Masterchef Malaysia Sungguh Membosankan

 

Jika anda pernah mengikuti rancangan Masterchef US ,Junior MasterChef Australia & Masterchef Australia yang happening , ceria dan interaktif itu , pasti anda akan berasa sedikit kecewa apabila menonton Masterchef Malaysia.Ini kerana,elemen yang entertaining , happening dan interaktif yang diterapkan melaui program Masterchef US & Australia itu tiada dalam program tersebut.

Malah , penggunaan bahasa baku – mungkin niat untuk mengangkat martabat bahasa baku malaysia ke peringkat international untuk memperlihatkan rancangan ini lebih ada kelas tetapi tidak kesampaian.Kesemua peserta dan juri seperti mengikut skrip dan nampak melucukan apabila melihat mereka bercakap.

Para juri juga sangat serius semasa memberi feedback. Adakah mereka ingin menjadi seperti Chef GordonĀ  ?

Jika dilihat hasil masakan peserta , terdapat beberapa orang yang memang superb memasak terutama Mohamad Saiful Alip dari Sabah , Felix dari Kuala Lumpur dan Wahidan dari Sabah.

Mungkin program ini baru diterbitkan di Malaysia dan diharaplah akan ada post moterm untuk menjadikan Masterchef Malaysia lebih menarik pada musim akan datang.

Proses pemilihan untuk senarai 24 peserta terbaik Masterchef Malaysia masih lagi dijalankan.

Sebut mengenai Masterchef ,rancangan ini bermula pada tahun 2009 di Australia dan mengukir sejarah tersendiri apabila mencatatkan jumlah penonton tertinggi di sana untuk rancangan bukan sukan iaitu seramai 4 juta penonton pada peringkat akhir tahun 2010.

Fenomena hebat ini diteruskan oleh MasterChef UK yang turut menayangkan rancangan ini di 145 negara. Turut menjadi perhatian adalah MasterChef US dan MasterChef France yang semakin popular dikalangan jutaan penonton diseluruh dunia.

 

Related posts:

  1. Fenomena 30 Minit Bersama Ustad Don Di TV Alhijrah
  2. Makhluk Asing di Malaysia
  3. Fenomena K-Pop di Malaysia tetapi Gula-Gula dan 24:7 Buat Aku Geli
  4. Taik Lembu Sungguh Enak Di Makan Begitu Saja

About Dedi Amirul

Blogging about isu semasa , dunia hiburan dan buat duit secara online.