muka yang mempunyai muncung.

Tahniah kepada saudara Blalang sebab berjaya merakam gambar cun tapi weird ini.Kepada pengunjung yang lain , anda buatlah penilaian anda sendiri.

Gambar kedua pula ini adakah imej dari video yang diambil oleh DeathScythe dan teamnya semasa sedang minum di sebuah gerai di Singapura.Menurut DeathScythe , video ini diambil secara tidak sengaja.Selepas di view kembali video tersebut untuk proses editing , kelihatan ada ‘sesuatu’ di dalam kereta mereka.Kali pertama ditunjukkan video ini pada minggu lepas , saya sedikit terkejut dan bulu roma meremang kerana ada sesuatu muncul didalam video tersebut.Sudah pasti saya mengaitkan imej tersebut dengan pocong atau hantu bungkus jika dilihat bentuk dan warnanya.

Jadi , apakah sebenarnya yang muncul di dalam video itu ? Sila klik di SgFreakyLinks – They Trap Ghost In Forte untuk membaca dengan lebih lanjut hasil penyelidikan mereka.

Dalam tak sedar kita mengambil gambar atau video, tiba-tiba ada imej pelik yang kelihatan.Sepantas kilat , kita akan mengaitkan imej tersebut adalah hantu , roh atau entiti asing.Sudah pasti ianya akan menimbulkan persoalan.Ya lah , dalam dunia yang moden ini , ramai yang berkata mana ada hantu walaupun sememangnya jin dan syaitan telah di sebut di dalam Al-Quran berkali-kali.

Tepuk dada , tanya selera ..Ianya akan kekal menjadi misteri.

Related posts:

  1. Imej Hantu Di Lokasi Bekas Hospital
  2. Gambar Hantu Di Mid Valley
  3. Pembongkaran Gambar Hantu Di Sebuah Hospital
  4. Jenis-Jenis Hantu Dalam Masyarakat Melayu
  5. Bayangan Hantu Dilandasan Keretapi

About Fazamania