Laman Web Perkongsian Megaupload Ditutup

Jabatan Kehakiman di Amerika Syarikat bersedia mendakwa tujuh individu dan dua syarikat di sebalik laman web perkongsian fail popular, www.megaupload.com.

Megaupload.com dan syarikat yang berkaitan, Vestor Limited dikatakan menyebabkan kerugian hak cipta kira-kira RM1.5 bilion dan memperoleh wang haram sebanyak RM573 juta hasil keuntungan pindah turun lagu.

Laman web terbabit ditubuhkan pada 2005 dan pernah disenaraikan sebagai laman web ke-13 paling dikunjungi di Internet.

Bagaimanapun, sejurus penahanan terbabit, penggodam popular, Anonymous menyerang laman web Jabatan Kehakiman, www.justice.gov.

Ia menyebabkan akses kepada laman web terbabit menjadi perlahan manakala sumber Jabatan Kehakiman memaklumkan sistem pelayan mereka mengalami peningkatan aktiviti yang ketara.

Related posts:

  1. Rakyat Kita Paling Ramai Layari Laman Web Gay
  2. Tambah Trafik Dengan Laman Web Aggregator
  3. Adab Menggunakan Laman Sosial Facebook

2 Comments

  • January 28, 2012 - 6:46 pm | Permalink

    erm, sayangnya da ttp… pengguna lebih suka donlod je…kan en beliau?

  • February 3, 2012 - 2:00 pm | Permalink

    Kalau pun tutup megaupload ni, akan ada yang baru keluar di WWW nanti…. :)
    lunaticg recently posted..Malaysia Fancy Number BanknoteMy Profile

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    CommentLuv badge