Masalah lelaki yang baru berkahwin atau sudah lama berkahwin dan kemudian kurang bernafsu melakukan hubungan kelamin bukan perkara biasa.Walaupun persoalan ini sering ditanya kepada saya oleh golongan isteri, namun hakikatnya ramai mengalami nasib sama di luar sana.
Kebanyakan isteri mendapati pasangan mereka tidak romantik, tidak suka bercumbu-cumbuan atau sentuhan dan langsung tidak minat hubungan intim seksual.Meskipun beberapa kali si isteri cuba membangkitkan nafsu suami, namun akhirnya kecundang.Mereka yang dalam keadaan ini pasti buntu bila memikirkan masalah itu.
Jika suami tetap bermasalah seperti itu, si isteri boleh menduga apa kesudahannya. Bagaimanapun, kedua-dua individu seharusnya berbincang mengenai perkara itu.Bagi isteri yang berdepan suami bermasalah, anda boleh memaklumkan kepadanya anda sanggup memberi kerjasama sepenuhnya untuk dia dan bersama-sama mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan kebuntuan.

Memandangkan si suami sanggup berkahwin, itu bermakna dia berminat kepada wanita walaupun ada beberapa masalah mengatakan lelaki berkenaan tidak teruja kepada tubuh wanita.
Namun, kebanyakan lelaki bermasalah seperti ini mempunyai perasaan terhadap sesama jenis. Bagaimanapun, hanya dengan berkahwin dia dapat menyembunyikan ‘masalahnya’ itu dengan harapan dia kembali normal selepas berkahwin.Dalam beberapa situasi, sesetengah lelaki homoseksual dapat mengurangkan perasaan minat kepada kaum sejenis untuk seketika dan selepas berkahwin, perubahan sebaliknya berlaku.
Wanita atau isteri yang berdepan lelaki seperti ini seharusnya berterus-terang dengan suami dan memintanya turut berterus terang. Jika boleh, sama-sama harus mencari jalan untuk memperbaiki masalah itu.
Jika menerusi perbincangan pun masalah itu masih sukar diselesaikan, si suami boleh mendapatkan rawatan daripada pakar. Malah jika ia bertambah rumit, kedua-dua pihak perlu mendapatkan rawatan dan berjumpa pakar psikologi dan kaunselor rumah tangga atau jabatan agama.
Kebarangkalian masalah itu berkaitan dengan lelaki homoseksual. Jadi, saranan saya, wanita yang belum berkahwin harus menilai dan menyelidik latar belakang pasangan. Masalah ini bukan sesuatu yang boleh diubati. Begitupun, ia sesuatu yang boleh dielakkan.
Related posts:


Home
One comment
pendapat peribadi saya diambil kira dari pandangan saya terhadap org sekeliling yg saya kenal dan diri aku sendiri. rata2 lelaki yg mula tak berminat dgn isteri tu sebab manis di luar, masin di dalam. haha erti kata lain, kita tgk si isteri sgtlah baik n cantik tp kita tau pulak si suami ada perempuan lain. maknanya apa? bila dah dpt man to man talk, saya dpt simpulkan, masalah terbesar ialah perangai isteri yg dah berubah.
“a woman lifetime job is trying to change a man but they never change. a man will always want a woman that he meet for the 1st time but they’ll change”
lg 1, awak2 yg perempuan kena ingat.. perempuan boleh ajak lelaki dia gaduh and mungkin tinggalkan dia hanya kerana lelaki tu PANDANG perempuan lain. lelaki boleh tinggalkan perempuan hanya kerana perubahan; fizikal dan rupa. walaupun x semua, tapi ini berlaku. syukur alhamdulillah, setakat ni saya masih dpt isteri saya yg saya kenal sejak mula.