Semasa hari rabu yang lepas , saya dan isteri berkunjung ke bazar ramadhan di Stadium Shah Alam dan ternampak kelibat saudara mazidul menemubual beberapa orang pegemis di bazar berkenaan.Sambil tidak ambil kisah dengan situasi tersebut , kami bergegas membeli juadah berbuka puasa petang itu.
Semalam , buletin utama TV3 membongkar taktik licik dua beradik warga emas berketurunan Cina bukan Islam yang menyamar sebagai pengemis Muslim bagi menagih simpati pengunjung sebuah Bazar Ramadan di Stadium Shah Alam.
Kedua-dua wanita berusia 65 dan 63 tahun itu ditahan oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor ketika mereka mengemis di Bazar Ramadan Seksyen 13 di sini dengan memakai jubah dan bertudung labuh.
Nampaknya kemurahan hati rakyat Malaysia dan bulan ramadhan di manipulasi oleh golongan tertentu untuk meraih wang dengan cara yang mudah.
Siasatan awal JKM mendapati kedua-dua beradik berasal dari Cheras, Kuala Lumpur itu mula mengemis sejak awal Ramadan.
Mereka dipercayai memperoleh pendapatan sekitar RM300 sehari.Pengarah JKM Selangor, Nik Omar Nik Abd. Rahman berkata, kedua-dua wanita itu turut menipu kerana mereka merupakan penerima bantuan JKM sebanyak RM300 seorang setiap bulan.
Mereka ditahan selepas menukar seluar dan baju biasa yang mereka pakai dengan jubah dan tudung labuh yang mereka bawa di sebuah tandas berdekatan.Ketika ditahan, mereka cuba memberi alasan menggunakan hasil jualan tisu berharga RM1 sepeket kepada orang ramai untuk menyara anak mereka yang sedang terlantar sakit.
Malangnya, apabila pihak JKM menyuruh mereka mengucap dua kalimah syahadat bagi membuktikan mereka orang Islam, kedua-duanya tidak tahu.
Related posts:



