Hari raya merupakan hari kemenangan bagi umat islam selepas sebulan berpuasa.Allah tidak melarang hamba-nya untuk bergembira di hari raya tetapi tidak melampaui batas.
Berikut merupakan beberapa kesalahan berhari raya yang patut kita tahu.
Bermegah-megah dengan persiapan hari raya yang melampau dari segi pakaian , dekorasi rumah , menuh dan sebagainya.Ini merupakan pembaziran berleluasa yang tidak patut diamalkan oleh kita semua.
Tabarruj ( melampau dalam berhiasa ) bagi wanita.
Tidak mengutamakan menziarahi jiran , saudara-mara, rakan taulan , tetapi sibuk menonton TV dirumah terutamanya bagi generasi muda.
Beria-ria solat sunat hari raya tetapi tidak solat subuh dan zuhur.
Bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim
Makan berlebihan
Meminta maaf bermusim hanya pada hari raya sahaja
Raya sebulan sehinggakan terlupa untuk berpuasa enam dalam bulan syawal.Padahal dalam islam , raya aidilfitri hanya sehari. Sebab itulah hanya 1 syawal sahaja yang diharamkan berpuasa sedangkan hari raya kedia dan seterusnya sudah boleh mula berpuasa sunat
Related posts:



