Kisah Adik Ahmad Adam menjadi bualan dan mendapat perhatian warga facebook dan rakyat Malaysia amnya.Ianya bermula apabila ibu kepada adik Ahmad Adam yang sering memuat naik status keadaan bayinya dari semasa ke semasa.Warga facebook dapat melihat keadaan adik Adam yang semakin merosot namun kekuatan dan ketabahan ibunya yang menjaga adik Adam amatlah disanjungi.
Adik Ahmad Adam Syukri lahir pada 4/3/12 dan telah mengalami brain damaged (severe hie) atau lebih dikenali sebagai kerosakan pada saraf otak.Beliau lahir secara vacuum dan sewaktu kelahirannya adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen.
Scan MRI pd 9/3/12 menunjukkan otak adam mengalami kerosakan yg amat teruk.Adik Adam tidak pandai menelan air liur dan bergantung kepada mesin oksigen untuk terus hidup.Adik Adam juga perlu bergantung kepada mesin suction kerana tidak pandai menelan air liur untuk sedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya.Mata kanan Adik Adam mengalami injured,begitu juga dengan telinga sebelah kanan yang tidak dapat mendengar kerana kerosakan pada bahagian dalam telinganya.
Doktor pakar otak mengesahkan adam akan terlantar seumor hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal memang amat tipis.Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak adam sebagai kematian saraf otak.
Warga facebook tidak putus-putus berdoa semoga adik Adam cepat sembuh dan sering memantau keadaan adik Adam.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada kedua ibu-bapanya dan menyembuhkan penyakit adik Adam ini.

Related posts:




saya sebagai manusia yang masih belum kawin juga terasa kesedihan dan keperitan melihat adik ahmad adam syukri ini. Syukur alhamdullilah adik adam mempunyai kedua orang tua yang begitu tabah,sabar,cekal,kental dan kuat untuk menghadapi ujian yang besar dari ALLAH SWT. .
Saya juga tidak sanggup melihat adik adam sehingga mengalir airmata,saya dapat rasa kesedihan yang dialami oleh kedua2 orang adik adam. . .
aduhai,somoga allah memberi ketabahan kepada si ibu adik ahmad adam syukri ini, amin
Rich recently posted..What to Complete Before You Get Ready to Sell Your Denver House
Mcm mana suda keadaan adik Ahmad Adam sekarang?harap keluarganya sabar dan tabah menghadapi segala dugaan ini….huhu
semoga hati ayah dan ibu tabah menghadapi cubaanNya…
Amin…
Nazerin recently posted..31 pengikut ‘TUHAN HARUN’ ditahan
Semoga sang anak di beri kekuatan dan orang tuanya juga begitu ya…
pulau tidung recently posted..Ke Pulau Tidung Yuk?
sedih banget liat keadaan sang anak…
pulau tidung recently posted..Lokasi Pulau Tidung Jakarta
Sedih tengok gambar adik ni,teringat anak kat rumah.Semoga allah memberi kekuatan pada adik ni dan keluarga dia.
kesiannya kecik2..dah sakit…tapi semua ni ada hikmah di sebaliknya…kita hanya mampu berdoa dan meminta pertolongan darinya…Allah itu maha adil

Muhammad Faiz recently posted..5 Keys to Raise Good Kids