Social Networking seperti Facebook dan Twitter telah menjadi satu fenomena hari ini dan kebanyakan daripada kita tidak boleh berfikir tentang hidup tanpanya. Walau bagaimanapun, perasaan itu tidak dirasai berbanding 4 tahun yang lalu sebelum laman rangkaian sosial seperti Facebook, MySpace, Orkut, dan lain-lain mengambil alih kehidupan kita.
Cuba tengok 10 perbandingan utama antara kehidupan sebelum dan selepas rangkaian sosial seperti facebook , twitter dan sebagainya untuk memahami bagaimana kita telah menjadi hamba trend yang semakin berkembang ini.
Tak salah hidup dengan social networking. Yang penting kena tahu adab dan batasannya.
Kehidupan Sebelum Social Networking seperti Facebook :
- Orang ramai akses internet hanya untuk memeriksa isi kandungan e-mel.Waktu itu , langganan melalui yahoo groups amat popular terutama bahan-bahan ilmiah dan isi kandungan 18sx.
- Telefon bimbit kebanyakannya digunakan untuk bercakap dan untuk menghantar mesej sahaja.Nak check email pun kena pakai gmail.
- Orang ramai bersosial secara fizikal , berjumpa dan hang out bersama kawan-kawan.
- Pelajar di sekolah lebih terlibat kepada aktiviti luar.
- Pengguna menghabiskan masa yang lebih rendah di laman web.
- Secara purata , adalah amat sedikit seseorang meluahkan berkongsi apa yang tidak diminatinya dan apa yang dia suka lakukan.
- Pengiklanan hanya menggunakan medium tradisional seperti TV, Radio, dan sebagainya untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka.
- Selebriti terlalu bergantung pada ejen PR mereka untuk memberi publisiti kepada imej jenama masing-masing.Peminat hanya tahu berapa ramai bilangan peminat seseorang artis itu pun hanya melalui Anugerah Bintang Popular.Setahun sekali tu!
- Pekerja menghabiskan masa dalam internet yang lebih rendah di pejabat semasa waktu bekerja.Ye lah ! Belum ada facebook lagi , semua pakat rajin bekerja.Selain tu , gosip-gosip tetap ada.
- Rakan-rakan dan saudara mara dijemput ke majlis-majlis khas seperti hari lahir hanya melalui telefon, mesej dan kad ucapan .
Kehidupan Selepas Social Networking seperti Facebook :
- Ramai orang akses Internet terutamanya untuk berkongsi apa yang mereka lakukan, dan memeriksa apa yang rakan-rakan mereka lakukan.Dalam sehari , kalau tak share apa yang dia buat , apa yang dia makan , bengang dengan bos yang selalu marah dia. Ah! Macam-macam lagi lah.
- Telefon mudah alih semakin banyak digunakan untuk mengakses laman rangkaian sosial dan mengemas kini mesej status mereka, terutama di Facebook dan Twitter.
- Bertemu dan dating secara virtual di Social Networking telah menjadi kebiasaan berbanding berjumpa secara peribadi.Ya ! Kalau di dunia nyata , seseorang itu mungkin hanya mempunyai 3 orang kawan tetapi di dalam facebook , kawan beliau yang tak pernah dia jumpa atau saya hello selepas add friend mungkin mencecah 1000 orang kawan.
- Kanak-kanak lebih gemar tinggal di rumah untuk mengakses Social Networking dan minat mereka di dalam aktiviti sukan dan sebagainya semakin berkurangan
- Pengguna menghabiskan masa yang lebih banyak di laman web, kebanyakannya digunakan untuk facebook , twitter dan update blog.
- Kemunculan rangkaian sosial telah menggalakkan orang biasa untuk berkongsi suka dan tidak suka secara terbuka.
- Peniaga melabur banyak masa dan wang di facebook dan sebagainya untuk tujuan pengiklanan.Kalau tengok dekat facebook , macam-macam orang invite kita untuk join contohnya bisnes mengarut login facebook dapat rm100 , bisnes ubat seks kejantanan lelaki dan sebagainya.
- Selebriti semakin banyak menggunakan rangkaian sosial untuk sentiasa berhubung dengan peminat mereka.Dan perangai artis yang macam hanjing akan banyak terbongkar terutama azwan ali.
- Syarikat yang membenarkan akses kepada Social Networking mendapati para pekerja mereka lebih banyak menggunakan masa pada waktu bekerja.Mana taknya , internet kat rumah dan kena potong atau servis broadband yang slow , sudah tentu sedap berfacebook di office.
- Jemputan ke majlis hari jadi , perkahwinan dan sebagainya hanya dijemput melalui facebook dan twitter.Ianya lebih mudah dan cepat.
Related posts:




